Wednesday, February 10, 2016

Pandang Yang Satu pada yang banyak




·         Manusia sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, sama ada dengan pandangan mata kepala ataupun dengan pandangan mata hati (dalam fikiran), tetapi ada yang langsung tidak teringat akan Allah Yang Satu (tidak ‘terpandang’ akan Allah Yang Satu).

·         Manusia sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, dan ada orang yang kadang-kadang dia teringat (terpandang) akan Allah yang Satu.

·         Manusia  sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, ada yang separuh daripada pandangannya tembus sehingga dapat ‘memandang’ Allah Yang Satu, maksudnya ingat akan Allah ketika dia memandang makhluk yang banyak itu.

·         Manusia sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, ada orang yang sebahagian besarnya dia ‘memandang’ Allah Yang Satu.

·         Manusia sentiasa ‘memandang’ makhluk yang banyak ini, dan ada orang yang sentiasa ingat akan Allah (‘memandang’ Allah Yang Satu).

Yang Satu itu Allah, yang banyak itu makhluk.

Ringkasnya, apabila seseorang ahli tasawuf itu melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh atau memikir akan makhluk, sepatutnya dia akan ingat akan Allah, atau dalam bahasa sufinya disebut sebagai ‘nampak’ Allah/ ‘memandang’ Allah.

“Pandang Yang Satu pada yang banyak”.

Abu Zulfiqar
Februari 2016

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails