Wednesday, October 23, 2024

1 Juta Berhadapan Masalah Mental

 

Malaysia mencatat peningkatan masalah kesihatan mental. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati seramai satu juta atau 4.6 peratus rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas, berhadapan masalah mental, menunjukkan peningkatan dua

kali ganda, antara tahun 2019 hingga 2023. Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan satu daripada enam orang kanak-kanak berusia antara lima hingga sembilan tahun mengalami masalah gangguan mental, peningkatan daripada 7.9 peratus pada tahun 2019 kepada 16.5 peratus pada tahun 2023.


- Nota daripada Khutbah Perak 11 Oktober 2024

Jiwa Menyelamat Semakin Pudar

 

Bicara tasawuf... Orang2 yang tidak terjatuh ke dalam lubang, mereka sangat bersimpati dengan orang2 yang terjatuh ke dalam lubang dan berusaha bersungguh2 untuk menolong orang2 yang terjatuh itu agar dapat dikeluarkan dan tidak terjatuh lagi.


Tapi, sebahagian daripada orang2 yang di dalam lubang itu pula lebih suka jika orang2 yang tidak terjatuh yang mahu membantu mereka itu agar jatuh juga ke dalam lubang tersebut.


Orang2 yang tidak terjatuh ke dalam sesuatu sifat mazmumah, mereka sangat bersimpati dengan orang2 yang terjatuh ke dalam sifat mazmumah tersebut dan berusaha bersungguh2 untuk menolong orang2 yang terjatuh itu agar dapat dikeluarkan dan tidak terjatuh lagi.


Tapi, sebahagian daripada orang2 yang berada di dalam sifat mazmumah itu pula lebih suka jika orang2 yang tidak terjatuh yang mahu membantu mereka keluar itu agar jatuh sama ke dalam sifat mazmumah tersebut. Bukan hendak dibantu, bukan hendak beri kerjasama, bukan hendak berterima kasih... sebaliknya mahu menambah ahli pula.


Begitulah antara cabarannya.


16/10/24

Tiada Ilmu Masalah Batin Wanita

 

Sxxx Pxxxxx menulis : Salam ustaz.... pernah tak ada pengalaman merawat masalah batin perempuan. Sintom sama macam masalah lelaki tapi berlaku kat perempuan.


Jawapannya : Wlskm. Tak pernah. Kerana saya tak ada ilmu berkaitan. Tak pernah belajar dan guru2 saya dulu pun tak pernah mengajarkannya. Rasanya mereka pun tak ada ilmu bahagian tersebut. 12/10/24

Sambungan Tentang Sihir dan Gambar

 

...sambung kisah gambar dan sihir...


Saya pernah merawat seorang remaja (wanita) yang mengalami gangguan (macam2 jadi dan panjang ceritanya, maka kita pendekkan), padahal sebelumnya dia sihat wal ‘afiat. “Gangguan” ada pelbagai punca tapi untuk kes yang ini kuat hati saya mengatakan ia berkait dengan gambar2. Saya maklumkan kepada ibu bapanya, selepas saya usaha ruqyah dan pulihkan nanti, mereka kena usahakan agar semua gambar anak mereka itu yang jelas rupanya di medsos dipadam, sama ada yang si anak itu sendiri upload ataupun pihak2 lain yang upload. Jika tidak, kemungkinan besar masalahnya akan berulang2 walau dirawat berulang2 kali. Dengan izin Allah, setakat yang dimaklumkan kepada saya (pada 2022), si anak kembali sihat. Tak ada lagi gangguan2.


Ada satu kes lagi yang melibatkan sepasang suami isteri. Kedua2nya datang sekali. Dikatakan si suami semakin tawar hati dengan si isteri hinggakan rumahtangga mereka di ambang perpisahan. Pada awalnya mereka menyangkakan si suami itu sudah terkena sesuatu sehinggakan berlaku perubahan sikapnya. Saya pun cubalah kaedah2 rawatan Islami ke atas si suami, tapi yang peliknya si isteri pula jadi lain macam. Kita pendekkan cerita lagi, ternyata si isteri itulah sebenarnya yang sudah terkena sesuatu. Untuk kes yang ini pun, kuat hati saya mengatakan berkait dengan gambar2 di medsos juga, bukannya isu saka, jin liar, “kelintasan”, “terpijak” dll. Sebab itulah sikap si isteri jadi lain macam. Yang si suami pula mendiamkan sahaja hal itu untuk menjaga hati si isteri. Saya pun berpesan perkara yang sama. Selepas saya cuba bacakan dan doakan, balik nanti terus cuba usaha padamkan gambar2 yang jelas rupa muka tubuh di medsos, sama ada yang mereka sendiri upload atau pihak2 lain upload, setakat mana kemampuan. Kalau tidak, kemungkinan besar akan berulang lagi. Alhamdulillah, selepas itu rumahtangga mereka (pada 2022) itu kembali bahagia.


Berbeza dengan satu kes lagi pada awal 2010-an dulu. Ada seorang perempuan remaja selalu bermimpi didatangi lelaki yang tidak dikenalinya. Kadang2 dia ternampak bayangan melintas. Dia juga sering “memberontak” dan bergaduh dengan ibu bapanya. Padahal sebelum itu kelakuannya bukanlah sedemikian. Sudah merata tempat mereka pergi berubat tapi tidak juga sembuh2. Kita pendekkan cerita juga. Gadis ini atlet olahraga dan aktif bersukan. Dia selalu mendapat tempat dalam pertandingan2. Banyaklah gambar2 di medsos termasuklah yang tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya di laman kolejnya. Dia sendiri tidaklah aktif upload gambar ke medsos, tapi pihak kolej yang banyak berbuat demikian. Mungkinlah ada orang yang suka kepadanya atau yang dengki kepadanya atau yang tidak suka kepada keluarganya. Wallahua’lam. Saya menasihatkan agar gambar2nya yang jelas menampakkan dirinya di medsos segera dipadam. Tak kisahlah sama ada orang lain sudah save gambar itu atau tidak. Malangnya mereka tidak buat, atau mungkin mahu buat tetapi tidak dapat dibuat atas kekangan2 tertentu. Sehingga tiga empat tahun selepas itu pun khabarnya mereka masih berubat ke sana sini sebelum hilang dari radar. Entahlah apa nasib si gadis. Semoga beroleh kesembuhanlah hendaknya.


Kesimpulannya, berhati2lah dengan ‘ain, syaitan dan sihir.


17/10/24

Syarat2 Gambar Sihir

 

Pertanyaan : Gambar untuk dibuat sihir tu ada syarat2nya ka Ustaz? Sebab ada yang kata kalau gambar tak penuh, contohnya tak nampak kaki tak boleh buat. Betul ka..?


Jawapannya : Sekiranya gambar penuh, kebarangkalian untuk menjadinya sihir itu adalah lebih tinggi dan lebih berkesan (sekiranya Allah izinkan). Maka sebagai langkah untuk mengurangkan risiko dan kesannya, sekiranya hendak juga meraikan anak, cucu, murid, pasangan, kawan2 dll di medsos dalam bentuk gambar, sangat bagus jika dapat dihitamkan/ blurkan pada bahagian wajah (terutamanya anak mata) dan jangan upload gambar penuh. Potong/ suntinglah sikit gambar itu pada hujung kaki, atau hujung tangan dsb. Sekiranya tidak sampai ke taraf perlu, eloklah jangan kita/ pihak2 lain upload gambar anak cucu tu, baik anak cucu kita mahupun anak cucu orang lain. Nanti mereka yang nak kena tanggung segala kesusahan.


17/10/24


*Pertanyaan di atas datang daripada posting sahaya ini :

Zaaman duluuu2, tukang2 sihir guna sekeping gambar mangsa sahaja, selalu juga sihir mereka menjadi (dengan izin Allah). Zaman sekarang? Baaanyak gambar anak cucu di medsos dari pelbagai sudut. Itu semua menjadi bola tanggung untuk tukang2 tersebut. Mereka tunggu diminta khidmat atau diupah sahaja. Maka, tak hairanlah macam2 jadi. Mengelak itu jaaauh lebih baik daripada mengubati.

Memberi ingat berdasarkan pengalaman pernah merawat dulu2...


Elakkan/Kurangkan Upload Gambar Anak Cucu

 

Zaaman duluuu2, tukang2 sihir guna sekeping gambar mangsa sahaja, selalu juga sihir mereka menjadi (dengan izin Allah). Zaman sekarang? Baaanyak gambar anak cucu di medsos dari pelbagai sudut. Itu semua menjadi bola tanggung untuk tukang2 tersebut. Mereka tunggu diminta khidmat atau diupah sahaja. Maka, tak hairanlah macam2 jadi. Mengelak itu jaaauh lebih baik daripada mengubati.

Memberi ingat berdasarkan pengalaman pernah merawat dulu2...

Burukkan Islam dengan Ambil Contoh yang Salah

 

Apabila mereka hendak memfitnah dan memburuk2kan Islam, mereka akan ambil contoh orang2 Islam yang bermasalah. Lalu dicanangkannyalah – inilah Islam. Masalahnya, banyak juga yang terpedaya dan terpercaya.

Apabila mereka hendak memfitnah dan memburuk2kan aqidah umat Islam, mereka akan ambil contoh orang2 Islam yang bermasalah. Lalu dicanangkanlah – inilah orang2 bermazhab Maturudiyah. Masalahnya, banyak juga yang terpedaya dan terpercaya.

Apabila mereka hendak memfitnah dan memburuk2kan tasawuf, sufi dan tariqah, mereka akan ambil contoh orang2 Islam yang bermasalah. Lalu dicanangkanlah – inilah tasawuf, sufi dan tariqah. Masalahnya, banyak juga yang terpedaya dan terpercaya. 21/10/24

Monday, October 7, 2024

Perkataan Hu Itu Nama Allah yang Diulang?

 

Pertanyaan : Saya merujuk kepada dua penulisan ustaz di blog ustaz yang bertajuk “Lafaz Zikrullah Hu Hu Hu Diajar oleh Imam Ghazali?” dan “Imam Ghazali Ada Bahas Tentang Zikir Hu Hu Hu?”. Insya-Allah saya faham segala isi kandungannya dan rumusannya iaitu dalam Tarekat Ghazaliyah tidak ada penganjuran amalan berlafaz zikrullah Hu. Terima kasih ustaz.


Cuma di sini saya ingin bertanya tentang dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa perkataan “Hu” itu bukannya kata ganti nama (*yang berrmaksud “Dia”) tetapi merupakan salah satu daripada nama Allah, yang mereka menggunakan kalam Imam al-Ghazali dalam kitabnya tentang dua ayat Al-Quran yang mengandungi ismul a’zham itu, lalu dikaitkan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi yang mengatakan ada nama Allah yang berulang dalam kedua2 ayat tersebut iaitu “Hu”.


Mohon pencerahan ustaz.


Jawapannya :

Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Maqsidul Asna mengatakan bahwa ismul ‘a’zham (nama Allah yang Agung) itu ada pada dua tempat dalam Al-Quran iaitu pada ayat “Wa ilaahukum ilahuw waahidul laailahailla huwarrahmanur rahiim” dan dua ayat permulaan surah Ali Imran iaitu “Alif laam miim. Allaahu laailaahailla huwal hayyul qayyuum” (sebagaimana dalam hadith riwayat Imam Turmizi).


Pada tempat pertama, ada nama AR-RAHMAAN dan AR-RAHIIM.

Pada tempat kedua ada nama AL-HAYYU dan AL-QAYYUM.

Maka inilah 4 nama ismul a’zham yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dan Imam al-Ghazali.


Selepas itu Imam al-Ghazali tidak ada menyambung dengan hadith lain atau hadis yang sama yang dikatakan diriwayatkan oleh Imam Turmizi yang mengatakan ada nama Allah yang diulang2 atau berulang dalam kedua2 tempat itu, kerana Imam al-Ghazali terus bercerita tentang fadhilat. Tamatlah penulisan Imam al-Ghazali pada bahagian tersebut.


Di luar daripada penulisan Imam al-Ghazali, dikatakan ada satu hadith riwayat Imam Turmizi yang mengatakan bahawa ada nama Alllah yang Agung iaitu ismul a’zham yang DIKATAKAN diulang atau berulang dalam kedua2 tempat tersebut. Nama Ar-Rahmaan, Ar-Rahiim, Al-Hayyu dan Al-Qayyum tidak diulang atau berulang kerana disebutkan sekali sahaja. Maka yang berulang ialah perkataan “HU”. Oleh sebab itu, “HU” itulah nama Allah yang diulang atau berulang dalam kedua2 tempat tersebut. Maka perkataan “HU” itu bukanlah ganti nama tetapi nama Allah sendiri. Begitulah dakwaan mereka.


Namun apabila kita meneliti hadith riwayat Turmizi yang dimaksudkan, tidak ada cerita tentang nama Allah yang BERULANG atau DIULANG pada kedua2 tempat tersebut. Perkataan “HU” pada kedua-dua tempat adalah kata ganti nama yang bermaksud “Dia”, bukannya nama Allah.


Wallahua’lam.


29/9/24

Kita dalam Kalangan Orang2 yang.......

 

Dalam kalangan orang2 yang engkar, orang soleh itulah yang dianggap sebagai pengganggu.

Dalam kalangan orang2 yang pengecut, orang yang berani itulah yang dianggap sebagai pesalah.

Dalam kalangan orang2 yang pemalas, orang yang rajin itulah yang dipandang sebagai penyusah.

Dalam kalangan orang2 yang pemboros, orang yang zuhud itulah yang dipandang sebagai tidak betul.

Dalam kalangan orang2 yang menyukai maksiat, orang yang taat itulah yang dianggap sebagai pengacau.

Dalam kalangan orang2 yang dicucuk hidung, orang yang bersuara itulah yang dianggap sebagai penyakit.

Dalam kalangan orang2 yang membudayakan umpatan, orang yang berdiam itulah yang dianggap sebagai tidak elok.

Dalam kalangan orang2 bukan muhrim yang bersalaman, yang enggan itulah yang dipandang sebagai menyimpang.

Dalam kalangan orang2 yang mencintai keduniaan, orang yang mencintai keakhiratan itulah yang dianggap sebagai perosak.

Dalam kalangan orang2 yang tidak menutup aurat dengan sempurna, yang bertutup sempurna itulah yang dianggap pelik.

Dalam kalangan orang2 yang berkelakuan buruk, orang yang berkelakuan mahmudah itulah yang dianggap sebagai tidak benar.

Dalam kalangan majoriti, orang2 yang minoriti itulah yang hampir2 pasti dianggap sebagai mustahil benar.


Sebahagian daripada situasi2 ini mungkin pernah kita rasai.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

30/9/24

Golongan Manusia Terhadap Syurga Palsu

 

Golongan manusia terhadap syurga palsu MisterDi :

Golongan A- Orang2 yang sudah berjaya mencairkan syurga palsu.

Golongan B – Orang2 yang bersungguh2 bertindak menolak syurga palsu.

Golongan C – Orang sudah mula bertindak menolak syurga palsu.

Golongan D – Orang2 yang hatinya sudah mula menolak syurga palsu tetapi belum bertindak.

Golongan E – Orang2 yang tidak pasti sama ada mahu menolak syurga palsu atau tidak.

Golongan F – Orang2 yang yakin bahawa syurga palsu itulah syurga sebenar lalu mempertahan dan memperjuangkannya.


Ilmu as-saah


2/10/24

Dalami 4 Tungku Agama Lebih Berpeluang Selamat

Adakah dengan mendalami tungku al-iman (‘aqidah) maka kita pasti selamat? Tidak pasti. Cuma potensi untuk selamat itu lebih tinggi.

Adakah dengan mendalami tungku al-islam (fekah) maka kita pasti selamat? Tidak pasti. Cuma potensi untuk selamat itu lebih tinggi.

Adakah dengan mendalami tungku al-ihsan (tasawuf) maka kita pasti selamat? Tidak pasti. Cuma potensi untuk selamat itu lebih tinggi.

Adakah dengan mendalami tungku al-sa’ah maka kita pasti selamat? Tidak pasti. Cuma potensi untuk selamat itu lebih tinggi.

Adakah dengan mendalami keempat-empat tungku agama (ad-diin) ini maka kita pasti selamat? Tidak pasti. Cuma potensi untuk selamat itu lebih tinggi.

Pada hakikatnya Allah sahajalah yang dapat menyelamatkan kita. Namun pada syariatnya, kita diwajibkan untuk berusaha dengan gigih.


6/10/24