Entah
berapa tahun yang lampau, 6-7 tahun ke, 8-9 tahun ke, berapa ke, saya
sudah tidak ingat, saya bermimpi melihat banyak lipas di dalam rumah.
Ratusan
ekor lebih kurang. Majoritinya
berwarna hitam dan ada yang sebahagiannya mempunyai warna merah
sedikit.
Sebelum
mendapat mimpi tersebut, dalam beberapa minggu itu sesekali saya
terperasan seperti ada makhluk melintas. Ingatkan ada jin menyinggah
sebentar atau tersesat. Selang 2-3 hari, macam ternampak lagi.
Kemudian, nampak lagi. Tak boleh jadi ni. Sudah lain macam nampaknya.
Akhirnya
pada suatu malam saya pun berdoa kepada Allah dan membacakan bacaan2
tertentu kepada sedikit air lalu merenjiskan air tersebut ke serata
dalam rumah sambil membacakan Ayat Kursiy.
Malam
itu juga saya bermimpi melihat ratusan ekor lipas mati bergelimpangan
(atau apa jualah istilah yang tepat) bertindan2. Pendek kata sejak
itu tiadalah lagi saya ternampak makhluk2 melintas lagi. Berlalulah
kisah tersebut bertahun2 dahulu.
Baru2
ini, saya mengemas bahagian dapur. Maksudnya kena memunggah, mencuci
dan mengatur semulalah. Sambil2 mengemas, saya lazimilah zikir2 yang
biasa diamalkan.
Malamnya
(menjelang subuh) saya bermimpi melihat lipas lagi. Ada le dalam
20-30 ekor yang bersarang di segala ceruk dapur dan barang2. Kulitnya
lebih tebal dan berwarna merah bercampur oren. Habis lari bertebaran
menyelamatkan diri ke luar rumah lesap jauh entah ke mana2. Tamat
mimpi.
Rupa2nya
ada juga penghuni2 yang tidak kelihatan mencuri tumpang. Baru
berhijrah tu. Mereka dapat bertahan di dapur itu mungkin kerana
mereka jenis yang lebih kuat berbanding yang dulu.
Biasanya
(bukan semestinya), jenis yang kelihatan/diperlihatkan kepada kita
dalam bentuk lipas, semut, lipan dan yang seumpama dengannya itu
adalah daripada spesis yang lemah tetapi banyak (hidup berkumpulan).
15/3/23