Kata Imam al-Ghazali : “Dan menjelaslah segala hakikat ilmu dari cermin luh mahfudz dalam cermin qalbu, seumpama mencapnya bentuk dari cermin ke dalam cermin yang berhadapan dengannya.”
Qalbu kita ini ibarat cermin.
Kalau diletakkan berhadapan dengan lauh mahfudz, keseluruhan lauh mahfudz tu akan terpapar pada cermin qalbu.
Tapi, antara masalahnya ialah… cermin qalbu kita itu kotor berhabuk, dan sangat tebal pulak hijab penghalang antara lauh mahfudz dan qalbu kita.
Maka, cermin qalbu kita hanya dapat tangkap dan paparkan sikiiiit sahaja daripada apa yang terdapat pada lauh mahfudz.
Lalu jadilah kita insan biasa2 sahaja.
Sekiranya cermin qalbu kita bersih, tiada habuk, berkilau, maka mudahlah maklumat2 dan rahsia2 pada lauh mahfudz itu ditangkap dan dipaparkan oleh cermin qalbu itu.
Di antara lauh mahfudz dan qalbu kita, ada pula hijab/ tabir/ tirai/ dinding.
Hijab ini amat tebal.
Sesiapa yang nipis hijabnya, maka dapatlah dia lebih maklumat2 dan rahsia2 pada lauh mahfudz.
... petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-294, Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment