Friday, December 24, 2021

Sementara Menanti Kehadiran Tetamu Tarekat Ghazaliyah

 

Sementara menantikan kehadiran tetamu Ghazaliyah, buat majlis taklim harian keluarga lebih dahulu, sambil2 goreng2. Biasanya majlis di dalam rumah sahaja. Kebetulan kali ini berkesempatan, bolehlah "ambil suasana" sedikit.


Majlis taklim harian keluarga ini sekadar 1 ke 5 minit sahaja. Gunakanlah sebarang kitab/buku yang bersesuaian. Kami menggunakan kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab Ihya' 'Ulumuddin).


Majlis taklim harian ini nampak kecil dan ringkas, tetapi KADANG2 Allah pilih ia sebagai faktor suka-Nya Dia untuk memudahkan, menyelamatkan, mententeramkan, menghindarkan, meneguhkan, dan sebagainya. Namun harapnya itu tetapkanlah kepada Allah, bukan kepada majlis.

Maqam2 dalam Diskriminasi (oleh Kuasa2 Besar Dunia)

Maqam2 dalam Diskriminasi (oleh Kuasa2 Besar Dunia)


1. Yang merancang diskriminasi itu.

2. Yang melaksanakan perancangan diskriminasi.

3. Yang menyokong diskriminasi.

4. Yang tidak menyokong tetapi tidak juga menolak diskriminasi. Jenis tidak ambil kisah.

5. Yang menolak diskriminasi (tetapi tidak menentang, sekadar tidak bersetuju).

6. Yang berusaha menentang diskriminasi.

7. Yang berusaha untuk menghapuskan diskriminasi itu.