Seorang
hamba Allah menulis - bertanyakan apakah nasihat untuk orang2 yang
bakal mengundi dan yang bakal tidak mengundi?
Jawapan
sahaya pendek sahaja :
Kepada
yang tidak mahu terlibat dengan PRU, kita hormati pendirian mereka.
Teruslah berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk kebaikan agama
dan ummah mengikut jalan masing-masing. Asalkan buat kerja, bukan
duduk2 sahaja.
Kepada
yang bakal mengundi pula, kita juga hormati pendirian mereka. Kita
juga suka untuk menasihatkan mereka agar janganlah memilih individu
atau pihak yang bakal menyusahkan rakyat yang sudah sedia susah ini.
Apakah rakyat belum cukup susah hingga mahu ditambah? Semoga tidaklah
dipanjangkan lagi kesusahan yang rakyat tanggung selama hari ini.
Kepada
kedua-dua golongan tadi, kita harap agar mereka tidak saling berbalah
atau bermusuhan kerana hal itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan
sedia ada. Wallahua'lam.
4/11/22
***IMBAS
KEMBALI SATU PENULISAN SEBELUM INI
Bagi
orang-orang yang mahu melibatkan diri dalam politik pilihan raya ini,
kita maklum bahawa mereka punya hujah-hujah yang bagus. Kita pun
pernah menelitinya dulu.
Bagi
orang-orang yang tidak mahu melibatkan diri dalam politik berpilihan
raya ini, kita juga maklum bahawa mereka juga punya hujah-hujah yang
bagus. Kita pun pernah menelitinya dulu.
Ringkas
kata, kita kena menerima kenyataan bahawa :
i)
kedua-dua golongan ini akan selalu ada.
ii)
kedua-dua golongan ini punya hujah-hujah dan sandaran-sandaran yang
bagus.Masing-masing ada pandangan ulama-ulama dan tokoh-tokoh yang
mereka cenderung.
iii)
perbezaan pandangan, pegangan dan tindakan kedua-dua pihak ini akan
berterusan dan tidak akan berkesudahan.
iv) dalam
kedua-dua golongan ini wujud golongan PENGAJAK.
Masing-masing akan mengajak agar masyarakat menyertai golongan
mereka.
Golongan
pengajak bagi PIHAK YANG MAHU itu akan berusaha untuk
mengajak pihak yang tidak mahu agar jadi seperti mereka juga
(agar berpolitik pilihan raya). Golongan pengajak bagi PIHAK
YANG TIDAK MAHU itu juga akan berusaha untuk mengajak pihak
yang mahu agar jadi seperti mereka juga (agar tidak berpolitik
pilihan raya).
Tidak
salah jika saling menerang, mengajak, mempelawa dan mengundang. Yang
jadi masalahnya jiak sudah sampai ke peringkat yang lebih daripada
menerang, mengajak, mempelawa dan mengundang. Ada yang sampai
memaksa, mengugut, memboikot, menyakitkan hati, memarahi, atau saling
menjatuh dosakan sesama muslim.
Dalam
HAL INI, setiap pihak ada pandangannya. Jangan berasa hanya pandangan
kita sahajalah yang mesti diterima oleh orang lain. Dalam HAL
INI, setiap pihak pun ada hujah-hujah dan sandaran-sandarannya.
Janganlah ada perasaan bahawa hujah kita sahajalah yang
betul. Dalam HAL INI, masing-masing pihak pun ada ulama-ulama
dan tokoh-tokoh mereka. Jangan ada keyakinan bahawa hanya ulama-ulama
dan tokoh-tokoh kita sahaja yang benar. Ini semua sifat mazmumah
yang sangat berbahaya.
Antara
jalan keluarnya adalah dengan saling meraikan pegangan. Sesiapa
yang mahu, dipersilakan. Kita faham sebab-musabab mereka mahu. Kepada
sesiapa yang tidak mahu, dipersilakan juga. Kita pun faham
sebab-musabab mereka tidak mahu itu. Dalam HAL INI, saling
meraikan adalah sangat bagus berbanding sangat buruknya
pertengkaran, perbalahan, perpecahan, permusuhan,
tuduh-menuduh, pergaduhan, hukum-menghukum, marah-memarah, saling
sakit hati, saling mengeji, dan seumpamanya.
Namun
kita juga yakin bahawa dalam HAL INI, dalam kedua-dua
golongan akan tetap ada SEGELINTIR pendukung yang taksub,
yang hanya berasa pandangannya sahaja yang betul, yang berasa hanya
pegangannya sahaja yang mesti diikuti oleh orang lain, yang
meyakini dirinya berpahala sedangkan pihak satu lagi sebagai
berdosa, dan sebagainya. Di mana-mana pun umumnya akan ada
orang-orang sebegini. Masalah-masalah yang kita sebutkan di atas
tadi biasanya dihasilkan oleh golongan inilah. Maka
pandai-pandailah kita berhadapan dengan mereka.
Salinglah
meraikan.
10/10/22