Thursday, September 30, 2010

Menulis Sejarah Pattani... Tiada Mampu

Assalamualaikum Tuan Abu Zulfiqar dan rakan-rakan Satu Umat,
Didoakan semoga Tuan dilancarkan semua urusan oleh Allah jua.

Saya perkenalkan diri, nama saya xx-xxx xxxx, pengurus sebuah syarikat penerbitan di Johor. Tujuan mesej ini sekadar ingin menyatakan hasrat untuk menerbitkan penulisan Tuan dan rakan-rakan di blog Satu Umat berkenaan Sejarah Pattani.

010-xxxxxxx Ini adalah nombor saya. Untuk pengetahuan Tuan, saya baru sahaja pulang dari pantai timur bertemu pekedai buku dan penulis dari utara. Hari ini sehingga Sabtu saya berada di KL, dan Ahad bertolak ke Melaka. Andai Tuan berkelapangan sepanjang hari Jumaat, ataupun Sabtu malam Ahad, adalah waktu yang sesuai bagi kita bertemu dan berkenal-kenalan.

Semoga mendapat perhatian pihak Tuan jua, dan diaturkan dengan baik oleh Allah. Aminn..

xx-xxx xxxx



JAWAPAN

Wlksm tuan,

Terima kasih banyak atas tawarannya.

Sebenarnya di laman Satu Umat, kami hanya mengumpul tulisan dan berita dari orang lain. Saya dan rakan-rakan di Satu Umat tak cukup ilmu/ maklumat untuk menulis tentang sejarah Pattani. Saya tak rasa antara kami ada yang mampu menulisnya dengan baik. Dikhuatiri nanti hasilnya rendah kualiti dan jadi pertikaian besar para peminat dan pengkaji sejarah kerana menulis sejarah ni nak kena ada sumber yang kukuh.

Dengan berat hati, kami menyatakan ketidaksanggupan untuk melaksanakan tugas tersebut. Bukannya tidak mahu, tetapi tidak cukup ilmu tentang Pattani.

Terima kasih sekali lagi.


Abu Zulfiqar
30 September 2010

Tuesday, September 28, 2010

Basmalah dalam Al-Fatihah

SOALAN:

Tuan Alex, saya kira tuan alex seorang pendakwah yg tidak menyekat @ terhalang utk menjawab persoalan yg lahir dr pelbagai jenis tahap pemikiran dan saya kira tuan alex juga seorang pemikir dan pengkaji( persepsi saya menerusi blog tuan).

Saya ada persoalan berkenaan bacaan bismillah ketika membaca fatihah dalam solat. Mengapa imam maliki menetapkan hukum makruh membaca Bismillah dalam fatihah ketika solat sedang imam syafi'e menetapkan ia sebagai syarat sah.

Seperti yg umum tahu, Rasulullah tidak menyukai perkara makruh dan umat yg mahu dekat dgn Rasulullah sudah pasti akan mengambil berat perkara2 yg dilakukan supaya ia paling tepat seperti Rasulullah.

Saya tidak kata perkara khilaf ini salah kerana ilmu saya sudah tentu tidak sampai kepadanya. Walaubagaimanapun sekiranya tuan Alex dapat berikan pandangan mahupun dalil drpd kedua imam ini, saya sangat2 berterima kasih dan saya mohon maaf jika ia membebankan tuan.

Terima kasih


JAWAPAN:

PANDANGAN MAZHAB SYAFIE

Basmalah ialah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah. Membacanya dalam solat berhukum fardhu. Jika gugurkan walau satu huruf, batallah solatnya. Anatara sandarannya ialah:

Dari Nuaim al-Mujammir :

“Saya solat di belakang Abu Hurairah, maka dibacanya Bismillaahirrahmaanirraahim, lalu dibacanya Ummul Quran, dan ketika sampai kepada waladdhaallin, dia mengucapkan amiin....... Setelah dia memberi salam, dia berkata : “Demi Tuhan yang jiwa saya berada pada tanganNya,, saya ialah orang yang paling mirip solatnya dengan solat Rasulullah."

(Nasai, Ibnu Khuziamah, Ibnu Hibban)

Solat Abu Hurairah ialah solat yang paling mirip dengan solat Rasulullah, dan Abu Hurairah membaca Bismillah. Hal ini menunjukkan Rasulullah membaca Bismillah.

“Apabila membaca Al-Fatihah, maka bacalah Bismillaahirrahmaanirrahiim, kerana sesungguhnya ia adalah Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang-ulang, dan Basmalah ialah salah satu daripada ayatnya.”

(Daaraquthni)

Dari Ibnu Abbas :

Sesungguhnya Rasulullah membuka pembacaan dalam solatnya dengan bacaan Basmalah.”

(Dari kitab Al-Umm karya Imam Syafie)


PANDANGAN MAZHAB HANAFI & HANBALI

Basmalah bukan salah satu ayat Al-Fatihah, tapi sunat membacanya secara perlahan.


PANDANGAN MAZHAB MALIKI

Anas berkata:

“Nabi, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahirabbil ‘alamin.” (Bukhari)

Anas berkata:

“Nabi, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahirabbil ‘alamin, dan mereka tidak membaca Bismillahirrahmanirahim pada awal mahupun pada akhirnya.” (Muslim)


PERTIMBANGAN:

IMAM SYAFIE mengatakan fardhu manakala IMAM MALIK mengatakan makruh berdasarkan sandaran-sandaran yang mereka nilai. Jadilah ia khilaf.

Kata tuan:

“Mengapa imam maliki menetapkan hukum makruh membaca Bismillah dalam fatihah ketika solat sedang imam syafi'e menetapkan ia sebagai syarat sah. Seperti yg umum tahu, Rasulullah tidak menyukai perkara makruh dan umat yg mahu dekat dgn Rasulullah sudah pasti akan mengambil berat perkara2 yg dilakukan supaya ia paling tepat seperti Rasulullah.”

Sebenarnya ada dua persoalan di sini. Tuan sebutkan satu sahaja. Kedua-duanya ialah:

1. Rasulullah tidak menyukai perkara makruh. Maka sebaiknya janganlah kita membaca Basmalah kerana membacanya makruh, tapi tidaklah berdosa membacanya dan tidaklah batal solat kerana membacanya. (Namun begitu)

2. Rasulullah juga tidak menyukai ibadah solat yang tidak sah. Maka semestinyalah kita baca Basmalah kerana jika tidak membacanya, solat kita tidak diterima. Apabila solat tidak sah, kan itu lebih teruk keadaannya berbanding makruh?

Jadi kita seolah-olah ada 2 pilihan, sama ada:

1. Melakukan perkara makruh (ataupun)

2. Solat tidak sah

KATAKANLAH kedua-duanya membawa kerugian, dari segi logiknya, baiklah kita pilih kerugian yang lebih kecil antara kedua-duanya.

Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali mengatakan DAPAT PAHALA membacanya.

Mazhab Maliki mengatakan MAKRUH membacanya.


Wallahu’alam.

Friday, September 17, 2010

Mintak Mahap le Tuan-tuan...


Raya kali ini terasa macam tak cukup waktu pula, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesibukan semakin bertambah, ruang semakin mengecil. Biasanya saya akan hantar SMS ucapan kepada hampir semua nombor yang ada dalam telefon bimbit. Bermula dari huruf A sampailah ke huruf Z. Tapi kali ini hanya sempat habis huruf A dan seorang dua nama yang bermula dengan huruf B. Lepas itu saya tidak dapat melapangkan masa untuk menghantar ucapan.

Begitu juga dengan membalas SMS. Bermula tengah malam raya sehinggalah hari-hari seterusnya, semua SMS yang masuk tidak dapat saya jawab. Biasanya saya akan jawab setiap SMS. Kad ucapan di Facebook pula hanya boleh tag 50 nama. Kalau boleh memang hendak tag semua kenalan.

Oleh itu... kepada mana-mana adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, anak buah dan kenalan yang tidak sempat saya kirimkan SMS ucapan raya, ataupun membalas SMS mereka, ataupun yang tak dapat saya tag... saya ucapkan:

“Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah. Mohon maaf zahir dan batin.”

Ceria-ceria selalu : )


Abu Zulfiqar

17 September 2010

8 Syawal 1431 Hijrah


ps; Rasa-rasanya raya-raya akan datang pun camni le jugak jadinya. Makin tua makin sibuk : )

Sunday, September 5, 2010

Siapa di Sebalik Iklan Raya Ini?



Tulisan ini diambil dari blog Akrine. Kita cuba merungkai dan memahami segala isyarat, petunjuk dan isi-isi tersiratnya. Komen-komen saya berada dalam kurungan dan bertanda *.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible (*Yang dikenali sebagai The Book)
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis (*Pencerahan ialah 'petanda' kepada kongsi-kongsi gelap Yahudi khususnya Ilxxxxxxti dan Frxxxxxon)
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal).
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)(*Juga menggambarkan keselesaan keduniaan yang akan diperolehi sekiranya 'masuk ke dalam beca' itu.)
5. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light) (*Francis Light yang kononnya 'membuka' Pulau Pinang ialah seorang Yahudi tulen. Hari ini di Pulau Pinang masih ada kuburan orang Yahudi. Komuniti ini dipercayai sudah berhijrah ke Sixxxxxra)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. (*Maksudnya dari kampung hingga ke bandar semuanya sudah 'dikuasaimereka'. Masyarakat di bandar yang memang sudah sedia dipengaruh menerima baik masyarakat kampung yang baru terpengaruh)

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah. (*Kongsi-kongsi gelap Yahudi punya markas besar di rantau Asia Tenggara)

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. (*Masyarakat Islam sudah tidak mempedulikan agama. Agama bukan lagi ad-diin. Masjid-masjid hanya sebagai simbol kemegahan tetapi tidak dimanfaatkan umatnya lagi terasing jauh dari hati mereka)

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah masjid yang terletak jauh di sebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke arah masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) (*Maksud bangunan misteri ini masih kabur. Tentu ada sesuatu yang mahu disampaikan)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab (*Juga mungkin menunjukkan yang umat Islam sendiri sedang memperlekehkan dan mentertawakan agamanya sendiri)

Setakat itu sahaja yang ditulis oleh penulis asalnya. Kajian penulis itu sangat baik, tapi tidaklah bermaksud saya setuju 100% huraiannya. Terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.

Selain itu, ada beberapa petunjuk lagi yang saya fikirkan memang ada kaitan.

1. 'Pope' yang tertawa berdekah-dekah melihat anak-anak orang Islam (generasi umat hari ini) yang sudah berjaya 'dibawanya'. 'Pope' memandang ke atas seolah-olah bersyukur kepada Tuhannya.

2. Bunga teratai berkembang dan keluar pelita daripadanya - Bunga teratai ialah simbol kepada agama Buddha dan Hindu-Buddha. Pelita ialah simbol kepada agama Hindu. Perhatikan bentuk pelita-pelita yang macam pelita Aladdin itu.

3. Diakhiri dengan cogankata "Inspirasi Hidupmu".


Apakah ini salah satu produk 1 Maxxxxia? Macam ada sikit persamaan dengan Ajaran Ayah Pin dan Sai Baba...

Kenalilah musuh-musuh kita yang sebenar, bukan yang terpapar : )

Saksikan video di bawah sebagai pengukuhan...



Juga video ini...