Pada tahun 2023, sahaya ada menulis pendek bahawa satu2nya ilmu yang tidak dapat “dicapai” oleh “kecerdasan2” ini dalam keempat2 tungku/fardhu agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa’ah) hanyalah ilmu tungku al-ihsan pada peringkat tinggi dan lanjutan. Yang pada peringkat tinggi itu pun tidak semua kerana ada sebahagian ruang2 yang boleh juga “dicapai”nya. Hanya wilayah lanjutan yang tidak dapat dicapai oleh kecerdasan2 itu. Segala ilmu yang lain termasuklah ilmu tiga fardhu agama lagi itu, umumnya semua boleh dicapai dan digunakannya.
Pada penghujung tahun lepas (2025), saya tersembang (secara tidak sengaja termasuk dalam perbualan orang lain) tentang “kecerdasan2” yang sudah dipertingkatkan maqamnya yang baru muncul, yang bukan lagi berfikir dan bekerja hanya setelah diberi arahan melainkan sentiasa jaga, bekerja dan berfikir dengan satu arahan sahaja, dan seterusnya tidak mustahil akan meriah pula generasi yang sentiasa jaga, bekerja dan berfikir dengan sendirinya walaupun tiada sebarang arahan. Potensinya untuk lebih mencapai ilmu2 wilayah tinggi dalam al-ihsan tidak dapat dinafikan. Namun tetap tidak dapat dicapainya semua dan ilmu2 wilayah lanjutan tetap kebal.
Maka wilayah tinggi dan lanjutan ini mestilah kita pelihara yang antaranya melalui warisan bersanad, asli dan tariq yang “lurus”
Abu Zulfiqar al-Amsyari
21/2/26
No comments:
Post a Comment