Thursday, May 30, 2019

Mimpi Suami Diminta Berkahwin


Seorang isteri bermimpi yang suaminya diminta berkahwin lagi oleh ibu si suami. Apakah maksudnya?

Mimpi itu bermaksud si ibu ada memberi pandangan atau nasihat agar si suami melakukan sesuatu perkara yang bakal menyenangkan dan menguntungkan hidup si suami pada kemudian hari tetapi belum/tidak dilakukan oleh si suami.

Apakah perkara/pekerjaan tersebut? Hanya si ibu dan si suami yang lebih mengetahui kerana mereka yang berbicara tentangnya, tapi yang pasti hal itu tidaklah berkaitan dengan perkahwinan.

Abu Zulfiqar
30 Mei 2019

Wednesday, May 29, 2019

Ada Apa dengan Nama Tok Janggut Putih tu?


Datang satu soalan kepada sahaya : “Mengapa gunakan nama Tok Janggut Putih? Apakah maksud di sebaliknya?”

Jawapannya – Nama “Tok Janggut Putih” tu sahaya gunakan di satu akaun Facebook sahaya sebagai nama sampingan. Sahaya mula masukkan nama tersebut agaknya antara 2010 ke 2012, tak berapa ingat. Ketika itu sahaya berusia dalam lingkungan 37-39 tahun.

Maksud penggunaan nama itu :

“Tok” biasanya menunjukkan sudah tua.
“Janggut” pun sebahagian orang kaitkan dengan “tua”.
“Janggut putih” memanglah kita kaitkan dengan “sudah tua”.

Jadi, nama “Tok Janggut Putih” itu adalah untuk mengingatkan diri sahaya sendiri supaya bersedia untuk melalui alam tua (selain daripada mengajak ingat akan kematian). Dalam tarbiyyah sufi yang sahaya lalui sejak zaman remaja, hal ini memang dianjurkan agar kita jangan takut lagi bersedia untuk tua (dan mati). Maka sahaya sekadar menurut jalannya sahajalah, sekadar yang sahaya termampu.

Kebetulan Allah jadikan sahaya cepat beruban pada janggut tetapi lambat sedikit pada bahagian rambut. Sehingga ke hari ini mungkin sudah 80-90 peratus berwarna putih walaupun rambut masih banyak yang hitam. Maka, sesuailah nama tu.

Selain itu, dalam keluarga sebelah sahaya, sekitar tahun 2010-2012 itu saya sudah pun bergelar Tok Long, kerana sudah mempunyai beberapa orang anak buah berpangkat cucu saudara. Memang padanlah rasanya nama sampingan “Tok Janggut Putih” tu.

Kesimpulannya, nama itu bukanlah untuk menampakkan hebat tetapi untuk sentiasa menyedarkan diri. Wallahu’alam.

Abu Zulfiqar
29 Mei 2019

Monday, May 20, 2019

Ijtimak Tarekat Ghazaliyah 2019

Ijtima' Tariqah Ghazaliyyah kali ke-3 telah berlangsung pada 30 April 2019 yang lalu. Kali ini majlis berlangusng di Surau An-Nur, Sg. Nyior, Trong, Perak Darul Ridzuan.

Antara hadirin yang sempat dirakam pada awal majlis.

Buat pertama kalinya, sebagai penyeri majlis, diadakan bacaan Wirid Harian Tarekat Ghazaliyyah secara beramai-ramai.

 

Selain daripada ucaptama ijtima', slot perkongsian juga diadakan pada kali ini iaitu :
1. Risalah Ath-Thayr Imamul Ghazali – seputar perjalanan keruhanian dari tempat diri kita berada kini menuju ke Hadrat Ilahi. Perkongsian disampaikan oleh Al-Faqir Haqq Fizz Al-Banjari,
2. Maqsidul Aqsa Imamul Ghazali – seputar matlamat terjauh atau matlamat tertinggi. Disampaikn oleh Al-Faqir Abu Zulfiqar Al-Amsyari.




Kanak-kanak menjamu selera...

.... muslimat juga.




Rakaman Ucaptama Ijtima' Tarekat Ghazaliyyah kali ke-3 (2019)

https://www.youtube.com/watch?v=1BHdUlmNUto&t=443s

Dan atas rasa kesyukuran kita sempena Ijtima' Tarekat Ghazaliyah pada kali ini, kita telah menghadiahkan 3 risalah PDF Tarekat Ghazaliyah di Facebook. WhatsApp dan Telegram.
Download percuma!


Hadiah 1 : RISALAH ATH-THAYR - IMAM AL-GHAZALI



Hadiah 2 : Risalah QALBUN SALIIM bil. 1


1.    Engkau Tahu Apa Itu Risalah Qudsiyyah?                                           …….  3

2.    Tingkatan Bersuci dalam Tasawuf                                                        …….  6

3.    Seimbas Lalu Tarekat Alawiyyah                                                         …….  7

4.    Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani –

Hubungannya dengan Karya-karya Imam Al-Ghazali                         ……. 10

5.    Imam Al-Ghazali – Pengkritik Ajaran Kaum Falsafah                      …….  11

6.    Sejarah Kitab Siyarus Salikin – Kitab Tasawuf Besar Nusantara      …….  12

7.    Mengapa Sufi dan Tarekat Mengajar Tentang Fadhilat?                    …….  15

8.    10 Perkara Tentang Tarekat Syaziliyyah pada Zaman Awalnya        …….  17

9.    Mengenal Tokoh Sufi : Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani             …….  19

10.                       Sufi Pastinya Mengingati Mati                                     …….  23

11.                       Syarahan Kitab Keajaiban Qalbu                                  …….  24

12.                       Hijab-hijab Penyembah Berhala                                   …….  29

13.                       Bagaimana Hendak Mujahadah?                                  …….  31

14.                       Isu Kesufian - Tidak Ada Cinta dan Rindu Allah?       …….  32

15.                       Seputar Tarekat Chistiyyah                                           …….  38

16.                       Hamza Yusuf                                                                 …….  39




Hadiah 3 : Risalah QALBUN SALIIM bil. 2




1.    Riwayat Ringkas Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi                         … 3

2.    Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Mata Para Ulama                                       … 5

3.    Syarahan Kitab Keajaiban Qalbu (sambungan)                                    … 6

4.    Panduan untuk Pendakwah                                                                  … 11

5.    Sanad oh Sanad                                                                                   … 12

6.    Islam di Chechnya – Berharmonisasi dengan Tradisi                         … 19

7.    Carilah Ruang untuk Kenal Allah                                                       … 24

8.    Qadiriyya Sufi in China                                                                       … 25

9.    Apakah Peranan Penting Huzaifah Ibnu Yaman?                               … 26

10.                      Pluralisme Aqidah Tertolak                                            … 29

11.                      Bahaya Lidah                                                                  … 33

12.                      Syeikh Zainul Asri – Da’ie yang Murabbi                      … 35

13.                      Awasi Tipu Daya Ajaran Sesat!                                      … 37

14.                      Maulana Zakariyya – Pengarang Kitab Fadhail Amal   … 39



Insya Allah untuk Ijtima' Tariqah Ghazaliyyah kali ke-4 (2020) nanti, antara hadiah-hadiahnya :


Risalah QALBUN SALIIM bil. 3
 


Risalah QALBUN SALIIM bil. 4


Kita bersyukur, bersabar dam doa-doakanlah.

Sehingga bertemu lagi pada Ijtima' Tarekat Ghazaliyyah kali ke-4 pada 2020.


BAHAN2 BERKAITAN ITG 2019

Pengisian2 Khusus Tariqah Ghazaliyyah
http://alexanderwathern.blogspot.com/2019/03/pengisian2-khusus-tariqah-ghazaliyyah.html

Berita2 Bergambar Tarekat Ghazaliyah
http://alexanderwathern.blogspot.com/2019/03/berita2-bergambar-tariqah-ghazaliyyah.html

Ijazah dan Bai'ah Tarekat Ghazaliyah Dihentikan Buat Sementara Sehngga Ijtima' 2020
http://alexanderwathern.blogspot.com/2019/03/ijazah-dan-baiah-tariqah-ghazaliyyah.html

Mana Ucaptama Ijtima' Tarekat Ghazaliyah Kali Pertama?
http://alexanderwathern.blogspot.com/2019/03/mana-ucaptama-ijtima-tg-kali-pertama.html 

Intisari Musyawarah Syura Sebelum Ijtima' 2019 (1)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2019/03/intisari-musyawarah-2018-1.html