Sunday, August 30, 2020

Pengalaman Bertarekat Ghazaliyah 1 - Mimpi Akan Seseorang

 

Pada tahun 2011, sahaya bermimpikan seorang hamba Allah. Dalam mimpi tersebut, dia dibayangkan sebagai seorang yang akan berperanan penting dalam Tarekat Ghazaliyah ini.

Namun oleh kerana budaya/adab Tarekat Ghazaliyah yang tidak bersifat mengajak/mempelawa, maka tidaklah saya mengajaknya bertarekat Ghazaliyah walaupun jauh di dalam hati sahaya sangat ternanti2kan kehadirannya.

Tahun demi tahun berlalu, dan pada penghujung tahun 2019 barulah hamba Allah ini dilorongkan oleh Allah untuk bertarekat Ghazaliyah. Itu pun, setakat ini nampaknya sekadar beramal begitu-gitu sahaja. Tidak bersungguh2 pun.

Untuk hari2 ke depan, siapalah tahu. Kehendak Allah belaka. Jika benarlah sebagaimana yg diisyaratkan dahulu itu, suatu hari nanti akan terzahir jugalah peranan dan identitinya.

Ada seorang lagi hamba Allah, yang ini tidaklah masuk ke mimpi sahaya, tetapi sangat sahaya harapkan kehadirannya ke Tarekat Ghazaliyah. Hal ini kerana mengenangkan betapa akrab kekerabatannya dengan almarhum mursyid tariqah ini insya-Allah.

Setelah lama mengharap dan mendoa (lebih 20 tahun lamanya tanpa sebarang ajakan), baru2 ini hamba Allah ini ada menghubungi sahaya dan menyatakan keinginannya untuk bertarekat Ghazaliyah. Semoga dimudahkan Allah.

#tarekatghazaliyah

No comments: