Tuesday, November 14, 2023

10 TAZKIRAH PENDEK – Himpunan November 2023

1. Kita ibarat api lampu - bukan sekadar hendak mencerahkan sekeliling, tetapi hendak mencucuhnyalakan lampu2 yang lain.


2. Empat keutamaan dalam hidup : belajar agama – amalkan agama – sampaikan agama – perjuangkan agama.


3. Melampau berfikir - bahaya. Melampau tak mahu berfikir - pun bahaya. Melampau takut - bahaya. Melampau tak takut pun - bahaya.


4. Ini zamannya orang yang “bertelanjang” menegur, mengritik dan menghukum orang2 yang berpakaian, dari segi pakaian. Pelik tapi sahih.


5. Naik ke gunung, lagi dekat dengan Allah? Patutlah Namrud dan Firaun nak naik ke atas sana.


6. Antara jahil murakkab - faham hakikat tapi tak sedar mana yang Allah suruh buat, yang mana Allah benarkan buat dan yang mana pula yang Allah larang buat.


7. Malangnya jika rumahmu dimasuki orang lain dengan izinmu, tetapi kemudiannya mereka yang menentukan keputusan2 di rumahmu itu. Lebih malang lagi apabila engkau yang menyaksikan itu semua hanya sekadar menyaksikan sahaja.


8. Pos2 yang berkait dengan kebenaran biasanya akan disekat. Maka kita sedia maklumlah isu2 itu semua daripada majikan2 yang sama. Posting2 or sharing2 yang benar lagi sangat menggugat mereka mmg akan selalu disabotaj kerana di sebaliknya... pihak yang sama.


9. Jangan berbangga dan menjenakakan orang. Dah lihat sangat ramai yang begitu tapi kemudiannya menerima balasan yang bukan kepalang.


10. Banyak yang sekadar menanti zahirnya Mahdi yang jasmani tetapi terlupa untuk menzahirkan Mahdi yang di dalam diri ruhani - pengajian ilmu as-sa’ah.


Mereka Alihkan Tumpuan

 

Apabila mereka berusaha keras lagi besar-besaran menghalakan kebanyakan tumpuan kita ke arah sesuatu isu, biasanya mereka sedang usahakan sesuatu yang lain yang lebih besar-besaran tetapi mereka cuba elakkan daripada kita memberi perhatian. Tahu2 nanti perancangan mereka sudah pun berjalan, dan kita sudah terlambat untuk mengelak atau menahan.

Pentingnya Mengenal yang Betul dan yang Salah

 

Memandu kereta bukan sekadar tahu menggerakkannya lalu terus di pandu sahaja. Kena tahu mana yang betul dan mana yang salah (dari segi pertimbangan fikiran, gerak hati, tatacara pemanduan, pengurusan kenderaan, peraturan2 jalan raya dsb). Barulah insylh selamat perjalanan ke destinasi. Dalam beragama juga begitu. Kena cekap tahu mana yang betul dan mana yang salah (sekadar kemampuan kita). Barulah selamat tiba ke destinasi dan berkualiti dapatannya. 14/11/23

Musuh2 Sebenar Buah2 Catur

 

Buah2 catur di papan catur selalu menyangkakan bahawa musuh2 sebenar mereka ialah pihak2 lain di papan catur itu. Maka berperanglah sesama mereka bersungguh-sungguh. Masing2 menyangkakan kumpulan merekalah yang benar, atau lebih benar, atau yang paling kurang membawa mudarat. Padahal musuh2 sebenar mereka ialah para pencatur yang berada di luar dari papan catur. Dan buah2 catur yang mendepani mereka adalah sangat terpencil jumlahnya. 14/11/23

Thursday, November 9, 2023

Pengajian2 Intensif yang Dipinta

Dapatan daripada Ijtima’ Tariqah Ghazaliyah kali ke-4 yang lalu, antara pengajian khusus (intensif) yang mohon diadakan ialah :

1. Ilmu al-iman (‘aqidah, usuluddin, kalam, awwaluddin, ma’rifatullah) mengikut jalan Imam al-Ghazali – insya-Allah akan kita mulakan pada Disember ini.

2. Ilmu perubatan Islam Ikhtiar Muslim – kemungkinan besar tak akan ada lagi kerana sudah berhenti.

3. Ilmu as-sa’ah (zaman akhir, tiang ad-diin ke-4) mengikut jalan Imam al-Ghazali – dalam perancangan.

4. Ilmu akhiruddin (akhir ad-diin) mengikut jalan Imam al-Ghazali - umumnya ia bukan ilmu yang dapat dikuliahkhususkan sebegitu.


Doa-doakan.


9/11/23

Pengajian Intensif Ilmu Aqidah Imam al-Ghazali

 May be an image of text that says 'Pengajian Intensif Ilmu Aqidah, Usuluddin Tauhid Imam al-Ghazali Risalah Qudsiyah Imam alGhazali Sukatan Pelajaran Aqi dah Ihya' Ulumuddin) SABTU 2 Disember 2023 2.30 6.30 petang Taiping, Perak Darul Ridzuan Terhad kepada 10 orang pelajar sahaja (supaya boleh fokus). Percuma sepenuhnya. Bersanad hingga kepada Imam al-Ghazali (dan ke atas sampai kepada Rasulullah saw). •Sanad akan disampaikan dalam pengajian. Tarbiah adalah secara intensif ber mula daripada asas. Akan ada siri ke-2 (lanjutan) Isi kandungan dan kaedah pengajian adalah sebagaimana menurut tariqnya Imam al-Ghazali. bersama Pak Long Abu Zulfiqar al-Ghazali & Tuan Abu Rayyan al-Ghazali'

May be an image of text that says 'Pengajian Intensif Ilmu Aqidah, Usuluddin Tauhid Imam al-Ghazali Risalah Qudsiyah Imam alGhazali Sukatan Pelajaran Aqi dah Ihya' Ulumuddin) SABTU 2 Disember 2023 2.30 6.30 petang Taiping, Perak Darul Ridzuan Terhad kepada 10 orang pelajar sahaja (supaya boleh fokus). Percuma sepenuhnya. Bersanad hingga kepada Imam al-Ghazali (dan ke atas sampai kepada Rasulullah saw). •Sanad akan disampaikan dalam pengajian. Tarbiah adalah secara intensif ber mula daripada asas. Akan ada siri ke-2 (lanjutan) Isi kandungan dan kaedah pengajian adalah sebagaimana menurut tariqnya Imam al-Ghazali. bersama Pak Long Abu Zulfiqar al-Ghazali & Tuan Abu Rayyan al-Ghazali'

Sudah Berapa Lama Alam Melayu Bertarekat Ghazaliyah?

 

Persoalan : Sudah berapa generasikah Tarekat Ghazaliyah dalam kalangan orang Melayu?


Jawapan : Yang daripada jalur Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, tidak dapat diketahui kerana sudah tidak ditemui lagi pewaris2nya. Yang daripada jalur Syeikh Muhammad bin Abdullah, dalam kalangan bangsa Melayu ini ada 7 generasi (termasuk Syeikh Muhammad sendiri).


9/11/23

 

May be an image of 10 people


***Dalam Ijtimak Tarekat Ghazaliyah ke-4 yang diadakan baru2 ini, terdapat pelbagai persoalan yang diajukan dari pagi sampailah ke lepas tengah malam. Kita akan cuba kongsikan sebahagiannya nanti secara bertulis di sini.


Sejak Bila Tarekat Ghazaliyah Sampai ke Alam Melayu?

 

Pertanyaan oleh seorang hamba Allah : Sejak bilakah Tarekat Ghazaliyah sampai ke Alam Melayu?


Jawapan : Alam Melayu zaman dahulu itu luas ruang lingkupnya. Ia boleh dikatakan melebar sehingga ke Sri Lanka (dan mungkin juga Madagascar dan Afrika Selatan), sedikit Australia, Kepulauan Solomon (dan mungkin juga mencecah kepulauan Fiji, Tonga dan Samoa), Filipina, Indochina, Taiwan dan Selatan Jepun. Dalam menjawab persoalan ini, kita kecilkan skopnya sekadar meliputi wilayah Siam, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sekitarnya sahaja.


Setakat maklumat yang ada pada kami, Tarekat Ghazaliyah ini tiba ke Alam Melayu dalam dua fasa :

i) fasa sebelum tariqah ini dizahirkan, dan

ii) fasa selepas tariqah ini dizahirkan (oleh Sayyid Ahmad ad-Dayurbi pada 1800-an).


Pada fasa pertama, ia dibawa oleh Syeikh Abdus Samad al-Falimbani (1704-1832) atau mungkin juga ada murid-muridnya yang lebih dahulu pulang ke Alam Melayu ketika beliau masih di Tanah Arab. Katakanlah sekitar 1770-an. Pada fasa kedua pula, ia dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah (1843-1924). Katakanlah sekitar tahun 1880-an. Begitulah lebih kurang ceritanya.


*Maksud “dizahirkan” itu ialah pengajian khususnya mula disampaikan kepada orang ramai secara terbuka atau besar-besaran. Sebelum dizahirkan, pengajian khusus Tarekat Ghazaliyah ini banyak berlegar dalam kalangan raja-raja, para pembesar, pimpinan2 tentera dan ulama2 sahaja dalam terutamanya bagi Kerajaan Seljuk, Kerajan Zangki, Kerajaan Ayyubiyah dan kerajaan Muwahhiddun serta penerus2 mereka. Ketika itu pengajian khusus untuk orang ramai sangat jarang berlaku. Setelah mendapat isyarat sebagaimana yang diwariskan turun-temurun daripada Imam al-Ghazali, pada zaman Sayyid Ahmad ad-Dayurbilah baru dizahirkan tariqah ini kepada umum, bersesuaian dengan menjelangnya zaman akhir (dan tibanya as-sa’ah).


*Pada zaman dahulu, biasa sahaja bagi sebahagian ulama itu mempunyai lebih daripada satu tarekat, atau beberapa tarekat sekaligus, bahkan ada yang sampai lebih daripada 10.


9/11/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

 

***Dalam Ijtimak Tarekat Ghazaliyah ke-4 yang diadakan baru2 ini, terdapat pelbagai persoalan yang diajukan dari pagi sampailah ke lepas tengah malam. Kita akan cuba kongsikan sebahagiannya nanti secara bertulis di sini.

 

May be an image of 4 people and headscarf

Antara muslimat Tariqah Ghazaliyah


Monday, November 6, 2023

Teks Ucaptama Ijtima' Tariqah Ghazaliyah kali ke-4 (2023)

 

MUQADDIMAH


(Salam dsb)

Alhamdulillah. Segala pujian yang ada pada hakikatnya hanya kena pada Allah.


Selamat “Berhimpun – Berkenalan – Bersaudara.”


Allah SWT berfirman :


A010

Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara.” (Al-Hujurat : 10)


Sebenarnya kita bersaudara dan berkeluarga kerana Allah.


Jika ukhuwah kita perkasa, insya-Allah dakwah kita akan perkasa.

Jika ukhuwah kita lemah, dakwah kita pun akan lemah.


Kita bersaudara bukan kerana kebajikan (yang menjadi faktor utamanya)

tapi kerana cinta Allah (yang menjadi faktor utamanya).

Kita bersaudara ini bukan kerana wang dan perniagaan (yang utamanya)

tapi kerana cinta Allah (yang utamanya).

Kita berkeluarga ini bukan kerana politik (yang utamanya)

tapi kerana cinta Allah (yang utamanya).

Kita berjemaah bukan kerana kuasa (yang utamanya)

tapi kerana Allah (yang utamanya).

Kita berhimpun bukan kerana harta benda (yang utamanya)

tapi kerana Allah (yang utamanya)

Kita bertemu dan berpisah bukan kerana kepentingan2 keduniaan (yang utamanya)

tapi kerana Allah (yang utamanya).

Bukan kerana yang lain-lain sebagai faktor utamanya, tetapi kerana Allah dan agama sebagai faktor utamanya.


Sepatutnya ukhuwah sesama kita orang2 al-ihsan yakni tasawuf, sufi, tariqah dan seumpamanya ini adalah lebih gagah. Kita berbuat benar2 semata2 kerana Allah.


Allah SWT berfirman :


A033

Dan siapakah lagi yang lebih baik kata-katanya berbanding orang yang mengajak kepada Allah dan dia sendiri pula melakukan amalan soleh?” (Al-Fussilat : 33)


Hajat kita tidak lain adalah untuk mengajak diri sendiri dan diri2 yang lain untuk :

Mengenal diri, mengenal Allah.

Mengenal dunia, mengenal akhirah.

Mengenal syaitan, mengenal malaikah.

Mengenal yang benar, dan mengenal yang salah.


Kita juga sangat suka untuk menyeru diri kita sendiri dan diri2 yang lain juga untuk :

Mencintai Allah, mencintai Kitabullah.

Mencintai Rasulullah, mencintai as-sunnah.

Mencintai diri, mencintai ummah.

Mencintai ibadah, dan mencintai dakwah.


Inilah 8 bangsa mengenal dan 8 bangsa mencinta yang hendaklah kita ulang-ulangi dan mencapainya.



SERUAN-SERUAN


Golongan yang paling utama dalam kalangan umat ini tidak lain ialah R-Force atau R4’S. Siapakah R4S?

R ialah Rasulullah saw

(Foru) atau 4 ialah Empat orang sahabat baginda yang paling utama iaitu Saiyidina Abu Bakr, Saiyidina Umar, Saiyidia Uthman dan Sayidina Ali.

S pula ialah sahabat-sahabat utama yang lain.


A031

Katakanlah : Jika benar kamu mencintai Allah, CONTOHILAH AKU (Rasulullah saw), nescaya kamu akan dicintai oleh Allah dan diampunkannya dosa kamu. Kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.(Ali Imran : 31)


Rasulullah saw bersabda : “Maka ke atas kalian sunnahku DAN sunnah para khulafa ar-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.” (Ibnu Majah, Abu Daud, Turmizi, Ahmad)


Ertinya : Hendaklah ikutan dan pegangan kalian itu ialah sunnah aku DAN sunnah para khulafa ar-rasyidin yang mendapat petunjuk (disebut sebagai AL-MAHDIYIN), dan gigitlah ia dengan gigi geraham (peganglah teguh-teguh, jangan sesekali dilepaskan, dan laksanakanlah).”


Sabda Nabi saw : 72 golongan akan ke naar dan hanya 1 golongan akan ke jannah, iaitu al-jamaah.” (Abu Daud 4597)


Sabda Nabi saw : 1 golongan sahaja yang akan ke jannah manakala 72 golongan lagi akan dimasukkan ke dalam naar.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka?” Nabi saw menjawab: “Al-Jamaah.” (Ibnu Majah 3992)


Persoalannya, siapakah al-jamaah yang terselamat itu?


Bersabda Nabi saw : Semuanya akan dimasukkan ke dalam naar melainkan satu kumpulan sahaja.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka?” Nabi saw menjawab: “Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” (Turmizi 2641)


Ertinya, sebagaimana keadaannya Rasulullah dan sahabat2nya. Maka marilah kita berusaha dan berikhtiar ebrsungguh-sungguh akan keadaan qalbu dan perilaku kita umumnya dalahs sebagaimana R4’S, bukan yang selainnya.



Insya-Allah hadirin yang dirahmati Allah sekelian,


Sebagai salah satu contoh, umumnya apabila berlaku sesuatu hal yang tidak kita ingini, kita tidak bertindak atau kita kena bertindak itu, adalah sebagaimana perlakuan R4’S :


Tidak bertindak balas

atau ada bertindak balas

terhadap kejahatan orang

kepada kita itu

adalah sebagaimana yang dicontohkan

dan yang diajarkan oleh R4S

(Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama

dan sahabat2 utama yang lain),

bukan sebagaimana yang disangka2,

disuka2, difikir2 dan dirasa2 sendiri2.


Ada keadaan, yang mereka tidak bertindak balas.

Ada keadaan, yang mereka bertindak balas.

Bukannya dalam semua keadaan

mereka tidak bertindak balas,

dan bukan juga dalam semua keadaan

mereka bertindak balas.

Ikut sahajalah percontohan dariapada R4S.


Begitu jugalah dalam hal2 lain

seperti nak marah atau tidak, nak bersedih atau tidak,

nak berbahas atau tidak, nak menjawab atau tidak,

nak meminta pengadilan atau tidak, nak berdiam atau tidak,

dan sebagainya.


Ikut sahaja R4S.

Diri kita bukanlah sesiapa.



Contohilah tawakal, berserah dan redhanya R4S.


Tawakal yang benar, dapat cinta dan pahala.

Tawakal juga tapi yang tidak benar, dapat murka dan dosa.


Berserah yang benar, dapat cinta dan pahala.

Berserah juga tapi yang salah, dapat murka dan dosa.


Redha yang sesuai, dapat cinta dan pahala.

Redha juga tapi yang tidak sesuai, dapat murka dan dosa.


Bagaimana hendak tahu mana yang benar mana yang tidak?

Dengan berdoa, berguru, belajar dan amalkan apa yang diajar.



Hendak mengenal

yang mana gangsa,

yang mana perak

yang mana emas,

kenalah tahu terlebih dahulu.

Tahu apanya?

Tahu ciri2nya.

Setelah tahu

barulah boleh membeza dan mengenal.


Hendak mengenal

yang mana Khaliq

dan yang mana makhluq,

kenalah tahu terlebih dahulu.

Tahu apanya?

Tahu ciri2nya.

Setelah tahu

barulah boleh membeza dan mengenal.


Hendak mengenal

yang mana orang awwal,

yang mana orang akhir

dan yang mana orang kamal,

kenalah tahu terlebih dahulu.

Tahu apanya?

Tahu ciri2nya.

Tidak tahu ciri2,

tidak dapatlah membeza dan mengenal.

Setelah tahu,

barulah dapat mengenal.


Jika antara antara ahlus sunnah dan jabbariyah pun

masih gagal dikesan perbezaan,

sukarlah untuk mengenal yang mana ahli awwal ad-din,

yang mana ahli akhir ad-diin,

dan yang mana ahli kamal ad-diin.


Kesimpulannya

kita mestilah ada ilmu dan ada tahu,

barulah cantik usaha dan ikhtiar untuk membeza antara :

- wali Allah dan wali syaitan,

- ulama akhirat dan ulama keduniaan,

- jalan kebenaran dan jalan kebatilan,

- “bisikan” malaikat dan “bisikan” syaitan,

- kalam qadim dan kalam kemudian.


Untuk ada ilmu dan ada tahu,

kenalah belajar dan berguru.

Jika tidak,

syaitan yang di dalam dirilah

yang kemungkinan besar menjadi guru

tetapi ia menyamar dan berlakon sebagai

akal, rasa2, agak2, teka2, suka2 sendiri,

ilham, penyaksian, kasyaf, dan sebagainya.

Tidak perlu syaitan2 yang dari luar

datang bertamu.


Rasulullah diutus untuk membeza dan menyaring.

Al-Quran diturunkan untuk membeza dan menyaring.

Para sahabat r.hum membeza dan menyaring.

Kitab2 dikarang dan diwariskan untuk membeza dan menyaring.


Ilmu membeza sangatlah pentingnya.

Jika tidak,

Khaliq dan makhluq dianggap betul2 sama,

Rasulullah dan Abu Jahal dipandang sama,

malaikat dan syaitan dipandang sama,

Al-Quran dan kitab2 Paul (dalam Bible) dipandang sama,

yang haqq dan yang batil dipandang sama,

lelaki wanita dipandang sama,

bernikah dan berzina terpandang sama,

Islam dan ateis terpandang sama,

sujud ke Allah dan sujud ke berhala terpandang sama.


Ilmu membeza sangatlah pentingnya.



Hadirin yang dikasihi sekelian,


Menurut Imam al-Ghazali, matlamat terdekat yang mahu dicapai dalam pelajaran keruhanian ini ialah berlakunya perubahan akhlak.


Maka antara kaedah untuk membuat penilaian kendiri tentang sejauh manakah sudah kita capai dalam tungku al-ihsan atau tasawuf ini, bukanlah dengan sebanyak mana maklumat yang kita tahu dan sehebat mana kita berkata2, tetapi sebanyak mana akhlak kita sudah berubah ke akhlak nabi-nabi, atau ke akhlaknya R4’S (Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain – merekalah sebaik2 teladan).


Daripada seorang yang pemalas, engkau berubah menjadi rajin.

Daripada kasar menjadi beradab sopan.

Daripada ganas menjadi penyayang.

Daripada buruk tutur kata menjadi baik tutur kata.

Daripada sengaja pengotor menjadi pembersih.

Daripada sengaja selekeh menjadi kemas.

Daripada sengaja kelam-kabut menjadi teratur.

Daripada sengaja berserabut menjadi tersusun.

Daripada penakut tidak bertempat menjadi berani.

Daripada terumbang-ambing menjadi tegas dan stabil.

Daripada lemah yakin menjadi kuat yakin.

Begitulah seterusnya.


Inilah antara kualiti utama yang terdapat pada golongan terbaik dan contoh ikutan terbaik itu iaitu R4S.


Maka selalulah kita menghisab diri kita sendiri kerana ada sahaja hari2 yang kita terlupa dan terlencong daripada MATLAMAT TERDEKAT dalam menjadi seorang pejalan tasawuf ini, wahai diriku sendiri.


Akhlak yang baik itu bunga diri, nur diri, cahaya diri, dan harga diri. Walaupun ilmu2 agama kita tidka banyak, tidak tinggi, namun akhlak, tingkah laku, dan adab sopan kenalah usaha bagi cantik, dan bagi nampak cantik.



HUZAIFAH IBNU YAMAN


Jalan Imam al-Ghazali ini merupakan jalannya Huzaifah ibnu Yaman, salah seorang sahabat utama Rasulullah saw.


Berkata Huzaifah ra : Ramai yang bertanya kepada Rasulullah tentang perkara-perkara kebaikan, tetapi aku bertanya kepada Rasullah tentang perkara-perkara keburukan. (Kerana) ku khuatir keburukan tersebut terkena pada aku.” (Riwayat Bukhari, Muslim)


Saiyidina Umar ra pernah bertanya kepada para sahabat : “Siapakah dalam kalangan kalian yang tahu hadith Nabi tentang ZAMAN FITNAH?”

Huzaifah menjawab: “Aku.”

Umar mengiktiraf: “Sungguh, engkau dalam hal ini adalah dalam kalangan orang yang berani.” (Riwayat Bukhari)


Huzaifah ibnu Yaman sangat amanah, dipercayai dan dikenali sebagai penyimpan rahsia Nabi. Beliau seorang ahli perisikan atau intelijen kepada Rasulullah saw. Selain itu, beliau juga seorang ahli perang yang handal dan seorang pembesar yakni pemerintah yang cekap.


Antara lain kualiti yang ada pada diri Huzaifah al-Yaman ialah :

i) Beliau sangat mengambil tahu tentang bencana zaman kekeliruan (akhir zaman, zaman fitnah, zaman akhir). Sebab itulah beliau banyak menyoal Nabi saw bagi pihak kita tentang simptom-simptom bencana zaman fitnah. Maksudnya sebagai bekalan untuk kita yang hidup pada zaman kekeliruan ini.

2. Beliau tidak memilih untuk berfikir di zon selesa sebagaimana kebanyakan orang lain.

3. Beliau sangat berwasapada akan bahaya-bahaya yang tidka disedari oleh orang ramai.

4. Beliau jenis yang terjun ke medan atau dalam kata lain aktif di lapangan, bukannya sekadar duduk diam atau duduk berkata2, menulis, mengajar dan beramal sahaja.

5. Beliau mampu memikirkan idea-idea yang melampaui zaman.

6. Beliau menemukan (mewariskan kepada) kita (jalan2 ke arah) solusi apabila umat terjebak ke zaman fitnah.

7. Beliau berani, ada tahu bahkan benar tentang zaman fitnah.

8. Beliau juga amat sensitif dalam menghidu ancaman musuh2 dalaman umat Islam. Biasanya umat Islam lebih nampak musuh2 di luar dan jauh daripada umat Islam dan meremehkan kewujudan serta peranan musuh2 yang dalam kalangan umat Islam sendiri.

9. Beliau teguh menyimpan rahsia.

10. Cara, kaedah, dan tariq berfikirnya sangat penting untuk umat tetapi sudah lama ditinggalkan oleh umat.


Semoga sebahagian besar daripada kualiti2 ini Allah rezekikan buat diri kita.


Hadirin yang dikasihi,

Kaitan antara Huzaifah ibnu Yaman dan akhir zaman serta zaman akhir adalah sangat kuat.



Dalam banyak2 hadith, HADITH JIBRIL merupakan dasar kepada agama Islam atau ad-diin ini. Menurut hadith tersebut, dalam Islam ada 4 tungku ad-ddin yang disebut juga sebagai 4 tiang agama, 4 rukun agama, 4 mata angin ad-diin, 4 penjuru pagar agama, 4 fardhu agama, 4 pasak ad-diin dan sebagainya. Keempat2 tungku ad-diin ini ditekankan oleh Rasulullah saw, Huzaifah al-Yaman, Imam al-Ghazali dan seterusnya sampailah ke hari ini. Bresmabungan salasilahnya tanpa terputus.


i) Tiang AL-IMAN – membicarakan tentang aqidah, tauhid, usul ad-diin (usuluddin), ilmu kalam, perbandingan agama, wilayah aqal fikiran dan seumpamanya.

ii) Tiang AL-ISLAM – membicarakan tentang fiqh, usul fiqh, hukum-hakam, wilayah anggota badan dan seumpamanya.

Iii) Tiang AL-IHSAN – membicarakan tentang tasawuf, sufi, tarekat, tauhid, wilayah qalbu (hati, ruh, jiwa) dan seumpamanya.

iv) Tiang AL-SA’AH - membicarakan tentang akhir zaman khususnya zaman akhir, zaman fitnah, hari2 akhir dunia, hari kehancuran, fiqh tajdid, wilayah zaman (masa) dan keadaan, dan seumpamanya.


Kesemua ilmu di atas ada ahli2nya dan turun secara bersanad tanpa terputus sampailah ke zaman kita ini. Huzaifah al-Yaman merupakan mahaguru dalam rukun agama keempat iaitu ilmu2 as-sa’ah ini.


Marilah kita menyesuaikan diri kita dengan as-sa’ah. Untuk itu kita kena mempunyai pengetahuan tentangnya.


Kita hidup pada zaman akhir kepada akhir zaman, maka tentulah ada perbezaan2 tertentu dari pelbagai segi jika hendak dibandingkan dengan orang2 yang hidup pada zaman awal kepada akhir zaman dan yang hidup pada zaman pertengahan kepada akhir zaman.


Munculnya Dajjal itu ada diisytiharkan. Tetapi munculnya fitnah Dajjal itu tidak diisytiharkan. Tahu2 kita sudah berada di dalamnya. Tahu2 ia sudah berlaku tanpa disedari. Tahu2 kita sudah pun terkena. Dan banyak orang yang tidak menyedarinya pun sehingga ke akhir hayat mereka. Sebab itulah dikatakan fitnahnya itu ialah fitnah yang terbesar dalam sejarah umat manusia. Tidak pernah ada walau stau fitnh pun yang lebih dahsyat daripada fitnah Mr. D itu. Fitnah Muktazilah itu pun belum apa-apanya lagi jika hendak dibandingkan dengan fitnahnya Dajjal.


Apabila Mr. D (Dajjal) menjajah, ia menjajah dalam segenap aspek kehidupan dan keagamaan. Ada manusia yang sedar dijajah dan ada yang tidak.


Fitnah itu apabila ia datang...

Ada orang tertentu yang sedar sebelum ia terjadi, lalu mereka berusaha dan berikhtiar untuk menghalang atau mengurangkannya daripada terjadi.

Ada orang2 yang baru tersedar ketika ia sedang terjadi, lalu mereka berusaha dan ebrikhtiar untuk menghalang saki-bakinya daripada menjadi lebih besar atau lebih berpnjangan lagi.

Ada pula orang2 yang hanya tersedar setelah ia terjadi dan berlalu pergi, lalu mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Malhan ada pula yang langsung apa pun yang terjadi... selamanya.


Menang, seri, kalah, Dia yang tentukan. Tugas kita - istiqamah berjuang dengan usaha dan ikhtiar yang tak kunjung lelah.


Sibuknya sebahagian daripada kita dengan khalifah (Al-Mahdi) yang akan datang sedangkan "khalifah" di dalam diri kita tidak kita bangunkan dan berjuang. Umumnya kita akan terus ketinggalan kerana masih tidak mengeluarkan "khalifah" yang di dalam diri. "Khalifah" kita masih tidur, berselimut, berselubung. "Khalifah" diri sendiri sudah lama tersembunyi dan menikus dalam diri. Keluarkan ia agar dapat menanggung amanah, berfungsi dan beraksi.



GOLONGAN YANG TERPEDAYA


Imam al-Ghazali berpesan dalam kitab induknya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Terpedaya, janganlah kita termasuk ke dalam golongan yang terpedaya. Antara perlakuan golongan yang terpedaya itu ialah :

  • Mereka tahu yang mana akhlak yang mulia tetapi mereka tidak bersifat pun dengan akhlak yang mulia itu.

  • Mereka tahu yang mana perilaku yang tercela tetapi mereka tidak menjauhkan pun perilaku itu daripada diri mereka.

  • Mereka berilmu dalam fekah tetapi terabai akan tasawuf.

  • Mereka berilmu dalam aqidah lalu tersangka bahawa itulah jalan tertinggi menuju Allah.

  • Mereka terpedaya dengan jumlah khataman Al-Quran hingga terkejar2 membacanya untuk menghabiskannya dengan cepat namun tanpa sempat mengetahui akan isi kandungan bacaan mereka.

  • Mereka sibuk dengan mengulang2 haji dan umrah tetapi tidak pula membayar hutang, tidak peduli ibu bapa yang hidup dalam ketidakcukupan, dan sebagainya.

  • Mereka yang lelaki meninggalkan sutera yang haram tetapi mereka tempah, cari dan pakai pakaian yang lebih mahal daripada sutera itu.

  • Mereka menolak hukum hakam, mereka samakan yang halal dan yang haram.

  • Mereka meninggalkan syariat. Kononnya Allah hanya memandang hati qalbu.

  • Mereka bermusafir tanpa membawa perbekalan , kononnya itulah qana’ah dan tawakkal.

  • Mereka selalu berbelanja kepada orang2 agama termausuk kaum sufi tetapi sumbernya daripada jalan yang haram atau syubhat.

Begitulah antaranya. Ada banyak lagi yang disenaraikan oleh al-imam dalam kitab Ihya’ ini.



SEGERALAH DAPATKAN ILMU2 AGAMA


Ikhwah yang dikasihi sekelian,

Bersegeralah mendapatkan ilmu2 agama sebelum terangkatnya ilmu2 agama ini. Apakah maksud terangkat itu? Maksudnya hilang. Maksudnya sudah tiada lagi. Bagaimana boleh terangkat? Ada dua cara :

i) dengan matinya orang2 yang mempunyai ilmu2 tersebut.

ii) dengan kita sendiri yang mati terlebih dahulu sebelum sempat mendapatkan ilmu2 tersebut.


Kata orang tua2, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.



Imam al-Ghazali menulis dalam Ihya'nya :

Ketika (Saiyidina) Umar r.a meninggal dunia, Ibnu Mas'ud pun berkata, "Sesungguhnya sudah matilah 9 daripada 10 ilmu (dengan meninggalnya Saiyidina Umar itu)."


Apakah ilmu yang dimaksudkan itu? Ilmu tajwid? Ilmu melagukan Al-Quran? Ilmu hafazan Al-Quran? Tidak, kerana ilmu2 sedemikian semakin bertambah.

Ilmu fekah? Ilmu hukum-hakam? Ilmu usul fiqh? Semuanya semakin bertambah sehinggalah ke hari ini.

Ilmu ekonomi Islam? Ilmu siasah Islam? Ilmu budaya Islam? Ilmu perang Islam? Semua makin bertambah dari semasa ke semasa.

Ilmu menghafaz hadith? Ilmu mustalah hadith? Semua makin maju.

Ilmu falak? Ilmu hisab (matematik)? Ilmu sains? Dari hari ke hari makin berkembang.

Ilmu bahasa Arab? Ilmu syair? Tidak juga.


Jadi, ilmu apakah yang 90% sudah mati dengan meninggalnya Saiyidina Umar itu? Kata Imam al-Ghazali, itulah ilmu "tentang" Allah SWT.


Yang saling berkait rapat bahu-membahu dalam hal ini ialah ilmu 'aqidah, tauhid, tasawuf, sufi, tariqah dan yang seumpama dengannya. Disebut juga sebagai ilmu keRUHanian, ilmu keTuhanan, ilmu sirr dan sebagainya. Apabila meninggalnya para wali Allah dan para ulama, inilah ilmu utama yang turut terkubur (diangkat) bersama2 jasad mereka kerana para pewarisnya terlalu sedikit dan orang2 yang mahu menuntutnya juga sangat sedikit.


Guru2 zahir dan guru2tersembunyi, ada di sana-sini . Guru2 seumpama R4’S, itu yang sangat sukar dicari.


Semoga sisa2 ilmu ini masih sempat untuk kita mendapatkannya walaupun sedikit sementara masih hidup ilmuwan2 yang ahli tentangnya dan sementara kita sendiri masih bernyawa.



Semoga kita direzekikan oleh Allah untuk :

Tidak sekadar menjadi pengamal tetapi menjadi pencapai.

Tidak sekadar haqqul yaqin tetapi mencapai kamal yaqin.

Tidak sekadar akhiruddin tetapi mencapai kamaluddin.

Tidak sekadar ashabul yamin tetapi mencapai muqarrabin.

Tidak sekadar jannah tetapi mencapai Tuan Punya Jannah.

Tidak sekadar redha-Nya tetapi mencapai memandang-Nya.



2-4-2


Teruslah berpegang teguh kepada mazhab2 agama yang 2-4-2 :

2 mazhab al-iman iaitu Asha’irah dan Maturudiyah.

4 mazhab al-islam iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah.

2 mazhab al-ihsan iaitu Junaidiyah dan Ghazaliyah.

Manakala mazhab as-sa’ah umumnya masih terhijab dan menjadi rahsia kepada kebanyakan umat manusia semasa.


Terbang rerama berhambat-hambat,

Tingginya sampai pokok tualang;

Takhta agama bertiang empat,

Jangan diabai walau sebatang.


Teruslah mendaki 7 petala “langit” dan “bumi” tasawuf iaitu :

1. Syariat, menuju

2. Haqiqat, menuju

3. Tariqat, menuju

4. Ma’rifat / Awwal ad-diin, menuju

5. Nisf ad-diin, menuju

6. Akhir ad-diin, menuju

7. Kamal ad-diin


7 petala inilah yang terkandung dalam istilah AD-DIIN yang berada pada nama Ihya’ ‘Ulum AD-DIIN.



PESANAN2 RINGKAS


1. Puluh tahun belajar dan mengerjakan solat tetapi masih gagal untuk mendapat khusyuk? Ilmu khusyuk ini berada dalam tiang al-ihsan (tasawuf), bukan dalam tungku al-islam (fekah). Ringksnya ilmu khusyuk berada dalam pelajaran tasawuf, bukan dalam pelajaran fekah. Carilah ilmu tasawuf.


2. Maqam ruh bukan diukur dari segi usia tapi dari segi kecantikan tingkah laku yang batin & kecantikan tingkah laku yang zahir.


3. Dalam belajar, ikhlas niat dan tulus hati itulah kunci. Jika tiada ikhlas dan tulus, maklumat memang boleh dikumpul dan didapat tetapi maqam tiada terangkat. Tiadalah berkat dan tiadalah manfaat, lebih2 lagi di akhirat.


4. Ringkasnya, segala kata2 atau tulisan pendek itu umum maksudnya. Jangan mudah2 mengambil ketetapan, keputusan atau pendirian tanpa tahu huraian.



HARAPAN


Semoga kita dapat bertemu lagi dan dapat berkumpul lagi. Ingatlah Allah walau di mana kita berada.



DOA


Allah Azza wa Jalla berfirman : “Sesungguhnya Aku dekat, Aku perkenankan permintaan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Aku.” (Al-Baqarah : 186)


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Jadikanlah diri kami lampu yang bersinar terang lagi cemerlang yang dapat menerangi diri sendiri dan diri2 yang lain. Yang dapat mencahayakan dan menyuluh para penghuni rumah kami, ahli keluarga kami, orang2 yang dekat dengan kami, dan umat seluruhnya.


Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan, dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya.


Amin, ya Rabb al-alamin.


A001

A002


Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu teruslah berikan peringatan.” (Al-Muddaththir : 1-2)