Sunday, January 1, 2023

Tafsir Mimpi Bapa Meninggal Dunia

 

Pertanyaan oleh S : Bermimpi orang mati apakah maksudnya? Yang mati itu ialah bapa saya sedangkan dia masih hidup.


Jawapan : Maksudnya dalam beberapa waktu terdekat ini (dalam sebulan dua sebelum dan selepas ini) anda mengalami kesukaran untuk mencukupkan wang perbelanjaan.


29/12/22

Tidak Mengekalkan Yang Berulang Kali Gagal

 

Orang2 penting yang sudah gagal bertahun2

jika dikekalkan lagi,

maka akan teruslah

bawa kegagalan demi kegagalan.

Itulah kesilapan besar kita.


Panglima perang yang di bawahnya

banyak tentera dan rakyat

terkorban dan cedera berulang kali,

jika dikekalkan lagi,

maka akan teruslah

banyak tentera dan rakyat

yang terkorban dan tercedera.

Itulah kesilapan besar kita.


Dalam maqam2 keruhanian juga begitu.

Qalbu yang tenteranya (anggota badannya)

asyik mengalami kekalahan demi kekalahan

kepada hawa nafsu dan syaitan,

walau tinggi kedudukannya selama ini

di sisi Allah,

Dia (yang Tidak Pernah Buat Silap)

akan gantikan posisi itu

dengan qalbu yang lain (individu yang lain).

Jika tidak, mudarat qalbu yang bermasalah itu

akan berterusan

dan menjangkiti pula qalbu2 yang lain.


Inilah yang dibahasakan orang sebagai

"tercabut kewalian".


Dialah Yang Menaikkan dan Yang Menurunkan.


30/12/22