Mengadulah
seorang hamba Allah yang sudah lama (bertahun2) belajar dengan Ustaz
A dan Ustaz B (mereka memang banyak ilmu lagi masyhur) tetapi masih
juga susah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Ilmunya memang
bertambah dengan baik, bahkan sudah boleh mengajarkan orang lain
pula, tetapi khusyuk masih tiada (sangat kurang). Jadi, apa yang
boleh dilakukannya untuk mendapatkan khusyuk?
Pandangan
sahaya - Ustaz A dan Ustaz B memang popular dan berilmu tinggi dalam
tiang al-islam. Saya sendiri pun ada membaca tulisan2 mereka dan
menonton beberapa kuliah mereka untuk mengambil manfaat berkaitan
al-islam.
Namun
kita mesti beringat, bahwa dalam ad-diin ini ada 4 lautan iaitu
lautan al-islam, al-iman, al-ihsan dan al-sa'ah (sebagaimana dalam
kisah hadith Jibril). Lautan al-islam itu isinya ialah wilayah fiqh
(fekah, hukum-hakam), usul fiqh, dan wilayah amal anggota badan,
sedangkan hal ehwal khusyuk itu khsusunya bukan dalam wilayah anggota
badan. Ia berada dalam lautan al-ihsan. Ringkas kata, kita tidak akan
jumpa khusyuk di sana walau selama mana pun kita menuntut ilmu.
Ibarat hendak menangkap ikan yu tetapi di hulu sungai. Memang ada
banyak ikan di sana tetapi tiadalah ikan yu kerana itu bukan
tempatnya.
Lautan
ad-diin al-ihsan ini
pula
isinya
berkaitan wilayah qalbu (jantung hati, jiwa, emosi, rasa, alami,
tasawuf, sufi, tariqah, keRUHanian). Di
sinilah tempat untuk mencari
khusyuk.
Ibaratnya,
carilah ikan yu di laut. Mudah-mudahan dapatlah.
Mencari
isi kandungan al-iman dalam
lautan al-islam,
mana kan dapat.
Mencari
isi kandungan al-sa'ah dalam
lautan al-iman,
manakan dapat.
Setiap
satu lautan itu ada ilmu khususnya, ahli-ahlinya, guru-gurunya,
sanad-sanadnya.
Kesimpulannya,
teruskan berguru dengan Ustaz A dan Ustaz B dan asatizah lain, tetapi
carilah
dan bergurulah dengan
asatizah bahagian al-ihsan jika
mahu
mendapatkan khusyuk.
Wallahua'lam.
30/1/22