Saturday, April 11, 2009

Suami Menipu

SOALAN:

Apakah hukumnya jika suami banyak kali menipu isteri? Contohnya- pada mulanya si suami mengizinkan si isteri pulang ke kampung jika si isteri membayarkan duit ansuran kereta si suami dan sewa rumah. Tetapi apabila tiba masanya untuk pulang ke kampung. Tiba-tiba si suami tidak benarkan pula. Padahal duit gaji si isteri sudah digunakan untuk membayar bayaran ansuran kereta si suami dan bayaran sewa rumah yang sepatutnya jadi tanggungjawab si suami.


PENJELASAN:

Sudah tentulah berdosa jika seseorang suami dengan sengaja menipu isterinya walaupun sekali.


Dalam kes yang dicontohkan, jelas si suami mengambil peluang ke atas isterinya. Oleh kerana kebenaran pulang ke kampung terletak di tangan suami, si suami ini menggunakan kelebihan tersebut untuk menggunakan harta isteri bagi menyelesaikan masalah peribadinya. Padahal tanggungjawab membayar kereta sendiri dan sewa rumah adalah tanggungjawab suami. Tindakan sebegini tentulah tidak patut.


Sebenarnya harta isteri tidak boleh diganggu oleh suami, cuma si isteri sewajarnyalah membantu pengurusan kewangan keluarga kerana si isteri punya kerja dan pendapatan atas keizinan si suami. Diizinkan bekerja, dapatlah gaji RM 3,000.00. Jika tidak diizinkan, dapatlah RM 0.00 (sekadar contoh). Jadi pandai-pandailah menghargai keizinan si suami.


Dalam Islam, kita diajar mendahulukan sangka baik. Dalam kes seperti di atas, sangat baik jika si isteri cuba berbincang dengan suami tentang sebab-musabab dia secara tiba-tiba tidak membenarkan si isteri pulang walaupun sebelumnya dia sudah berjanji. Mungkin si suami ada sebab-sebab yang munasabah untuk berbuat demikian, siapa tahu kan?


Tapi seandainya tanpa sebab-sebab yang munasabah, si suami dikira sudah berbuat tidak baik kepada isterinya kerana sengaja tidak menepati janji. Namun begitu, jangan kita menghukum si suami sebagai tidak baik keseluruhannya kerana banyak lagi kebaikannya pada sisi yang lain. Cuma dalam soal-soal kewangan, selepas ini si isteri mestilah lebih berhati-hati.


Jadi tindakan awal yang dicadangkan ialah si isteri cubalah berbincang dengan si suami.

Wallahualam.



Abu Zulfiqar “Alexanderwathern”

11 April 2009

15 Rabiul Akhir 1430

20 comments:

Anonymous said...

Suami saya sudah menipu saya berkali(Dari segi kewangan). Disebabkan penipuannya, saya banyak menanggung hutang kerana dia banyak berhutang menggunakan Nama saya. Setelah dapat duit, suami sedikit pun tidak berusaha untuk membayar balik hutang tersebut.
Saya sudah memberitahu Dan menegur suami tapi sampai sekarang tidak Ada perubahan. Apakan tindakan yang perlu saya lakukan lagi?

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Sudah banyak kali nampaknya puan ditipu. Sepatutnya selepas tertipu 2 kali, puan sudah mengambil langkah berhati-hati dan sukar untuk tertipu lagi.

Tak mengapalah. Yang lepas-lepas itu, memang sukar untuk kita perbetulkan semula. Tapi selepas ini, jangan langsung buka peluang/ beri jalan kepada suami puan untuk menggunakan nama puan dalam apa-apa urusan kewangan. PUAN MESTILAH LEBIH BERTEGAS dan berfikir lebih panjang. AMBIL LEBIH MASA UNTUK BERFIKIR dan memohon petunjuk Tuhan sebelum beri apa-apa keputusan.

Nampaknya puan juga sudah berusaha membuka perbincangan dengan suami puan, tetapi belum ada perubahan. Antara ikhtiar yang boleh puan lakukan lagi ialah:

1. Tidak berputus asa untuk terus mengingatkan suami akan tanggungjawabnya itu

2. Lakukan solat hajat, minta Tuhan berikan kemudahan dan kesukaan kepada suami puan untuk menyelesaikan hutang tersebut.

3. Ingatkan suami puan akan hal ini ketika hatinya tenang dan terbuka. Contohnya pada waktu Subuh, pada bulan Ramadhan, pada hari raya, selepas dia mandi dan nampak segar dan seumpamanya.

4. Boleh juga hadiahkan salah satu hutang itu kepadanya, sebagai pelembut hatinya untuk membayar hutang-hutang lain. Ini lebih baik daripada dia langsung tidak mahu bayar semua.

Contohnya, puan boleh cakap dengan nada sayu dan memohon belas kepadanya:

"Bang, kita kan ada berhutang dengan A, B, C dan D? Semua tu guna nama saya. Tapi sampai sekarang abang tak bayar-bayar pun."

"Macam ni lah bang. Kalau abang bayar balik hutang dengan A, B dan C, hutang dengan D tu saya hadiahkan untuk abang. Abang tak payah bayar balik. Tapi kena selesai le dulu hutang A, B dan C tu kepada saya."

Manalah tahu mungkin akan mencetuskan rasa nak bayar nanti.

Anonymous said...

Assalammualaikum. Suami sy juga banyak berhutang. Hutang bank, hutang dgn kwn2, hutang main saham, hutang dgn syarikat telekomunikasi, hutang tnb etc. Sejak awal perkahwinan lagi nama dia sudah disenarai hitam oleh bank-bank, syarikat utiliti. Jd sy terpaksa menggunakn nama sy utk pinjaman rumah, kereta dan juga pinjaman peribadi sebagai modal utk suami berrniaga. Sudah bermcm2 jenis perniagaan dibuat tp semuanya gagal dan meninggalkn hutang beratus ribu. Paling sedih sy dapati telah bankrap. Saman-saman trafik terpaksa sy tanggung disebabkn sikap suami yg ingkar undang2. Sy sudah letih dgn masalah2 yg suami cari dan sikapnya yg tidak pernah berubah wpun sudah 10 thn kami berkahwin. Hormat sy pada suami sudah hilang. Sy sudah nekad utk berpisah cuma menghitung hari utk failkn kes sy. Sesekali sy kasihnkn anak2. Adakah tindakan yg bakal sy ambil ini betul?... terima kasih.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm puan,

Kita sedia maklum, kes pra-perceraian sebegini memang berat. Saya khuatir jika sebarang kenyataan saya nanti akan menjadi pencetus kepada perceraian.

Beginilah. Puan pernah tak pergi dapatkan nasihat kaunselor di pejabat agama? Jika belum, saya cadangkan puan dapatkan nasihat mereka terlebih dahulu. Ulang 2-3 kali pun tak mengapa, sebab keputusan yang hendka diambil besar kesannya. Mungkin puan akan dapat buah fikiran baru. Mungkin juga mereka boleh usahakan sesuatu kepada suami puan.

Kedua, mungkin puan boleh cuba bawa bincang dengan ibu bapa mertua. Kadang2 orang tua-tua ni mereka nampak jalan penyelesaian yang kita tak nampak.

Ketiga, dari sudut ikhtiar muslimnya, puan boleh cuba baca Yaasin setiap malam selama 1 bulan setengah (lebih kurang 40 kali). Niatkan agar sikap suami berubah ke arah positif.

curiousitykat said...

kenapa saya tak ada rasa yang ikhlas dan jujur kepada Allah?saya solat,saya percaya kepada Allah...tapi saya tak dapat nak cari ilmu yang lebih mendalam kerana saya bukan dari kalangan yang bijak dari segi akademik...Allah terima tak doa orang yang bodoh dan lemah dalam segala hal ni? Kenapa Allah lahirkan saya dalam keluarga yang jauh dari agama. kekadang saya cemburu tengok ustaz2 ustazah2 yang berpeluang mendekati agama sebab keluarga keturunan yang baik dari segi agama.kenapa saya terasa disisih Allah dalam hal ni.saya akan dihukum kerana sesuatu semulajadi yang Allah dah berikan pada saya.kenapa saya tak dapat kecerahan sepertimana saudara,kenapa saya tak dapat lihat keindahan Islam seperti Tuan......doa saya tak laku kah? solat saya tak cukup baik untuk Allah?

Anonymous said...

assalamulaikum ustaz...

bagaimana cara untuk menegur suami yg menipu isteri?suami saya sorg yg pnas baran.

sblm berkahwin suami pernah menipu sy & keluarga mengatakan mak kandungnya koma dan terlantar di hospital selain mengaku dirinya masih bujang. padahal dia merupakan suami org dan mempunyai 2 anak, manakala ibunya sihat.namun ats sbb syg sy menerima dia da berkahwin pd april lepas.sy bhrap dia brubah.

namun skrg dia mula menipu sy lg.dia mengatakan bhwa dia sudah berpindah ke office bru di ptjya pdhal stlh sy intip dia selama beberapa hari di office lama kereta beliau msh di situ..

apa yg ptt sy lakukan ustaz..

Unknown said...

Saya jugak mmpunyai mslah yg sama...suami saya suka berjudi dan main no. hingga terdorong untuk meminjam kepada banyak pihak...bukan saja bank...along....rakan2....keluarga...kad kredit.semuanya semata2 dek akal dan nafsu yg tak penah ilang pada benda2 yg tak berfaedah tu...saya dah berkali2 cuba langsaikan utangnya...tapi balasan untuk sya tetap diulangi berkali2 perkara yg sama.sampai saya terpaksa mnggung segala perbelanjaan umah.dari awal perkahwinan hingga sekarang...saya tertanya2^..setelah apa yang saya lalui...cuba menolong dia...tapi dia tetap tak berubah2...gelap rasanya masa depan saya dan anak2.saya ingin bercerai saja.dah tak tahan dipijak2 atas kebaikan dan kasihan yang telah saya hulurkan.sikit pun tidak hirau bagaimana nak ubah diri demi saya dan anak2...rantai mas kahwin di pajak.saya tebus...dia jual lagi.gelang tangan saya hilang.mmg tak de sapa la lagi.tetbaru cincin2 perkahwinan turut jadik mangsa.nak dituduh sapa lagi.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

JAWAPAN :

“Kenapa saya tak ada rasa yang ikhlas dan jujur kepada Allah?”

Rasa jujur dan ikhlas itu ialah sesuatu yang DIBINA. Ia tidak datang secara tiba-tiba kepada kita (tapi tidak mustahil jika Tuhan mahu menganugerahkannya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki walau dalam masa sesaat). Sifat jujur dan ikhlas ini termasuk dalam SIFAT-SIFAT MAHMUDAH, iaitu sifat-sifat yang terpuji pada syarak. Imam Al-Ghazali menghuraikan dengan panjang lebar tentang sifat-sifat mahmudah ini dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin. Jadi, untuk membina sifat jujur dan ikhlas ini, antara usaha yang boleh dilakukan ialah:

1. Berdoa minta Tuhan jadikan kita seorang yang jujur dan ikhlas. Hanya Dia yang berkuasa menjadikan kita jujur dan ikhlas. Berdoalah pada bila-bila masa pun. Lebih baik jika dapat berdoa selepas solat tahajjud. Bangun mengerjakan solat tahajjud itu sendiri sebenarnya mendidik kita untuk jujur dan ikhlas, kerana ibadah itu tidak disaksikan/diketahui oleh orang lain. Kita tidak dapat menunjuk-nunjuk kepada sesiapa pun, hanya diri kita dengan Kekasih kita (Tuhan) sahaja. Cubalah.

2. Banyakkan bergaul dengan orang yang baik-baik, terutamanya yang cenderung ke arah keagamaan. Jika tidak punya rakan-rakan sebegini, rapat-rapatkanlah diri dengan golongan ini, cari kawan-kawan baru. Pergaulan dan interaksi kita dengan orang yang baik-baik banyak mempengaruhi peribadi kita termasuklah pembinaan sifat jujur dan ikhlas.

3. Carilah kelas-kelas agama terutamanya guru-guru yang mengajarkan tasawuf. Dari situ kita akan mengetahui tentang sifat jujur dan ikhlas, ciri-cirinya, punca-puncanya, cara-cara ke arahnya dan sebagainya. Memang sukar untuk mendapatkan jujur dan ikhlas sekiranya kita sendiri belum mengenal apa itu jujur dna ikhlas menurut pandangan agama. Begitulah antara pesanan Imam Al-Ghazali. Duduklah dalam majlis-majlis pengajian tersebut.

bersambung...

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

“Saya solat,saya percaya kepada Allah...tapi saya tak dapat nak cari ilmu yang lebih mendalam kerana saya bukan dari kalangan yang bijak dari segi akademik...”

Alangkah besarnya NIKMAT SOLAT dan NIKMAT PERCAYA KEPADA ALLAH yang anda perolehi selama ini... Sebenarnya di luar sana sangat ramai orang di seluruh dunia yang tidak mengerjakan solat malah ramai lagi yang tidak percaya kepada Allah. Anda mungkin tidak menyedari bahawa selama ini anda sudah pun diletakkan Tuhan di tempat yang baik berbanding ratusan juta orang lain, kerana anda seorang yang mengerjakan solat dan percaya kepada Allah!

Bahkan, perasaan ingin jujur dan ikhlas yang anda ingini itu sebenarnya satu nikmat yang cukup besar! Berapa ramai orang di dunia ini yang ada terfikir untuk memperolehi jujur dan ikhlas? Bahkan dalam kalangan ilmuwan agama termasuklah ustaz ustazah pun ada yang buat tidak endah perihal jujur dan ikhlas ini! Mereka hanya belajar ilmu, menyampaikan ilmu dan melakukan amal ibadah. Itu sahaja kerja mereka. Jujur dan ikhlas tidak diusahakannya pun, malah tidak dikenalinya pun.

Oleh itu, tidak perlulah anda keterlaluan menyesali perjalanan hidup anda, kerana anda sudah pun berada di laluan/ landasan yang betul. Tugas anda sekarang ialah untuk memperbaiki lagi apa yang sudah anda miliki. Berusahalah sekadar termampu untuk menambahkan ilmu-ilmu agama, meningkatkan keimanan dan menambah amal-amal soleh.

Selain itu, Tuhan juga tidak memberatkan seseorang itu di luar daripada kemampuan dirinya. Setakat mana beban yang mampu kita tanggung, seberat itu sahajalah yang Tuhan bebankan buat kita, tidak lebih. Tuhan tahu beban yang termampu kita tanggung ialah beban seorang insan biasa, maka setakat itu sahajalah beban yang diberi-Nya dan perlu kita tanggung, tidak lebih. Sebab itulah kita tidak dijadikannya ustaz, ulama, khalifah dan lain-lain. Tuhan tahu beban yang termampu untuk orang lain tanggung ialah beban seorang ustaz, ulama, khalifah dan lain-lain, maka seberat itulah beban yang diberi-Nya kepada mereka dan mesti mereka tanggung. Begitulah adilnya pekerjaan Allah SWT.

Kiat dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah, bukannya kerana akademik. Akademik hanyalah salah satu usaha yang mesti kita lakukan sebagai menyahut perintah Allah, tapi ia bukan tiket untuk mendapatkan kejayaan. Kan ramai ahli akademik dan orang yang punya akademik tinggi tetapi jahil dan jauh dari agama? Oleh itu anda tidak perlu terlalu risau. Risau itu boleh, tetapi biarlah berpada-pada risaunya. Jangan sampai terlalu memberatkan akal fikiran.

bersambung...

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

“Allah terima tak doa orang yang bodoh dan lemah dalam segala hal ni?”

Tuhan Maha Pemurah. Dia juga Maha Penyayang. Tidak ada yang lebih pemurah dan lebih penyayang selain Allah. Dengan sikap Pemurah dan PenyayangNya itu, pasti saja Dia menerima doa hamba-hamba-Nya tanpa mengira bodoh pandai atau lemah gagah. Tugas kita ialah berdoa dan terus berdoa. Selebihnya urusan Tuhan. Allah memang memerintahkan kita berdoa. Apabila kita berdoa sahaja, bertambahlah kasih sayang Allah kepada kita.

“Kenapa Allah lahirkan saya dalam keluarga yang jauh dari agama. . kekadang saya cemburu tengok ustaz2 ustazah2 yang berpeluang mendekati agama sebab keluarga keturunan yang baik dari segi agama.



Allah mengetahui rahsia yang tidak kita ketahui. Kebanyakan para rasul dan nabi pun lahir dalam kalangan keluarga dan masyarakat yang jauh dari agama. Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Yunus, Nabi Muhammad dan lain-lain kan menerima nasib seperti itu? Maksudnya, lahir dalam keluarga yang jauh dari agama pastinya punya hikmah tersendiri, kerana Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Boleh jadi, jika anda lahir dalam keluarga yang ustaz ustazah, anda tidak punya kesedaran untuk meningkatkan ikhlas dan jujur sebagaimana sekarang.

Terlalu ramai ilmuwan agama dan orang biasa yang soleh serta para pendakwah yang saya temui, berasal dari keluarga yang jauh dari agama. Saya sendiri datang dari keluarga, saudara-mara, kejiranan dan masyarakat yang jauh dari agama. Ketika kecil dan remaja, saya langsung tidak pernah terfikir untuk mengambil tahu hal ehwal agama, apatah lagi untuk mengajar dan mendakwahkannya kepada orang lain. Tidak ada minat. Namun perancangan Allah begitu ajaib, saya dipilihnya untuk mengalami perubahan drastik suatu ketika dahulu.

bersambung...

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Orang yang datang dari keluarga yang baik-baik pun adakalanya jauh dari Tuhan. Contohnya salah seorang anak Nabi Adam, salah seorang anak Nabi Nuh, isteri Nabi Lut dna lain-lain. Ada pula orang yang datang dari keluarga yang jauh dari Tuhan, tetapi dia menjadi orang yang soleh. Contohnya isteri Fir’aun, anak Abu Jahal, Nabi Ibrahim sendiri dan lain-lain.

Oleh itu, janganlah disesali kelahiran kita dari keluarga yang jauh dari agama. Itu perancangan Tuhan yang sudah berlaku. Tugas kita sekarang ialah untuk berusaha sekadar yang termampu (jangan melebihi kemampuan) untuk menambahkan ilmu-ilmu agama, meningkatkan keimanan dan mempertingkatkan amal-amal soleh. Yang sudah berlalu itu, memang kita kena kenang juga dan ambil iktibar. Niatkan (contohnya) : “Aku mahu diri aku dan keluarga aku sekarang lebih baik daripada diri dan keluarga aku ketika kecil dahulu.” Dan kita usahakan matlamat itu.

bersambung...

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

“Kenapa saya terasa disisih Allah dalam hal ni? Saya akan dihukum kerana sesuatu semulajadi yang Allah dah berikan pada saya. Kenapa saya tak dapat kecerahan sepertimana saudara, kenapa saya tak dapat lihat keindahan Islam seperti Tuan......doa saya tak laku kah? Solat saya tak cukup baik untuk Allah?”

Sebenarnya Allah Maha Penyayang. Dia tidak pernah menyisihkan anda sebagaimana yang anda rasai. Kita renung kembali nikmat yang Allah kurniakan kepada kita baik-baik...

Dalam jutaan ekor sperma yang mengalir ke rahim ibu kita, kan Dia memilih kita untuk disenyawakan? Jutaan sperma lagi (iaitu adik-beradik kita) tidak terpilih pun. Mereka tidak berpeluang pun untuk lahir melihat kecerahan alam dan isi kandungan alam yang ajaib-ajaib ini. Bahkan mereka tidak sempat pun menikmati syariat Nabi Akhir Zaman, penghulu sekelian nabi. Mereka tidak sempat merasai makanan yang lazat-lazat, nikmat oksigen, nikmat memandang, nikmat mengerjakan solat dan sebagainya. Bagaimana kita boleh mengatakan yang Allah menyisihkan kita?

Selama hari ini juga, sama ada kita langgar perintah Allah (melakukan dosa) atau tidak, Tuhan masih berterusan mengurniakan nikmat-nikmat-Nya kepada kita. Sepatutnya, setiap kali kita melakukan kesalahan/ dosa, teruslah kita dihukum. Tapi, atas kasih sayangNya Dia tak menyekat pun makanan kita, penglihatan kita, oksigen kita dan sebagainya.

Katakanlah kalau kita tidak menunaikan satu waktu solat, sebelah tangan akan hilang diambil oleh Tuhan. Tapi Tuhan tak buat begitu. Katakanlah sekali kita tinggalkan solat Subuh, Tuhan kunci mulut kita sampai waktu Zohor, tidak boleh makan dan minum. Tapi Tuhan tak buat begitu. Pendek kata, Tuhan tidak pernah menyisihkan kita.

Kesimpulannya, yang perlu anda lakukan sekarang ialah dengan meneruskan doa dan usaha ke arah yang dikehendaki, dengan lebih gigih. Di akhirat nanti, ada jauh lebih banyak nikmat-nikmat Allah yang menanti kita berbanding dalam kehidupan di dunia ini. WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

27 JULAI 2011

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/07/sj-cemburu-melihat-agamawan.html

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wanita Yang Bangkit,
Saya telah membaca tulisan2 puan dalam blog itu. Memang terharu. Semoga dimudahkan Allah segala urusan puan. Teruskan berusaha, dan yang paling penting, rapatkan lagi hubungan kita dengan Allah, nescaya banyak bantuan-Nya kepada kita.

Anonymous said...

Saya menghadapi masalah sejak berkahwin. suami sy rupanya byk hutang dan sy telah byk membantunya sehingga kami hendak membeli rmh, dia keluarkan wang kwsp dn katanya akan mmbyr semua hutangnya.dan katanya akn membyr duit rmh yg kami beli bersama tetapi perlu tolak melalui gaji saya dan dia akn membyr kpd sy semula(loan k'jaan) sy pd mula berat hati krn sudah mengetahui sikapnya yg mungkin tdk akn byr pd sy tp setelah berbincang, dia bersungguh2 kata akn byr pd sy semula. sehingga skrg hampir 4 thn dia kerap byr lewat dan kdg2 kurang.Kami selalu bergaduh krn sy sudah tdk thn dgn sikapnya.Utk pengetahuan, sy menanggung belnja rmh-ini prjnjian kami-sy belnja dapur dn dia byr rmh-duit rmh yg dia byr pd sy, sy gunakan utk membyr upah jg ank. sblm ini sy sndiri byr hutang kereta, sy berkereta sblm mengenali dia, dia x prnh tlg byrkan duit kereta, even petrol pn duit sy. duit rmh yg dia perlu byr pd sy semula sy gunakan utk byr upah jg ank. tp dia kerap lewat dan kami kerap bergaduh.jika sy tdk bising dia seolah2 buat tdk tahu sj utk beri sy duit dan hutang ini akn mnjdi bertambah pd bln dpnnya. sy trpksa mendahulukan duit sy utk byr upah anak sdgkan gaji sdh ditolak duit rmh dn sy perlu beli brg dapur. dia hnya perlu membeli susu dn pampers ank dn yuran belaja tadika. tdk lm lg ank sy yg no2 tdk memakai pmpers. di situ dia sdh jimat. sdgkan sy yg perlu memberi brg dapo dgn hrga brg yg semakin naik ini. dia kerap-kali ditangkap meminjam duit sedara dan adik beradik tp dlm ms yg sama dia byr duit rmh kurang dn lewat. sy tlh lama bersbr dn pernh sekali pergi kaunseling krn rkn sekampungnya beritahu sy yg dia ada meminjam duitnya pula. sy merasa sgt tertekan. sudahlah duit sy dibyr kurang dn lewat sehingga sy trpksa dahulukan duit sy byr upah jg ank. apa lagi yg tnggal pd sy. baju ank semua sy yg beli. semakin hari sy hilang sabar. sehingga skrg dia masih tdk cukup duit walaupun di dpn kaunselor kononnya masalah kami sdh selesai. kakak dia sndiri tdk dpt membantu krn kakak dia pernah menyoal siasat bila dpt tahu dia ada meminjam duit pak cik saudara dia. tp dia lansung tdk memberitahu apa2. bila ditanya kaunselor dia beritahu yg dia hnya berhutang dgn rkn sekampung dan akan menyelesaikannya. tetapi sehingga srkg dia masih tdk berubah walaupun kaunselor siap mengirakan duit gajinya dan nampak mcm tdk ada masalh tdk cukup duit. malangnya dia masih menipu dan masih menyusahkan sy sehingga kini. (kami sdh berkahwin 7 tahun)tk















Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Abu Zulfiqar, saya ingin bertanya kepada saudara, apakah hukum isteri mentaati suami jika suami suka menipu? Contoh penipuan, suami saya belum habis belajar tetapi semua org ingat sudah bekerja, malah sebelum kahwin saya tak tahu yang dia belum tamat pelajaran.Contoh lagi, apabila saya bagi duit bayaran utk taska,cukai pintu,sewa rumah dia tak bayar. Tunggakkan taska anak saya mencecah 5 bulan yang terpaksa saya langsaikan semua sedangkan setiap bulan saya bagi duit. Duit cukai pintu pulak, dia ambil sedikit dan tak bayar full amount. Saya dah penat dengan karenah dia. Apabila saya Tanya die bayar ke tak, die mengaku sudah bayar semua, sedangkan hidup2 bukti yg ada tiada pembayaran dilakukan.Saya dah berterusan nasihat jangan menipu saya tetapi masih lagi menipu.Alasan yang diberikan sbb dia syg saya dan anak memandangkan dia terpaksa guna duit itu semua utk byr elektrik..etc etc...sedangkan duit sewa rumah saya yang bayar walaupun itu tangungjwp suami. Mohon pencerahan dan pendapat saudara.

Anonymous said...

Bagaimana jika suami yang selalu bersembahyang, mengaji bila ada masa tetapi kuat menipu isteri dan anak-anak? Marah bila ditegur. Tipu duit isteri yang pertama untuk kesenangan isteri yang kedua dan anak seorang. Nampak macam baik tapi diam-diam ubi berisi. Kata duit tu adalah untuk membayar hutang tetapi sebaliknya.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

1. Alhamdulillah, syukur. Bukan mudah nak dapat pasangan hidup yang menunaikan solat dan mengaji.

2. Perbuatan kuat menipu isteri dan anak-anak memang tidak patut, lebih2 lagi suami puan termasuk dalam golongan orang yang mengerjakan solat dan mengaji. Kita berdoa dan harap agar solat dan mengaji dia akan jadi benteng dan bekalan untuk suami puan berubah sikap. Mudah-mudahan.

3. Sikap berang tak bertempat juga tidaklah patut.

4. Tipu duit isteri pertama untuk kesenangan isteri kedua dan anaknya, jika benar berlaku begitu, juga tidak sepatutnya.

Semoga hati suami puan dilembutkan Allah agar pintu perbincangan/bertukar-tukar antara suami dan puan terbuka. Boleh jadi dia ada masalah tertentu yang jika dibincang bersama.... akan jumpa jalan penyelesaian...akan bawa kebaikan kepada seluruh keluarga.

Anonymous said...

Tuan,

Bagaimana saya mahu menjadi isteri yg solehah...

Semakin lama usia perkahwinan saya, semakin saya tawar hati pada suami. Suami saya pernah melukai saya.. suami saya selalu ugut saya... suami saya selalu memukul saya dan pernah sekali meletakkan pisau di leher saya hanya kerana saya tidak mahu ke kedai bersamanya... suami saya panas baran.. bila bergaduh habis saya dimalukan dihadapan jiran2... suami saya juga kerap kali menipu duit saya... perbelanjaan rumah.. kereta.. bil air.. api keperluan anak semuanya saya bayar... namun tuan.. saya masih bersabar kerana suami adalah cinta pertama saya... tiada lelaki lain selain dia.. saya cuba untuk melupakan segala kenangan yg menyakitkan hati.. namun kadangkala saya kalah dengan bisikan syaitan.. saya seperti hilang hormat kpd suami.. namun saya juga takut pada suami kerana dia mampu melakukan apa sahaja kepada saya.. adakah saya seorang perempuan yg bodoh.. namun saya sedar.. bahawa saya juga tidak sebaik siti khadijah malah tiada manusia yang sempurna di dunia ini... namun tuan.. bagaimana caranya untuk saya menutupi luka di hati dan kembali hormat kepada suami..

Anonymous said...

salam ustaz sy nak tanya,suami sy selalu menipu dlm bab solat salah satunya...sy suruh solat tp masuk bilik solat dia cuma diam x buat apa2..sejadah x terusik pun..kadang2 sejadah cuma dilipat ala kadar shj...ada satu ketika di kg sy solat dlm bilik ibu sy dlm keadaan gelap tp pintu terbuka.suami di bilik kami..pintu tertutup,lampu terbuka.tp sy langsung x nampak suami sy rukuk,sujud...tahu2 dh kuar dr bilik...dia ckp dgn sy dia dh slat...hati isteri mana yg x hancur...sy tahu manusia x sempurna n hidayah dr allah masih blm smp tp hidayah tuu perlu dicari dulu supaya allah btl2 trn hidayah pada kita..btl tak ustaz...suami sy mmg x pernah solat pernah solat apabila disuruh n sy ada disisinya..klu suami sorg mcm tuu lah jadinya..tipu sy hdp2..mcm mana ustaz nak buat dgn org mcm ni...

Anonymous said...

Suami sy mmg kaki penipu,dy ingt sy diam sy x taw apa dy buat...sy perati je kelaku dy,dy ingt sy ni bodo sgt kot...x kerja,entah dr mn dpt duit...buat rmh kata duit sndiri pdhal duit tipu org,brg rmh xnk bli asik gila tukar kereta dgn iphone blik rumah mkn kenyang2 tido lngsung x mahu bantu kerja rumah ckp pergi kerja pdahal mnipu...sntiasa penat,mengantuk wlau x buat apa2 kerja