Thursday, December 1, 2022

Tafsir Mimpi : Asap Bom Kembali ke Bom

 

Bertanyalah seorang hamba Allah akan maksud mimpinya kepada sahaya. Dipendekkan cerita, dalam mimpi itu, dia dbersama-sama ibu dan bapanya berada di dalam sebuah kereta. Tiba-tiba ada sebuah bom meletup berhampiran dengan kereta itu. Asap bom itu pun membesar. Tapi tidak lama kemudian asapnya masuk kembali ke dalam bom itu. Rupa asap itu begitu dan begini. Apakah maksud mimpi tersebut?


Maksudnya baru-baru ini ada pilihan raya umum. Sepanjang perjalanan menuju hari pilihan raya itu, secara tiba-tiba (mengejut) mereka sekeluarga beralih arah untuk menyokong pihak yang mereka tidak pernah sokong selama hari ini. Tetapi apabila tiba harinya, secara tiba-tiba juga mereka membatalkan niat mereka itu.


Hamba Allah itu pun berasa terkejut mendengar penjelasan sahaya kerana hal yang dinyatakan itu memang benar2 berlaku. Haaa.... kan dah terpecah rahsia :)


Wallahua'lam.


28/11/22

Para Pejuang dan Sastera

 

Oleh kerana terhadnya ruang, keupayaan dan kesempatan, banyak juga pejuang2 kemerdekaan dan penentang2 penjajahan zaman dahulu yang menggunakan penulisan2 berunsur sastera untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Mereka terpaksa turut menggunakan kaedah sebegitu memandangkan terdapat sekian banyak dan sekian kuatnya kekangan2 tertentu. Maka terhasillah cerpen2, novel2, lagu2, puisi2 moden dan klasik karangan mereka.


Objektif jarak dekat mereka tidak tinggi. Cukuplah sekadar dua tiga orang yang memahami mesej tersurat dan tersirat yang mereka cuba lontarkan. Nanti akan menyebarlah mesej itu ke jiwa masyarakat. Yang agak menghairankan, sungguh pun pada zaman2 itu kadar buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis) dan lemah huruf (lemah dalam membaca dan menulis) sangat tinggi, tetapi mesej2 para pejuang banyak juga yang berjaya sampai ke minda dan hati masyarakat yang akhirnya membentuk perbincangan dan tindakan.


Boleh jadi salah satu sebabnya kerana banyak anggota masyarakat zaman itu masih kuat nilai2 dan jati diri budaya dan sastera mereka. Mereka mahir dengan kiasan, perlambangan, kata-kata berlapik, bunga-bunga bahasa, bahasa kaum sufi, serta surat dan sirat. Ada yang dalam bahasa modennya disebut sebagai personifikasi, metafora, simile, inversi, KBAT, dan sebagainya.


Sebahagian orang sekarang asal disebut tangan disangkanya tangan sungguh, disebut duduk disangkanya duduk sungguh, disebut tertawa disangkanya ketawa sungguh, disebut kanan disangkanya kanan sungguh, disebut betis disangkanya betis sungguh. Sebab itulah umumnya apabila bermimpi harimau diyakininya harimau sungguh, bermimpi terbang diyakininya terbang sungguh, bermimpi raksasa disangkanya raksasa sungguh, dan sebagainya.


30/11/22