Assalamualaikum ustaz. Bolehkah ustaz terangkan mengenai
ijazah dan bai’ah Tarekat Ghazaliyah?
(Jawapan ringkas) Wlksm Xxxxxx. Ada serba sedikit
persamaan dan perbezaan dengan pengijazahan dan bai’ah tarekat2 lain.
PENGIJAZAHAN Tarekat Ghazaliyah ialah satu bentuk
keizinan atau penyerahan ilmu dan amalan2 Tarekat Ghazaliyah ini. Contohnya,
selepas diterangkan secara ringkas tentang ilmu dan amalan Tarekat Ghazaliyah (*penerangan
lebih kurang 1 setengah hingga 2 jam dibuat terlebih dahulu agar pendengar
berpuas hati dengan apa yang mereka mahu ambil dan amal ini) dan si pendengar
mahu belajar dan mengamalkan tarekat ini (*sekiranya selepas majlis penerangan
itu si pendengar ternyata tidak berminat, tidaklah menjadi sebarang masalah
kerana segala sesi penerangan dan keseluruhan sukatan tarbiyyah Tarekat
Ghazaliyah ini adalah percuma), BIASANYA guru dan murid akan bersalaman (bagi
lelaki, dan jika tidak bersalaman pun tidak menjadi masalah) lalu guru
mengatakan (contohnya) : “Saya ijazahkan Tarekat Ghazaliyah ini kepada anda.”
Lalu si murid akan membalas : “Saya terima.” Dengan isyarat sahaja pun boleh
seperti anggukan kepala, tanda ‘good’, letak tangan di dada, atau sebagainya
yang bersesuaian.
BAI’AH pula ialah persetujuan di murid untuk menerima si
guru (atau wakilnya) sebagai pembimbing/guru/mursyid dan seumpamanya. Ia
seolah2 satu ikrar daripada pihak murid untuk mengikut tunjuk ajar gurunya itu
(selagi gurunya berada di landasan yang benar). Contoh : BIASANYA selepas pengijazahan,
bersalaman (tak perlu salam pun tidak mengapa) lalu si murid berkata : “Saya
berbai’ah dengan ustaz/tuan/anda.” Lalu si guru pula akan menjawab : “Saya
terima”, atau dengan sebarang isyarat atau kata2 yang sesuai.
Begitulah LEBIH KURANG proses pengijazahan dan bai’ah
dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Ringkas sahaja. Sekiranya ada halangan untuk
bertemu, secara jarak jauh (melalui teknologi) pun boleh. Tetapi jika dapat
berhadapan, yang itu adalah lebih afdhal. Wallahu’alam.
(*Tarekat ini boleh sahaja diamalkan oleh sesiapa sahaja
yang tahu ilmu dan amalannya sekalipun tanpa ijazah dan bai’ah, kerana ia lebih
bersifat umum, untuk semua (FOR ALL), turun kepada seluruh umat secara begitu
sahaja, tidak mengikat pengamalnya, tidak punya sebarang kepentingan peribadi
atau pihak, percuma keseluruhannya, tidak ada amalan atau ritual yang pelik2
dan menyimpang, ikhlas semata2 menuju kepada Allah, umumnya masih sama
sebagaimana pada zaman pengasasnya iaitu Imam Al-Ghazali seribu tahun yang lalu
tanpa sebarang tokok tambah dan pengubahsuaian.)
***Tulisan yang di dalam kurungan merupakan tambahan
kemudian kepada jawapan bertulis tersebut, untuk lebih menjelaskan.