Sunday, February 20, 2022

Berkaki Ayam dalam Bicara Kesufian

Sedikit contoh mudah untuk pemahaman awal tentang bicara kaum tasawuf sufi... apabila si sufi berbicara tentang "berkaki ayam" dalam pelajaran sufi...


"Berkaki ayam" itu menurut pemahaman sebahagian orang ialah kaki seseorang itu memang kaki sejenis haiwan iaitu ayam. Ini pemahaman yang salah. Yang berkelulusan agama pun ada yang berfahaman sebegini.


"Berkaki ayam" itu menurut pemahaman sebahagian orang pula ialah seseorang itu tidak memakai alas kaki di tempat yang biasanya orang lain memakai alas kaki. Ini pemahaman yang benar, tetapi bukan yang dimaqsudkan dalam bicara si sufi tadi.


"Berkaki ayam" menurut si sufi ialah seseorang itu tidak punya pelajaran ilmu mu'amalah dan ilmu mukasyafah tetapi cuba berjalan jauh di jalan sufi. Ini pemahaman yang sebenar.



Masalah sering timbul apabila orang2 yang berilmu agama juga (tetapi tidak ahli/berkemahiran dalam ilmu2 tasawuf sufi) yang tidak faham bahasa kaum sufi tetapi mahu berkata2 (menyampuk mengkritik, memberi ulasan, mewujudkan pemahaman sendiri) tentang hal tersebut. Kesannya, mereka akan tersimpang daripada pemahaman sebenar hal itu lalu menyimpangkan pula orang2 lain yang mengikut kata2 mereka.


18/2/22

Sanadnya 28, Sanad Kita 41

 

Pada penghujung tahun 2021 yang lalu, seorang hamba Allah memberikan kepada saya satu sanad/salasilah zahir bagi amalan Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah atau dikenali juga sebagai Zikir Harian Imam al-Ghazali untuk disemak. Kita luruskan terlebih dahulu, bahawa sanad itu ialah sanad bagi lafaz Zikir Harian, bukannya sanad bagi Tarekat Ghazaliyah. Hendaklah dibezakan antara kedua-duanya.


Dalam sanad Zikir Harian tersebut, ada 28 nama bermula daripada Rasulullah SAW sampailah kepada generasi hari ini. Apabila dibandingkan dengan sanad Tarekat Ghazaliyah, saya sendiri berada pada kedudukan yang ke-41.


Jadi saya berkesimpulan, bahawa sanad zahir Zikir Harian itu ada terputus pada lebih daripada satu tempat. Dan secara keseluruhannya terdapat sekitar 10 nama lagi yang sepatutnya ada dalam sanad tersebut.


Wallahua'alam.


19/2/22