Assalamualaikum ustaz. Bolehkah ustaz terangkan mengenai ijazah dan bai’ah Tarekat Ghazaliyah?
(Jawapan ringkas) Wlksm Xxxxxx. Ada serba sedikit persamaan dan perbezaan dengan pengijazahan dan bai’ah tarekat2 lain.
PENGIJAZAHAN Tarekat Ghazaliyah ialah satu bentuk keizinan atau penyerahan ilmu dan amalan2 Tarekat Ghazaliyah ini. Contohnya, selepas diterangkan secara ringkas tentang ilmu dan amalan Tarekat Ghazaliyah (*penerangan lebih kurang 1 setengah hingga 2 jam dibuat terlebih dahulu agar pendengar berpuas hati dengan apa yang mereka mahu ambil dan amal ini) dan si pendengar mahu belajar dan mengamalkan tarekat ini (*sekiranya selepas majlis penerangan itu si pendengar ternyata tidak berminat, tidaklah menjadi sebarang masalah kerana segala sesi penerangan dan keseluruhan sukatan tarbiyyah Tarekat Ghazaliyah ini adalah percuma), BIASANYA guru dan murid akan bersalaman (bagi lelaki, dan jika tidak bersalaman pun tidak menjadi masalah) lalu guru mengatakan (contohnya) : “Saya ijazahkan Tarekat Ghazaliyah ini kepada anda.” Lalu si murid akan membalas : “Saya terima.” Dengan isyarat sahaja pun boleh seperti anggukan kepala, tanda ‘good’, letak tangan di dada, atau sebagainya yang bersesuaian.
BAI’AH pula ialah persetujuan di murid untuk menerima si guru (atau wakilnya) sebagai pembimbing/guru/mursyid dan seumpamanya. Ia seolah2 satu ikrar daripada pihak murid untuk mengikut tunjuk ajar gurunya itu (selagi gurunya berada di landasan yang benar). Contoh : BIASANYA selepas pengijazahan, bersalaman (tak perlu salam pun tidak mengapa) lalu si murid berkata : “Saya berbai’ah dengan ustaz/tuan/anda.” Lalu si guru pula akan menjawab : “Saya terima”, atau dengan sebarang isyarat atau kata2 yang sesuai.
Begitulah LEBIH KURANG proses pengijazahan dan bai’ah dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Ringkas sahaja. Sekiranya ada halangan untuk bertemu, secara jarak jauh (melalui teknologi) pun boleh. Tetapi jika dapat berhadapan, yang itu adalah lebih afdhal. Wallahu’alam.
(*Tarekat ini boleh sahaja diamalkan oleh sesiapa sahaja yang tahu ilmu dan amalannya sekalipun tanpa ijazah dan bai’ah, kerana ia lebih bersifat umum, untuk semua (FOR ALL), turun kepada seluruh umat secara begitu sahaja, tidak mengikat pengamalnya, tidak punya sebarang kepentingan peribadi atau pihak, percuma keseluruhannya, tidak ada amalan atau ritual yang pelik2 dan menyimpang, ikhlas semata2 menuju kepada Allah, umumnya masih sama sebagaimana pada zaman pengasasnya iaitu Imam Al-Ghazali seribu tahun yang lalu tanpa sebarang tokok tambah dan pengubahsuaian.)
***Tulisan yang di dalam kurungan merupakan tambahan kemudian kepada jawapan bertulis tersebut, untuk lebih menjelaskan.
No comments:
Post a Comment