Thursday, May 28, 2020

Pencerahan Ringkas (17)


Persoalan : Rindu zaman usrah dengan ustaz waktu bersekolah dulu. Usrah di sekolah masih jalan ke? Time tu asal hari cuti je join usrah ustaz. Kadang2 kat sekolah. Kadang2 kat rumah ustaz. Kat surau (Surau Sg. Nyior) pun rasanya ada tapi yang kat surau tu saya tak sempat join.

Jawapan : Tak buat dah. Halaqah usrah terakhir rasanya pada tahun 2013. Banyak generasi juga tu sejak mula program usrah di bawah saya pada tahun 1998. Lebih kurang 16 tahun jugak. Anak usrah batch pertama (1998) pun sekarang dah berusia 39 tahun.

Pencerahan Ringkas (16)

Pertanyaan : Ustaz merokok tak? Rokok apa (*agaknya dia bertanya tentang jenama)?

Jawapan : Sahaya tak pernah merokok, walaupun satu sedut. Rokok moden tak pernah, rokok orang dulu2 pun tak pernah. Tapi masa zaman remaja (16-21 tahun) dulu, setiap hari sahaya berselubung dengan asap2 rokok juga kerana kawan2 rapat boleh kata merokok belaka. Semoga Allah terus pelihara sahaya.