Wednesday, August 3, 2022

Kumpulkan 6 Makrifat

 

Dalam Ihya' 'Ulumuddin, Imam al-Ghazali memetik pesanan Saiyidina Ali ra agar kita mengumpulkan enam perkara :

1. MENGENAL ALLAH lalu mentaati-Nya

2. MENGENAL SYAITAN lalu menderhakainya

3. MENGENAL YANG BENAR lalu mengikutinya

4. MENGENAL YANG SALAH lalu memelihara diri daripadanya

5. MENGENAL DUNIA lalu menolaknya

6. MENGENAL AKHIRAT lalu mencarinya


- Disarikan daripada Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Kecelaan Dunia


*Sekarang ahli2 halaqah usrah Ghazaliyah sudah tahu dari mana datangnya sebahagian daripada 8 Ma'rifah dan 8 Mahabbah yang dibincangkan pada setiap kali sesi halaqah.

*Kenangan zaman dulu2 - Sesuatu yang aneh kerana sahaya sudah sedia tahu akan kata2 Saiyidina Ali ini pada kali pertama sahaya membacanya dulu dalam kitab Ihya'. Seolah2 sudah banyak kali membacanya. Padahal itulah kali pertama sahaya membacanya sebelum disyarahkan oleh arwah mursyid, dan sahaya tidak pernah membacanya di tempat lain sebelum itu. Wallahu'alam.


1/8/22


Diuji dengan Takut, Lapar dan Kurang Harta

 

Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan KETAKUTAN (yang dihalakan kepada kamu) dan KELAPARAN (menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan yang mencukupi), dan KEKURANGAN HARTA BENDA ( kesukaran untuk mendapatkan harta termasuklah wang belanja) dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)


Dalam 2-3 tahun ini, ramai yang diuji. Ada yang bersabar, dan ada yang tidak sanggup bersabar. Padahal semua ketakutan, ketidakcukupan makanan dan ketidakcukupan harta itu baru ujian yang sedikit daripada Allah. Sememangnya memerlukan pengorbanan untuk bersabar melalui dan melepasinya.


Semoga Allah terus memelihara kita dan menguatkan kita.


1/8/22