Sunday, November 17, 2024

Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah

 

Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari sudut syariat dan hakikat bagi pedoman saya.


Jawapannya : Dari segi syariatnya, sangat bagus jika kita dapat mendahulukan makanan dan minuman yang disediakan oleh ahli2 syahadah (yakni orang2 Islam). Tentang yang disediakan oleh orang2 bukan Muslim, jika kuat keyakinan kita (setelah kita cuba mengambil tahu serba-sedikit tentangnya) bahawa makanan dan minuman itu halal dan tiada isu2 lain, maka bolehlah kita mengambilnya. Dari segi fekah, sudah lulus. Dari segi tasawufnya, jika boleh dielakkan, maka elakkan. Tapi bukan bererti haram.


Saya tak jelas tentang “hakikat” yang Tuan Mxx maksudkan tu hakikat yang mana satu. Maka buat masa ini saya jawab dari segi hakikat tauhidlah. Pada hakikatnya, semua makanan dan minuman di sediakan oleh Allah.


Wallahua’lam.


29/9/24

Kesan Berkawan dengan Orang yang Keras Hati

 

Pertanyaan : Assalamualaikum ustaz. Saya ada terbaca : “Berkawan @ bersabahat dengan orang yang keras hati nati lama2 kita turut keras hati atau terkesan @ terpalit juga.” Soalannya, adakah terkesan juga kepada si salik @ ahli yang mujahadah dalam jalan ini?


Jawapannya : Waalaikumussalam. Bersahabat (yakni selalu bergaul dengan mereka sama ada secara berhadapan atau secara maya) dengan orang2 yang keras hati, memang sedikit-sebanyak boleh (bukan mesti) mengesani atau mempengaruhi diri kita juga, walaupun kita seorang salik. Maka banyaklah bersahabat dengan orang2 yang bersifat baik hati.


29/9/24

Jenis2 Pengajian Ilmu yang Diadakan

 

Pengajian2 yang telah, sedang dan akan dijalankan dari semasa ke semasa :


1. Penerangan Asas Tarekat Ghazaliyah – 2 jam

2. Ilmu ‘Aqidah Imam al-Ghazali (Risalah Qudsiyah, Rukun 3, Bahasa Halus) – 7 jam

3. Ilmu as-Sa’ah Imam al-Ghazali (asas) – 8 jam

4. Ilmu Tentang Tafsir, Ta’wil & Ta’bir Mimpi – 6 jam

5. Sejarah Raja2 Bertarekat Ghazaliyah – 2 jam

6. Ilmu Perubatan Islam @ Nabawi (asas) – 5 jam

7. Ilmu as-Sa’ah Imam al-Ghazali (lanjutan) – jangkaan 6 jam

8. Syarahan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin (terperinci 4 kali sebulan) – 20 ke 23 tahun

9. Ilmu Istilah2 Keruhanian/ Sufi – jangkaan 3 jam

10. Ilmu Tarekat Ghazaliyah – tiada had, tiada penamat, berterusan


11. Daurah Kitab Risalah al-Laduniyah (Imam al-Ghazali) – jangkaan 4 jam

12. Daurah Kitab Adab Nabi (Ihya’ ‘Ulumuddin - Imam al-Ghazali) – 3 jam

13. Daurah sebahagian Kitab Kimiya’ us-Sa’adah (Imam al-Ghazali) – jangkaan 4 jam

14. Daurah Kitab al-Munqiz min adh-Dhalal (Imam al-Ghazali) – 5 jam

15. Daurah Kitab Misykat al-Anwar (Imam al-Ghazali) – jangkaan 5 jam

16. Daurah Kitab Terpedaya (Ihya’ ‘Ulumuddin – Imam al-Ghazali) – jangkaan 3 jam

17. Syarahan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin (ringkasan 4 kali sebulan) – jangkaan 7 tahun

18. Ilmu Alam Imam al-Ghazali (asas) – 3 jam

19. Ilmu Alam Imam al-Ghazali (lanjutan) – jangkaan 4 jam

20. Ilmu Perubatan Islam @ Nabawi (lanjutan) – jangkaan 3 jam

21. Syarahan Kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin) – 40 kali kuliah


*Jumlah jam yang dinyatakan adalah tidak termasuk berhenti rehat.

*Sila tunggu hebahan di Fb.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Hal2 Khilaf yang Tidak Perlu Dipanjang2kan

 

Peperiksaan akhir semester tinggal seminggu lagi. Namun Seman, Fizz dan Azri masih asyik berbahas panjang setiap hari.

Seman : Sewaktu berada di dewan peperiksaan, butang baju yang paling atas dikancing.

Fizz : Tak lah. Masuk dewan peperiksaan, butang baju paling atas tidak dikancing.

Azri : Sepanjang berada di dewan peperiksaan, butang baju paling atas dikancing dan kolar baju ditegakkan.


Sudah hampir sebulan mereka berbalas-balas hujah.


Tiba-tiba Ghazali bersuara : Kawan-kawan. Katakanlah kita melakukan salah satu daripada pandangan kalian, adakah kita akan terkeluar dari dewan peperiksaan?

Serentak mereka menjawab : Tak lah!

Ghazali : Jika begitulah keadaannya, eloklah kalian hentikan perbalahan ni sekarang juga lalu kalian tumpukan kepada study untuk peperiksaan nanti.


Seman : Betul jugak ye! Khilaf kita ini bukan termasuk ke dalam kategori perbuatan yang boleh mengganggu peperiksaan kita atau boleh mengeluarkan kita daripada mengambil peperiksaan pun. Khilaf bab furuk je pun.

Fizz : Ye lah. Dah dekat sebulan kita lebih tumpu hal ni je. Study pun belum sebanyak mana.

Azri : Kalau macam tu, masa di dewan peperiksaan nanti, kita buatlah yang mana-mana pun antara tiga perlakuan tadi. Tak kacau apa-apa pun. Ikut cara Ghazali, senang.


6/11/24

Silat Ada Campur Tangan Jin?

 

Assalamualaikum Ustaz. Maaf tanya. Macamana salah seorang syeikh tareqat mengatakan tidak perlu belajar silat kerana semua silat dan apa2 aliran seni bela diri ni ada campur tangan jin? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih.


Jawapannya : Waalaikumussalam Mxxx Dxxxxxx Axxxxxx. Setahu dan sefaham saya, tidak semua silat dan seni beladiri lain terlibat dengan campur tangan jin.

1. Boleh jadi orang itu hendak mengatakan BANYAK lalu disebutnya sebagai SEMUA. Hal ini kerana selalu juga perkataan SEMUA itu tidak menunjukkan 100% tetapi BANYAK.

2. Jika dia bermaksud SEMUA silat dan seni beladiri dengan maksud 100%, hal itu tidaklah benar. Ada sahaja silat dan seni beladiri yang tidak terlibat langsung dengan jin. Contoh secara umum - Silat Cekak, Silat Fitrah Sejagat, gusti, Savate, Jeet Kune Do, kickboxing, Sanda, dll.

3. Boleh jadi juga dia tidak banyak tahu dan faham tentang dunia persilatan dan seni beladiri lain. Pengetahuannya dan pemahamannya hanya pada tahap awwam dalam hal ini. Sekadar satu contoh – apabila disebut silat, majoriti orang awam akan terbayang adanya bunga silat dan pakaian berwarna hitam. Padahal ada sahaja silat yang tidak berbunga dan banyak silat tidak berbaju hitam pun.

4. Hal ini samalah dengan dakwaan sebahagian orang kononnya SEMUA aliran keruhanian termasuklah tarekat ada campur tangan jin, sekurang2nya sebagai jin yang mengiringi aliran itu turun-temurun. Padahal tidak ada sedemikian. Hanya segelintir pihak yang terlibat maka tidak bolehlah kita mengaitkannya dengan SEMUA 100&. Wallahua’lam.


11/11/24


* Perkataan TIDAK PERLU – bermaksud BOLEH cuma tidak bertaraf PERLU.

* Perkataan TIDAK BOLEH – bermaksud TIDAK DIBENARKAN.

Antara Isi Pengajian Perubatan Nabawi siri 1

 

Yang dikongsikan dalam Pengajian Perubatan Nabawi/ Islami yang lalu :

1. Beberapa ayat Al-Quran dan hadith2 berkaitan perubatan. Jelas bahawa Al-Quran itu juga asbab kesembuhan, dan berubat itu perintah Allah.

2. Pentingnya berubat dengan cara dan bahan yang halal lagi baik. Seboleh2nya yang syubhat pun kita usaha dan ikhtiar menolaknya. Cara dan bahan yang tidak halal akan bawa mudarat.

3. Mengapa Allah hantar Nabi Isa as pada zaman akhir (bukannya akhir zaman) dan bukannya nabi2 lain? Apa kaitan Nabi Isa dan zaman akhir? Apa kaitan mukjizat2 Nabi Isa dengan zaman akhir? (Ilmu as-sa’ah)

4. Mengapa pengajian intensif ini dibuat? Apakah faktor2nya?

5. Perbezaan fahaman ASWJ, Jabbariyah dan Qadariyah dalam berusaha termasuklah dalam berubat? Tentang salah faham sebahagian orang tentang usaha dan tawakal. Kita sudah syarahkan Kitab Tauhid & Tawakal dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin sehingga khatam, dan tawakal dalam berubat memang ada disentuh oleh Imam al-Ghazali di sana. (Ilmu al-iman)

6. Sejarah perubatan Nabawi/ Islami Ikhtiar Muslim.

7. Apakah ciri2 perubatan Nabawi/ Islami?

8. Mengapa perubatan Nabawi ini akan kembali jadi sangat penting?
9. Apakah 3 masalah kesihatan yang paling banyak diajukan dalam 5 tahun ini? Berkaitan emosi – Berkaitan darah – Berkaitan tenaga batin.

10. Bagaimana cara mengumpul data tentang aliran masuk pesakit ke perubatan Nabawi/ Islami?

11. Manhaj perubatan Ikhtiar Muslim diasaskan dengan banyak menggunakan kaedah2 yang biasa Imam al-Ghazali gunakan.

12. “Takhalli, tahalli dan tajalli” dalam perubatan Islam.

13. Istilah mua’llij, tabib, doktor, bomoh, pawang, dukun dsb.

14. Tentang 10 Bacaan Asas Ikhtiar Muslim dan kifiat mengamalkannya, juga fadhilat2nya.

15. Amalan 333 Ikhtiar Muslim, kifiat dan fadhilat2nya.

16. Cara membersih dan memagar kediaman.

17. Kepentingan menganginkan rumah.

18. Solat hajat harian.

19. Antara cara menjaga kesihatan diri.

20. Apakah amalan2 yang bagus untuk perawat zaman akhir?

21. Bacaan2 tambahan kepada 10 Bacaan Asas, mengikut niat dan hajat.

22. Cara membuat air doa dan kegunaannya.

23. Tindakan ketika sudah habis ikhtiar merawat tetapi masih buntu.

24. Air hidup dan air mati.

25. Amalan dan bacaan menghindar bahaya dan mudarat haiwan2.


Bersambung ke pengajian siri kedua.


Sunday, November 3, 2024

Tiada Ilmu Tapi Bergaya Banyak Tahu

 Perbezaan antara zikr, zikrullah, lafaz zikr, dan lafaz zikrullah pun tidak tahu dan baru nak Gugel, tapi asyik bersibuk2 pertikai ulama2 terdahulu. Maka jadilah diri sendiri "ulama segera Gugle" dan "ulama share link". Inilah antara penyubur fitnah zmn akhir.

Tiga Kategori Setiap Vairez V6 Variez Dalaman

 

Setiap ajaran vairez V6 (6 vairez dalaman) ada 3 kategori :

1. Golongan yang cenderung. Mereka masih ASWJ.

2. Golongan yang arus perdana. Umat berkhilaf dalam menentukan kedudukan mereka. Akan sentiasa ada umat yang memandang mereka sebagai sudah terkeluar daripada ASWJ, dan akan sentiasa ada juga umat yang memandang mereka masih dalam ASWJ. Umumnya tidak ada satu keputusan yang tetap. Perbezaan pandangan ini tidak akan dapat diselesaikan kerana masing2 ada kayu ukur tersendiri. Salinglah meraikan.

3. Yang ekstrem. Mereka memang pasti terkeluar daripada ASWJ.


Tajdid Segar, Tajdid Sebenar


3/11/24

Himpunan Tazkirah Pendek Pak Long Abu, Nov 2024 (1)

 


1. Setiap nabi ingatkan umat tentang MrD. Rukunilah 4 sayap para anbia’ n waliyullah (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa’ah).


2. Zikrullah menyejukkan hati, mententeramkan jiwa, mencahayakan qalbu, dan menyucikan ruh.


3. Hendak mencapai maqam2 selepas ma’rifah (awwal ad-diin) itu tidak cukup dengan banyak maklumat, tapi kena juga dengan banyak tindakan dan perubahan.


4. Dalam keruhanian, orang2 muda mungkin lebih bersemangat, pantas & bertenaga, tapi biasanya orang2 lama lebih arif akan jalan dan destinasinya.


5. Dulu2 serigala2 yang buru dan makan kambing2. Kini, kambing2 pun sama2 buru dan makan kambing2 lain.


6. Dalam berdakwah, umumnya lebih banyak perancangan yang tidak berjaya berbanding yang berjaya. Jangan putus asa. Biasakan sahaja.


7. Ma’rifah dengan ‘aqal (al-iman) sudah terasa lazat. Ma’rifah dengan qalbu (al-ihsan) terlebihlah lazat.


8. Jika sesuatu tindakan itu tidak mendatangkan manfaat buat diri dan orang lain - tinggalkan.


9. Jika diuji-Nya, kita kembali kepada Dia, kepada ajaran agama, kepada peraturan2-Nya. Insya-Allah bantuan-Nya dekat. Janganlah kita bertambah jauh pula daripada semua itu.


10. Makin akhirnya dunia, makin banyak kepalsuan2 terbongkar dan makin banyak orang tersaring. Moga kita terus dipilih-Nya.


Himpunan Tazkirah Pendek Pak Long Abu, Nov 2024 (1)


Himpunan Tazkirah Pendek Pak Long Abu, JUN 2024 (3)

 

1. Kita mungkin bekerja kuat untuk agama tapi ke arah yang bertentangan (macam lawan tarik tali). Sebab itulah kita tidak ke mana2.


2. Raikan pemenang2 yang lain dan kita belajar daripada mereka. Bukannya kita sakit hati dan dengki dendam pula.


3. Ini punca belaka - iaitu bertolak-ansur dalam hal2 yang tidak sepatutnya dan pertahankan hal2 yang tidak sepatutnya.


4. “Duduklah” dengan sahabat, guru2, ilmu dan perkumpulan2 yang benar, yang tak punya kepentingan2 peribadi atau kepentingan pihak2.


5. Tanpa tindakan, apalah ertinya ilmu? Tanpa perubahan, apalah ertinya banyak tahu?


6. Syukur, Allah masih panjangkan umur kita agar dapat kita bertaubat, ditambah ilmu2, amal2 dan dinaikkan maqam2 di sisi-Nya.


7. Ilmu yang tak akan dapat di AI kan ialah ilmu2 al-ihsan tingkat tinggi, kerana ia bukan wilayah aqal dan maklumat tapi wilayah qalbu lagi tersirat.


8. Masa bulan Ramadhan kita dapat jaga hati, amal, mulut, mata, kaki dan tangan. Sampai sekarang masihkah bertahan? Atau dah hilang lalu sekadar jadi kenangan?


9. Insya-Allah kehadiran ke majlis ilmu itu dapat kasih sayang-Nya, pahala, ilmu, semangat dan persaudaraan. Kadang2 makan pun dapat.


10. Manusia banyak tapi tak semua sesuai dijadikan kawan. Kawan banyak tapi tak semua sesuai dijadikan karib. Pilih2 dan saring2lah dengan bijaksana.


Himpunan Tazkirah Pendek Pak Long Abu, JUN 2024 (3)


Himpunan Tazkirah Pendek Pak Long Abu, JUN 2024 (2)

 

1. Daripada kita mendengki, lebih baiklah kita mencontohi. Daripada kita hasad, lebih baiklah kita bersahabat dan bermuafakat.


2. Nak istiqamah amal? Biasanya kena istiqamah waktunya lebih dahulu. Apabila istiqamah waktunya, insya-Allah akan istiqamahlah amalnya walaupun sedikit.


3. Ambillah sesuatu ilmu itu daripada yang tahu atau yang lebih tahu, bukan daripada yang tiada tahu tapi buat2 ada tahu.


4. Kadang2... yang kita puji dan puja itulah yang berlepas tangan, sebaliknya yang kita benci itu pulalah yang menghulurkan tangan.


5. Umumnya sejauh mana pengajar memelihara adab dan akhlak ketika mengajar, sejauh itulah manfaat ilmu ditanam. Dan sejauh mana pelajar memelihara adab dan akhlak ketika belajar, sejauh itulah manfaat ilmu tertanam.


6. Raya Qurban? Sembelih dan korbankanlah sifat MENCINTAI keduniaan, hiburan dan bersenang2 yang ada dalam diri.


7. Begitulah jika masih percaya kepada rusa2 yang direkrut oleh singa2 untuk menjaga kebajikan rusa2 lain di seluruh padang.


8. Kadang2 kesembuhan itu tanpa bahan pun. Cukup dengan mengakui kesalahan, bertaubat n berusaha gigih buat pembetulan. Sudah banyak terbukti.


9. Pada zaman akhir ini, dengan hijab2 yang nipis sahaja pun manusia sudah buta akan kebenaran.


10. Kerja2 sampingan agama kurang orang minat sebab umumnya tak dapat duit, kena keluar duit, tenaga, korban masa rehat, masa bersenang2 dan masa berhibur.


Himpunan Tazkirah Pendek Pak Long Abu, JUN 2024 (2)


Zikir dan Lafaz Zikrullah Pun Tak Tahu Beza

 

Lebih kurang dua bulan yang lalu ada seorang hamba Allah yang berfahaman V6-4 (SW – salah satu daripada 6 vairez dalaman umat Islam) cuba mencuit2 sahaya untuk bercerita (sebenarnya hendak berbahas kerana sahaya sudah maklum akan ketaksubannya dengan aliran yang dianutinya) tentang masalah ZIKIR, katanya. Sebelum itu sahaya memang sesekali ada ternampak di Fbnya yang selalu berkongsi link, video, penulisan dan kata2 ORANG LAIN yang sebahagiannya MACAM berkaitan. Tapi penulisan dan huraiannya SENDIRI tidak ada pun. Entah difahamnya atau tidak apa yang dipegang atau yang ditolaknya itu, entahlah. Jika kita tidak ada ilmu dan sekadar hendak share link demi link, lebih baiklah berdiam sahaja. Hal ehwal agama bukan boleh dibuat2 pandai dan disebar2 begitu.


Kata sahaya, Sebelum kita sembang panjang lagi, encik tahu tak perbezaan antara zikr, zikrullah, lafaz zikr, dan lafaz zikrullah? Dan yang encik share di Fb selalu tu tentang yang mana satu? Dan yang encik hendak ajak saya berbincang ini tentang yang mana satu?


Hamba Allah itu pun terkebil2 sekejap. Kemudian dia buka telefon lalu mula mencari2 maksud istilah2 itu sebab ternampak dia menulis “zikir”.


Lalu sahaya pun berkata, “Tak mengapalah encik. Kita sembang hal lain sahajalah.”


Jelas! Benda2 ASAS macam itu pun baru hendak Google, tapi selama hari ini selalu sangat (jika sesekali biasalah) share dengan orang ramai link, video, poster dsb tentang HAL2 LANJUTAN dan PERTIKAIAN. Bukan sikit orang2 yang seperti ini. Bergurukan Google dan bermursyidkan internet lalu mendakwa, berkongsi dan menyebarkan itu ini tentang hal ehwal agama. Maka jadilah mereka “ulama sharing” atau “ulama link”. Sangat berbahaya untuk agama dan umat.


*Yang memang cybertrooper rasmi (berbayar atau tidak) dan yang tidak rasmi (sukarela), umumnya memang tidak dapat dbuat apa2 lagi kerana mereka tidak akan berfikir benar salah agama lagi melainkan menyebar sahajalah kerjanya.


3/11/24


Ilmu Allah Tidak Terhingga. Ilmu Kita Tiada Apa.

 

Luahan hati seorang hamba Allah : Demi Allah, saya rasakan Allah tu sangat sangat pilih kasih.

Saya tahu para kekasih Allah akan marah saya berkata begini dan mengatakan saya biadap. Tapi itulah hakikatnya.


Jawapan sahaya : Ilmu atau maklumat yang kita ada ini ibarat setitik air laut sahaja. Sedangkan ilmu atau maklumat yang Allah ada ibarat seluas2 lautan yang tidak ada tepi. Amat kecil ilmu/ maklumat yang kita tahu, berbanding dengan amat luasnya ilmu/maklumat yang Allah tahu.


Jadi, dengan ilmu/ maklumat kita yang tidak sampai setitik ini, tentunya kitalah yang tidak sepatutnya jika bersangka2 bahawa Allah pilih kasih. Contohnya, kita hanya tahu tidak sampai pun 0.0000001 peratus daripada keseluruhan cerita. Maka mana mungkin kita hendak mengatakan atau menghukum Allah sebegitu.


Contohnya macam sebuah novel yang setebal 70000 muka surat. Kita hanya mampu membaca satu ayat sahaja pada muka surat pertama. Yang selebihnya 70000 muka surat itu tidak dapat kita baca. Maka dengan maklumat sekecil satu ayat sahaja itu daripada keseluruhannya 70000 muka surat, kitalah yang tidak adil jika kita mengatakan penulis novel itu berniat tidak baik. Hal ini kerana kita hanya mampu membaca satu ayat sahaja daripada novel itu sedangkan 70000 mukasurat lagi tidak dapat kita baca.


Kita takut kekasih2 Allah berasa tidak senang atau marah kepada kita, dan kita lebih takut kalau2 Allah sendiri tidak senang dan marah akan kita. Apabila Allah murka, tidak mustahil Dia akan membuatkan kita lebih keliru dan lebih jauh daripada Dia. Namun jika kita terus bersangka baik dan menyayangi-Nya, Dia akan menyayangi kita dan tidak mustahil Dia akan menghuraikan segala kekeliruan serta semakin mendekatkan kita dengan-Nya. Kiat pilih yang baik2, insya-Allah akan dapat semakin banyak yang baik2.


Maka, kita sentiasalah bersangka baik dengan Allah Yang Maha Hebat lagi Maha Tahu Segala-galanya. Insya-Allah hati kita akan jadi tenang.

Terus yakin bahawa Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pengasih akan hamba2-Nya. Insya-Allah kita akan semakin mencintai dan merindui-Nya.

Terus yakin sepenuhnya bahwa amat luas ilmu-Nya dan amat teratur perancangan dan pelaksanaan-Nya. Insya-Allah kita akan kagum kepada-Nya dan berasa hidup kita sangat bererti.

Maha Hebatnya Allah sampaikan akal fikiran kita yang serba lemah lagi amat terhad ini tidak dapat mencapai untuk memahami kerja-kerja-Nya. Maka memang benarlah Dia Rabb, Maalik, Ilah. Memang benarlah Dia Ar-Rahmaan (Pemurah) dan Ar-Rahiim (Penyayang).


3/11/24

Perlukah Berbaiah Tarekat Ghazaliah?

 

Axxx Mxxxxxx bertanya : Apa Tarekat al-Ghozaliyyah perlu berbaiah?


Jawapannya :

1. Tidak sampai ke tahap PERLU.

2. Umumnya, amalan2 Tarekat Ghazaliyah semua sudah diniatkan sebagai diijazahkan kepada seluruh umat. Sesiapa yang tahu dan jelas akan amalan2nya, boleh terus beramal walaupun tanpa diijazahkan secara berhadapan dan tanpa berbai’ah.

3. Ijazah dan bai’ah hanya jadi kemestian kepada personel2 tertentu dalam TG ini seperti bakal wakil ijazah n bai’ah, mu’allim, mursyid atau syaikh sahaja.

4. Namun pengamal2 lain sangat digalakkan untuk diijazahkan secara berhadapan muka dan sangat digalakkan untuk berbai’at.


18/10/24

Saturday, November 2, 2024

Maksud Ular Kembali ke Sarang

 

Soalan : Apakah maksud “ular bermusafir kembali ke sarang (dalam ilmu as-sa'ah)?


Jawapannya : “Ular bermusafir pulang ke sarang” (rumusan daripada hadith Nabi) antara maksudnya ialah ilmu2 dan pemahaman agama yang semakin menjauhi manhaj R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama & sahabat2 utama yg lain) selama ini, kini beransur2 kembali kepada manhaj R4’S.


Oktober 2024

Tidak Berguru dan Belajar, Tiba2 Mengajar

 

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-iman, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal al-iman – amat berbahaya.

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-islam, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal al-islam – amat berbahaya.

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-ihsan, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal al-ihsan – amat berbahaya.

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-sa’ah, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal as-sa’ah – amat berbahaya.


Antara punca terbesar rosaknya pemahaman dalam 4 tungku agama atau 4 fardhu ad-diin ini kerana tidak berguru dan tidak belajar. Jika dikongsikan atau disebarkannya, akan merosakkan pula pemahaman orang lain.


Maka, berguru dan belajarlah ilmu2 yang kita belum berguru dan belajar, walau sehebat mana rupa kita, pakaian kita, kelulusan kita, kedudukan kita, keterkenalan kita, keturunan kita, kebangsawanan kita, kekayaan kita, pangkat kita, pengaruh kita, maqam kita, dan sebagainya.


1/11/24