Persoalan
: (Penanya terjumpa satu penulisan di internet yang berbunyi :
“Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali mengatakan zikir dengan kalimah
tauhid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut martabat atau maqam
masing2. Pertama, zikir dengan nafi dan ithbat iaitu “Laa
Ilahaillallah”. Kemudian nafi tanpa ithbat iaitu zikir dengan nama
“Allah”. Seterusnya isyarat dengan dhamir atau kata ganti nama
“Hu”. Yang pertama bertujuan untuk memberi kesedaran dan keluar
daripada kelalaian. Kedua untuk memperkukuhkan kehadiran. Dan ketiga
sebagai sebab untuk keluar daripada apa yang selain-Nya.”
Kata
penanya : “Saya tak jumpa pula kat mana yang Imam al-Ghazali cakap
macam ni. Mungkin tuan ada jumpa... boleh share dengan saya.
Jawapannya
:
1.
Saya
tak
pernah jumpa hal
di atas
yang
bersumberkan penulisan2 Imam al-Ghazali (mungkin
ada dan
mungkin
tak
ada, tapi
belum pernah terjumpa).
Tuan
Guru
Muhammad
Salleh (mursyid
Tarekat Ghazaliyah)
pun tak pernah cerita. Tapi kalau perkongsian2 di internet yang
ISINYA
LEBIH KURANG
macam pernyataan tu, memang ada. Sejak penghujung 2000-an dulu ada
dah. Sesekali melintas di medsos (sampailah
sekarang).
2.
SUMBER
kata2/ajaran Imam al-Ghazali di
atas itu
tidak dinyatakan. Maka susah dan tidak dapat untuk kita buat semakan
sama
ada benar atau tidak.
3.
Biasanya
sebaran2 yang macam ini digunakan untuk membantu menguatkan alasan2
golongan yang mengamalkan LAFAZ ZIKRULLAH “HU. HU.HU.” yang
dilakukan secara BERAMAI2
dengan SUARA
YANG KUAT.
Biasanya
selang beberapa tahun akan keluar balik tulisan2 sedemikian.
4.
Dalam Tarekat Ghazaliyah tidak ada pelajaran dan pengamalan LAFAZ
ZIKRULLAH “HU. HU.HU.” yang dilakukan secara BERAMAI2 dengan
SUARA YANG KUAT. Seboleh-bolehnya elakkan (antara tujuan utamanya
adalah supaya keaslian Tarekat Ghazaliyah ini dapat dikekalkan).
5.
Amalan
di atas dilakukan secara
berseorangan dengan suara yang perlahan pun tak ada dalam
Tarekat Ghazaliyah.
Namun
hukum mengamalkannya adalah HARUS
(BOLEH).
Alasan
atas harusnya (bolehnya)
perbuatan ini agak panjang untuk dituliskan di sini. Mungkin pada
lain kesempatan akan
saya terangkan.
6.
Pelajaran Tarekat Ghazaliyah memang ada dalam kitab induk Ihya’
‘Ulumuddin, tapi bukan semua isi kandungan Ihya’ adalah pelajaran
atau anjuran Tarekat Ghazaliyah. Pelajaran Tarekat Ghazaliyah memang
ada dalam karangan2 Imam al-Ghazali, tapi bukan semua karya2 Imam
al-Ghazali itu adalah isi kandungan pelajaran Tarekat Ghazaliyah.
7.
Maklumat yang ada banyak jugalah persamaan dengan bahan yang tersebar
itu ada dalam karangan adiknya iaitu Imam Ahmad al-Ghazali yang
bertajuk Tajrid fi Kalimat al-Tauhid. Tapi ada pula beberapa hal yang
perlu kita pertimbangkan. Antaranya :
i)
Karya2 Ahmad al-Ghazali tidak seautoriti karya2 Imam al-Ghazali.
Kerana kitab2 utama Imam al-Ghazali sejak zaman itu banyak disalin,
dijilidkan dan disebar ke serata dunia Islam. Maka isi kandungan
karya2 utamanya masih kekal asli. (Tapi kitab2 kecil Imam al-Ghazali
pun sebahagiannya sudah ada campurtangan orang lain).
Sementara
karya2 Imam Ahmad al-Ghazali pula jarang disalin dan disebarkan.
Kitab2nya kurang popular dan lebih berlegar di sekitar wilayah Parsi
sahaja. Maka tidak dapat dipastikan sejauhmana keaslian karya2 Imam
Ahmad al-Ghazali. Oleh sebab itu, umat kena lebih berhati2 apabila
membaca karya2 Imam Ahmad al-Ghazali.
ii)
Amalan melafazkan zikrullah “Hu” dalam kitabnya itu bukan untuk
dilakukan secara beramai2 dengan suara yang kuat. Umumnya dalam
Tarekat Ghazaliyah tidak ada majlis melafazkan lafaz2 zikrullah
secara beramai2 dengan suara yang kuat. Maka Imam Ahmad pun tentulah
tidak berbuat demikian atau menyarankan sedemikian.
iii)
Kitab Tajrid itu (setakat ini) sahaya tidak tahu bila tahun dikarang
oleh Imam Ahmad. Adakah ia sebelum kepulangan Imam al-Ghazali
daripada uzlah (dengan membawa kitab Ihya’ dan Tarekat Ghazaliyah),
atau selepas kembali dari uzlah (dengan membawa kitab Ihya’ dan
Tarekat Ghazaliyah). Selepas Imam al-Ghazali pulang, Imam Ahmad
biasanya membawa kitab Ihya’ dan mensyarahkannya ke serata Parsi.
Hinggakan beliau menulis ringkasan kitab Ihya’. Ketika itu dia
sudah kurang mengajarkan kitab2 lain.
iv)
Isi kandungan kitab Tajrid itu pada bahagian tertentu agak pelik dan
lemah isi kandungannya. (Bahagian ini panjang cerita. Pada kesempatan
lain baru kita cerita, insya-Allah).
Wallahu’alam.
28/4/24