Dulu2... sesekali sahaja mencatat kematian orang2 yang kita kenal dan orang2 itu pun kenal kita (saling mengenal). Apabila dibuka semula diari2 lama, beberapa bulan sekali baru ada tercatat kematian individu tertentu. Biasanya orang-orang yang sudah tua. Sesekali baru ada nama orang-orang muda. Itu... dulu.
Namun tahun ini, bermula Januari dan lebih2 lagi sejak bulan Mac lalu, sekiranya betul2 dibuat catatanlah, jika bukan setiap hari pun boleh dikatakan selang sehari dualah... ada sahaja orang2 yang dikenal dan mereka pun kenal sahaya - sudah kembali ke rahmatullah. Banyak pula dalam kalangan mereka ialah orang-orang yang kita sangat tidak sangka akan meninggal dunia kerana masih mudanya mereka dan berlaku secara sangat tiba-tiba.
Hal ini merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dahulu (kepada sahayalah, kerana kepada sebahagian orang lain mungkin biasa sahaja bagi mereka terutamnya perawat2 yang lebih aktif daripada sahaya). Rasa sedihnya melihat nama2 mereka pada diari berada di serata hari dalam sesuatu bulan.
Dulu2... kenalan masuk ICU pun kita catat, kenalan kena strok kita catat, kenalan kemalangan lalu patah kaki kita catat... tapi sekarang tak sempat dah nak tulis dan kurang ruang pun dalam diari kecil kita. Tentunya kita akan catat hal-hal yang lebih atas lagi daripada itu. Dan lama-kelamaan mungkin kita pun akan semakin lali kerana kerapnya berlaku hinggakan kita pun sudah kurang mencatat kematian kenalan lagi.
16/6/22
No comments:
Post a Comment