Ada
satu penulisan pendek yang saya buat berbunyi : "Kadang2
sakit berterusan bukan kerana
saka tapi
kerana
suka2 kurung haiwan. Lepaskan haiwan, lepaslah penyakit - rawatan
sufi."
Seorang
sahabat menulis komen : "Bagaimana
dengan
bela ikan dalam akuarium ustaz?
Dulu
masa baru2 kahwin
saya
bela ikan.
Ada
satu kali ikan macam
bercakap.
Saya
tanya dia kenapa tak
bertelur,
tak
membiak?
Pasangan
dah ada.
Ikan
kata nak
membiak macam
mana,
tempat sempit,
aku stress.
Saya
terus lepas semua ikan kat Tasik
Putrajaya."
Jawapan
kita :
Alhamdulillah.
Syukur. Tahniah. Bagus sungguh tindakan tuan itu.
Sebenarnya
bela ikan, burung, arkus, kura-kura, serangga dan yang seumpama
dengannya dalam hal ini iaitu yang berkaitan dengan pengekangan
kebebasan (kurungan, ikatan) adalah mengikut niat, kesesuaian tempat,
masa dan bilangan.
NIAT
Umumnya
walaupun tempatnya kecil tetapi jika dalam hal2 yang molek tujuannya
seperti untuk kajian bermanfaat, pelajaran (contohnya di zoo, taman2
tertentu), pembiakan (terutamanya haiwan2 yang semakin berkurangan),
keselamatan, rawatan, dilatih untuk tugas2 tertentu (memburu, hantar
surat, perisikan, senjata), dan sebagainya adalah dibolehkan.
Tentulah tidak sesuai jika niatnya atas tujuan saja-saja, suka-suka,
sekadar melayan hobi dan sebagainya.
TEMPAT
Jika
mahu dipelihara atas tujuan saja-saja, suka-suka atau hobi sahaja,
pergerakan haiwan itu janganlah terhad sangat. Jika ikan, biarlah
sampai ia dapat "berlari" (meluncur dengan laju). Kasihan
mereka jika mereka sekadar boleh "berjalan" beberapa kali
badan lalu berputar2 sahaja. Kalau boleh elakkan mengurung ikan di
dalam akuarium melainkan akuarium itu betul-betul besar. Jika arnab,
biarlah sampai ia boleh berlari. Janganlah mereka baru meloncat dua
tiga kali, sudah sampai ke tepi jaring. Jika burung, biarlah mereka
sampai boleh terbang dan melayang buat beberapa saat (hal ini sangat
sukar untuk dilakukan).
Macam
manusia jugalah. Jika kita diletakkan di suatu bilik yang hanya boleh
duduk, berdiri dan melangkah dua tapak ke hadapan, belakang, kiri dan
kanan, tentulah kita sangat menderita. Contohnya sel khas untuk
banduan tertentu. Tapi jika tempat itu agak luas sehingga kita dapat
berjalan berlenggang dengan laju dan boleh berlari-lari anak, kita
sudah agak selesa. Contohnya seluas bilik darjah. Itu pun kita tetap
tak boleh duduk lama dalam bilik itu melainkan kena keluar ke
lapangan juga.
MASA
Jika
untuk kajian dan rawatan, habis tempoh masanya dan haiwan itu masih
hidup, lepaskanlah semula. Jangan dipanjang2kan. Jika untuk latihan
perburuan dan seumpamanya di atas tadi, kenalah bagi masa untuknya
keluar beriadah dengan riadah yang sesuai. Janganlah dikeluarkan
waktu hendak diguna sahaja. Begitulah antara contohnya.
JUMLAH/BILANGAN
Jika
untuk pameran (pelajaran) dan kajian, cukuplah kurung beberapa ekor
sahaja. Elakkan berbanyak-banyak. Begitulah antara contohnya.
PENUTUP
Sangat
banyak lagi hal ehwal dalam ilmu perubatan sufi. Cuma dalam hal di
atas, kita boleh ringkaskan sebegini sahajalah :
Umumnya,
sebagaimana engkau membebaskan mereka daripada kurungan, insya-Allah
sebegitulah keluarnya masalah-masalahmu. Wallahua'lam.
18/12/22
***Zaman
aktif merawat dulu, perubatan jalan kesufian sebegini biasanya hanya
dibuat setelah pesakit berulang kali datang berubat pun masih belum
ada perubahan.