Pertanyaan : Ada tak amalan yang khas agar hujan turun ketika cuaca panas seperti sekarang?
Jawapannya : Buatlah amalan2 sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Itu lebih utama. Cuma sekiranya mahukan amalan tambahan daripada Tariqah Ghazaliyah, bolehlah melaksanakannya sebagaimana amalan ringkas di bawah ini.
Bacaannya :
1. Bacaan ke-5 dalam 10 Bacaan Harian Tariqah Ghazaliyah : Istighfar (sekurang2nya sekali).
2. Bacaan ke-6 dalam 10 Bacaan Harian Tariqah Ghazaliyah : “Allahumma lamani’alima a’taita wala mu’tialimana’ta walayanfa’u dzal jaddi min kal jad.” (sekurang2nya sekali).
3. Lafazkan nama Allah di dalam qalbu berterusan dan jirus sebagaimana biasa akan pokok2 tanaman (sayur, herba, bunga dsb) yang ada di rumah atau di tepi2 rumah. Dalam masa yang sama, jangan kedekut, jirus seimbas lalu ke serata rumput dan tanah di tepi2 rumah. Jirus juga sekadar seimbas lalu kaki lima dan kawasan bersimen atau yang seumpama dengannya. Dari satu sudut, seolah2 kita beri minum kepada segala haiwan dan tumbuhan di sekitar itu. Zaman dulu2, amalan ini dibuat sekampung. Jika berpeluang, kita ajak orang2 lain di kawasan petempatan kita agar masing2 buat sama.
Nama Allah yang dimaksudkan ialah nama Dzat-Nya iaitu Allah. Lafaz ini yang sangat dianjurkan. Maka lafazkanlah sama ada di mulut, di qalbu, atau pada kedua2nya serentak secara berterusan. Jika mahu mengunakan “nama gelaran” bagi Allah seperti Al-Ghaniy, Ar-Rahman, Ar-Rahim atau nama2 lain juga boleh.
Bolehkah amalan ini dimulakan dengan Dua Kalimah Syahadah dan selawat?
Boleh, malah sangat bagus.
Peringatan - Amalan ini dilakukan apabila hati kita terasa sudah tiba masanya untuk dilakukan. Ia bukan suka-suka hati untuk kita lakukan setiap hari atau pada bila2 masa yang kita mahu. Ertinya amalan ini dilakukan setelah panas dan kering berhari2, atau memang pada musim kemarau.
Peringatan - Apabila hujan ada turun walaupun sangat sedikit, jangan dibuat amalan ini pada hari yang seterusnya. Biarlah berselang sehari. Kemudian baru disambung buat. Jika tidak, berdasarkan pengalaman para pengamal, akan berlaku banjir besar lagi mengejut dalam masa terdekat yang akan menyusahkan banyak orang.
Peringatan - Sekiranya hujan tidak turun, bolehlah diteruskan amalan ini pada setiap hari. Biasanya dalam masa tiga hari, hujan akan turun. Cuma sikit atau banyak sahaja. Ingat semula, jika ada hujan turun walau sangat sedikit, jangan disambung amalan ini pada keesokan harinya. Kita ditarbiyah agar kuat bersyukur, tidak tamak dan banyak bersabar.
Peringatan - Kadang2 kita tidak sedar bahawa hujan ada turun dalam jumlah yang sedikit. Boleh jadi ia berlaku ketika kita sedang tidur. Maka untuk mengelakkan terlepas pandang sebegini, dianjurkan buat amalan ini 3 hari sahaja. Selepas 3 hari, berhenti sehari. Kemudian baru dibuat semula selama 3 hari lagi. Wallahua’lam.
Ikhlaskan hati dan niat, insya-Allah manfaat.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
17/3/26
No comments:
Post a Comment