Wednesday, December 5, 2018

Minat Ilmu2 Aqidah dan Tauhid Imam Al-Ghazali?


PEMINAT2 KITAB QAWAID AL-‘AQAID IMAM AL-GHAZALI

Kepada yang berasa berat dan tidak dapat meluangkan masa untuk mengikuti keseluruhan 60 kali kuliah terperinci syarahan ilmu2 aqidah dan tauhid susunan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali iaitu kupasan KITAB QAWAID AL-‘AQAID (kitab kedua daripada 40 kitab dalam kitab induk IHYA’ ‘ULUMUDDIN) di Surau An-Nur Sg Nyior, insya-Allah pihak kami akan menyusun link bagi kuliah ringkasannya di Masjid PGA Ipoh iaitu sebanyak 27 kali kuliah (khatam).

Bagi yang terasa berat lagi juga, insya-Allah akan kami susun link bagi kuliah yang lebih ringkas lagi lagi iaitu sebanyak 22 kali kuliah (khatam) di Surau Al-Akhbar Sg Kerang.

Masih berat juga lagi? Insya-Allah setelah khatam syarahan ringkasannya di Surau Nur Nikmat Sg Baru (mungkin kurang daripada 20 kali kuliah) nanti, kita linkkan kesemuanya.

Sekurang-kurangnya laluilah KITAB QAWAID AL-’AQAID ini walau sekali dalam seumur hidup, walaupun sekadar ringkasannya. Jika dapat yang terperinci, lagilah bagus.

Jadi, pilihan yang dapat pihak kami usahakan :
1.       Keseluruhan kitab Qawaid l-‘Aqaid dan terperinci – 60 kali kuliah.
2.       Keseluruhan kitab, ringkasan – 27 kali kuliah,
3.       Keseluruhan kitab, lebih ringkas lagi – 22 kali kuliah.
4.       Keseluruhan kitab, paling ringkas – hampir 20 kali kuliah.

Semoga bermanfaat.

No comments: