Thursday, August 5, 2010
Lensa Abu Zulfiqar 7
Pulang dari RFC Sungai Petani menuju Taiping. Pada mulanya ingatkan peta Semenanjung Tanah Melayu terbalik, tapi sebenarnya lebih menyerupai sebelah sayap yang sangat besar. Kebetulan baru sahaja beberapa minggu sebelumnya bicara tentang sayap malaikat Jibril yang menutup ufuk ketika mengkuliahkan kitab Kifaayatul Muhtaaj. Saya dan isteri berasa gerun melihat gambaran ini. Sayap Jibril tentunya jauh lebih besar. Patutlah Rasulullah pun pengsan melihat rupa asal Jibril. Pada bahagian bawah tu nampak macam kepala burung. Padanlah dengan sayapnya.
Tak berapa lama kemudian, muncul sayap sebelah lagi. Sayap awal tadi sudah berubah bentuknya kerana pergerakan awan. Ya Allah... lebih besar lagi sayap yang ini! Lihat sebelah kiri gambar. Sekali sayap seperti ini menghempas/ memukul bumi, mahu luluh lantak dibuatnya seluruh negeri Kedah
Ketika ini langit gelap, angin separuh ribut dan suasananya betul-betul menggerunkan.
Satu formasi awan yang menarik.
Waktu pagi, arah belakang rumah.
ps: Saya memang tidak ada ilmu dalam fotografi, cuma saya suka mengambil gambar dan menghayati kebesaran Allah. Gambar-gambar yang saya 'shoot', memang semua 'out' daripada kayu ukur fotografi : )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment