Tuesday, January 27, 2009

Lost World

Panangan dari depan Lost World. Ada beberapa ekor kucing batu menanti kehadiran kita. Anak lelaki kami punyalah takut. Dulang-dulang pokok bunga pula berukir patung syaitan apa entah. Tempat ni diuruskan oleh India Hindu rasanya. Bukan hendak berpandangan negatif, tapi memang tidak selesa dengan cara mereka menguruskan tempat ini. Di pintu masuk, penjaganya bebas memegang tangan kaum wanita untuk dikenakan 'gelang tiket'. Tak ada segan-silu langsung walaupun yang menjaganya tu Melayu.
Tempat ini terletak betul-betul di depan bukit batu kapur. Memang kenalah dengan temanya.
Binaan bangunan dengan tema kota lama tamadun Inka, Aztec, Hindu dan seumpamanya. Agaknya begitulah. Sebab itu dinamakan 'Lost World'.
Di sebelah kanan tu gerai-gerai makan. Beli makanan guna kupon. Biasalah, makanan agak mahal. Cerdik mereka ni, segala jenis makanan yang kita bawa semua ditahan, tak boleh dibawa masuk. Kita duduk di dalam tu tentulah bukan sekejap, maklumlah masuk berbayar. Aktiviti pula aktiviti air, tentulah kita lapar. Mahu tak mahu kena belilah juga makanan yang pada kami memang kurang sedap. Gerai airnya pula India Hindu. Sepatutnya air berilah kepada orang Islam, semua orang boleh minum dengan selesa.
Di tepi laut buatan.
Cantik rekabentuk bangunan ni (pada saya le, yang memang minat sejarah dan pengkajian).
Hari mula panas terik.
Ada tiga empat ekor Pak Belang di dalam ni, bukan Pak Belalang. Sekali dia 'ngap', engkau 'ngek'!
Idea yang bagus. Bilik mesyuarat dibuat di dalam gua.
Ni dia Sifu Alex sedang bermeditasi. Ni bukan yoga ni, tolong jangan repot. : )
Eh, budak kecik ni... 'posing' sakan engko ye!
Tempat mandi kanak-kanak.
Kalau jalan tar diganti dengan tanah merah, baru macam 'lost world' betul.
Berendam di tepi laut. Makin ke tengah makin dalam. Ada masa-masanya ombak diaktifkan.
Cantik boleh tahan laa... tapi... saya sangat tidak mengesyorkan anda semua ke sini. Carilah tempat lain. Ke Bukit Merah lagi bagus.
Menara kawalan, tapi tak ada orang pun.







Kolam air panas. Kami cuba turun ke dalam kolam melalui tangga yang disediakan, punyalah panas. Rupa-rupanya orang lain pun tidak turun melalui tangga, terus saja ke dalam kolam.

Kesimpulannya, tak payah datang sinilah.

No comments: