Pengalaman
memerhatikan
cara orang tua
dulu2...
untuk
merawat orang2 yang terkena sengatan, gigitan atau patukan haiwan
berbisa/ beracun, mereka
tidak akan
terus beri rawatan atau ubat2an begitu sahaja kerana sekiranya
tidak sesuai, hal
itu
tidak membantu atau silap2 boleh jadi lebih mudarat. Sebab itulah
walaupun
dalam keadaan
kelam-kabut itu (sekiranya
ada kesukaran untuk menghantar mangsa ke hospital), orang
tua2 akan tanya soalan2
tertentu terlebih dahulu seperti :
1.
Haiwan jenis apa? Contohnya ular, tebuan, katak, semut, monyet dan
sebagainya. Dari situ tabib boleh mengagak jenis racunnya dan
kekuatannya secara umum.
2.
Secara khususnya pula haiwan itu jenis apa? Jika ular, contohnya
tedung, kapak, katam tebu, laut, atau
yang lain-lain.
Dari sini
tabib boleh mengagak jenis racunnya dan kekuatannya secara
lebih khusus. Juga kaedah dan bahan2 rawatannya.
3.
Sudah berapa lama kena?
4.
Badan rasa macam mana? Ada
mana2 bahagian yang terkesan? Bagaimana
rupanya?
5.
Berapa
banyak atau berapa kali kena? Contohnya - anjing gigit berapa kali
dan bahagian2 tubuh mana yang kena? Agak2
berapa ekor tebuan? 2-3 ekor? Puluh2 ekor? Ratus ekor?
6.
Apa kaedah atau bahan yang sudah digunakan (sekiranya ada) sebelum
ini? Sudah minum air? Sudah baca ayat2 tertentu? Ada orang
lain beri makan
penawar tertentu?
7.
Mangsa ada penyakit2 sedia ada tak?
Semua
maklumat ini memang sangat membantu tabib untuk menilai sekuat
mana racun yang sudah masuk ke
dalam badan,
sebesar
mana risiko mudaratnya, secepat mana perlu diberi rawatan, sejauhmana
peluang untuk pulih
atau selamat, apa
kaedah dan bahan yang sesuai, dan
sebagainya.
Antara
masalah yang
timbul,
kadang2 kita tanya jenis apa tetapi mangsa atau keluarganya macam tak
mahu beritahu dan ada
yang menganggapnya
tidak penting. Mungkinlah bagi mereka, jika terkena racun ular, maka
tabib baca sahajalah ayat2 penawar racun ular dan beri sahajalah
bahan2 penawar racun ular. Padahal umumnya lain ular maka lainlah
bacaan, kaedah dan bahan rawatannya. Rasanya
tidaklah susah pun untuk beritahu racun jenis apa yang sudah
masuk
ke dalam tubuh. Jenis
A ke, B ke, C ke atau
sebagainya.
Tapi...
begitulah. Orang2 yang punya pengalaman merawat lebih faham kerana
ada pengalaman masing2.
Ada
masalah lain juga. Contohnya keluarga bawa anak kecil yang badan
panas dan
sudah
jadi kebiru2an. Tabib beritahu bahawa budak itu bukannya kena demam
tapi ada terkena racun haiwan2 tertentu. Mungkin terjadi
ketika
anak kecil itu sedang tidur dan
kesan gigitannya sukar hendak
diperasan oleh
mata kasar.
Tapi keluarga si budak tetap yakin si budak sedang demam dan
mahu tabib merawat dengan kaedah dan bahan rawatan demam juga. Tabib
dah beritahu hal itu disebakan racun, tetapi
keluarga
tidak
mahu percaya. Memang susah.
24/4/24