Tuesday, June 21, 2022

Keringnya Tasik2 pada Zaman Akhir

 

Jangan hanya menanti

keringnya Tasik Galilee (Tasik Tiberias)

kerana tasik2 di tempat lain juga

tidak mustahil

ada yang habis kering

lebih dahulu.

Ada yang kering tetapi berair semula

dan ada yang kering selama-lamanya.

Kita bersibuk2 dengan tempat orang,

jangan dilupa tempat sendiri.


Tungku as-sa'ah

penuh misteri.


- Halaqah usrah 29/5/22

Apabila Orang2 Terasing Berganding Bahu

 

Orang2 ghuraba itu

sangat kecil jumlahnya

lagi begitu terasing.

Mereka terpandang lemah,

hina, tiada apa2nya,

dan sekadar di pinggiran.


Tetapi suatu hari nanti

apabila orang2 ghuraba itu bangun

dan saling "berpegangan tangan",

kesannya amat hebat lagi dahsyat,

jauh mengatasi orang banyak.


Akhir zaman sudah lama bermula

tetapi zaman akhir baru sahaja.

Tungku as-sa'ah

penuh rahsia.


- Halaqah usrah 29/5/22

Fitnah Mr D dan Kaitannya dengan Tungku Agama ke-4

 

Fitnah Mr D

iaitu fitnah yang terbesar

dalam sejarah umat manusia itu

TERLALU HALUS

sehinggakan

ramai yang terjebak sejak awal itu

ialah orang2 yang banyak berkata2 tentangnya,

yang banyak mengingatkan tentangnya,

yang selalu kelihatan berkobar2 mahu menentangnya,

dan yang diharap2 akan menjadi frontliner

untuk berhadapan dengannya.

Jika tidak, bukanlah fitnah terbesar namanya.


Empat tungku ad-diin

dalam hadith Jibril itulah

lawannya

khususnya tungku yang ke empat.

Pastikan yang bersanad.


- Halaqah usrah 29/5/22

Khabar Kematian Demi Khabar Kematian

 

Dulu2... sesekali sahaja mencatat kematian orang2 yang kita kenal dan orang2 itu pun kenal kita (saling mengenal). Apabila dibuka semula diari2 lama, beberapa bulan sekali baru ada tercatat kematian individu tertentu. Biasanya orang-orang yang sudah tua. Sesekali baru ada nama orang-orang muda. Itu... dulu.


Namun tahun ini, bermula Januari dan lebih2 lagi sejak bulan Mac lalu, sekiranya betul2 dibuat catatanlah, jika bukan setiap hari pun boleh dikatakan selang sehari dualah... ada sahaja orang2 yang dikenal dan mereka pun kenal sahaya - sudah kembali ke rahmatullah. Banyak pula dalam kalangan mereka ialah orang-orang yang kita sangat tidak sangka akan meninggal dunia kerana masih mudanya mereka dan berlaku secara sangat tiba-tiba.


Hal ini merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dahulu (kepada sahayalah, kerana kepada sebahagian orang lain mungkin biasa sahaja bagi mereka terutamnya perawat2 yang lebih aktif daripada sahaya). Rasa sedihnya melihat nama2 mereka pada diari berada di serata hari dalam sesuatu bulan.


Dulu2... kenalan masuk ICU pun kita catat, kenalan kena strok kita catat, kenalan kemalangan lalu patah kaki kita catat... tapi sekarang tak sempat dah nak tulis dan kurang ruang pun dalam diari kecil kita. Tentunya kita akan catat hal-hal yang lebih atas lagi daripada itu. Dan lama-kelamaan mungkin kita pun akan semakin lali kerana kerapnya berlaku hinggakan kita pun sudah kurang mencatat kematian kenalan lagi.


16/6/22

Projek Sampingan Tarekat Ghazaliyah

 

Antara dapatan daripada program Ziarah & Ta'im Tarekat Ghazaliyah sehingga siri ke-4 yang lalu dan tindak susulnya.......


Ilmu Tarekat Ghazaliyah ini berada dalam tungku ketiga daripada 4 tungku ad-diin dalam hadith Jibril iaitu tungku ihsan (atau tungku tasawuf). Inilah sebenar-benar Tariqah Ghazaliyah SECARA KHUSUSNYA. Namun begitu ia turun bersama-sama dengan 3 lagi ILMU SAMPINGAN (menjadikan 4 kesemuanya) yang sekadar sebagai ILMU PENGIRING kepada Tariqah Ghazaliyah iaitu ilmu 'aqidah, ilmu as-sa'ah (tentang zaman akhir) dan ilmu tentang alam (bukan ilmu geografi).


Ilmu dan sukatan pelajaran Tarekat Ghazaliyah ini ringkas kata masih sama keadaannya sebagaimana pada zaman pengasasnya Hujatul Islam Imam al-Ghazali sampailah ke hari ini tanpa sebarang penambahan atau pengubahsuaian walaupun sedikit. Untuk memelihara keasliannya, tidak dibenarkan dibuat sebarang perubahan. Sebab itulah ia masih sama sahaja sebagaimana yang ada pada zaman pengasasnya hampir 1000 tahun yang lalu.


Namun begitu, dalam usaha untuk memasyarakatkan orang sekeliling umumnya dan khususnya sebagai wadah pertemuan sesama para pengamal Tarekat Ghazaliyah (kerana Tarekat Ghazaliyah ini tidak punya sebarang majlis atau pertemuan berjadual), guru-gurunya ada membuat aktiviti atau projek sampingan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa. Aktiviti ini bukan daripada Tarekat Ghazaliyah sendiri dan TIDAK BERADA DALAM SUKATAN TARBIAH Tarekat Ghazaliyah melainkan sekadar pengkayaan atau sesuatu yang bernilai tambah sahaja.


Contohnya :

  1. Syeikh Muhammad bin Abdullah pada zamannya mengadakan dua aktiviti iaitu bacaan Maulid Diba'i pada malam Isnin dan bacaan Maulid Barzanji pada malam Jumaat, pada setiap minggu. Terbuka untuk semua orang walaupun yang tidak bertarekat Ghazaliyah.

  2. Muridnya iaitu Kiai Salleh Gunung Pondok - mengadakan Maulid Diba'i biasanya sebulan satu atau dua kali. Terbuka untuk semua orang.

  3. Murid kepada Kiai Salleh iaitu Ustaz Abdulah Khandak - mengadakan kelas seni tempur, mengikut kelapangannya dan biasanya 2-3 kali seminggu. Tawaran awal dibuat terbuka untuk semua orang tetapi yang dilatih tentunya hanya mereka yang berminat menjadi murid dalam seni tempur sahaja (yang berminat untuk beri komitmen sahaja).

  4. Murid kepada Ustaz Abdullah iaitu Ustaz Muhammad Salleh Abdul Rahman (iaitu guru kepada al-faqir) - mengadakan bacaan Surah Yaasin seminggu sekali. Terbuka untuk semua orang.

  5. Murid kepada Ustaz Muhammad Salleh iaitu al-faqir sendiri - belum mengadakan sebarang aktiviti sampingan dan al-faqir bercadang untuk membuat halaqah usrah TASAWUF sekali dalam sebulan. Undangan awal terbuka untuk semua orang tetapi yang dapat dilibatkan tentunya hanya mereka yang berminat untuk berada dalam halaqah usrah.


Al-faqir akan cuba melaksanakannya di Trong dan Taiping lebih dahulu. Setelah agak lancar dan mantap nanti, mungkinlah baru kita kembangkan ke tempat2 lain.


9/6/22

 

...untuk ijtima' tahunan kali ke-4 pula, setakat ini masih belum dapat bayangan lagi walaupun ramai ikhwah Ghazaliyah yang mahukannya. Nak kena fikir banyak n panjang lagi. Insylh nanti dah lapang2 sikit baru mula merancang2 :)

 

Bijaksana Memilih dan Mendahulukan

 

Masa itu sedikit

dan tempoh hayatmu pendek,

sedangkan kerja2 pada jalan-Nya itu banyak.

Maka bijaksanalah dalam memilih dan mendahulukan

yang penting2 berbanding yang tidak penting,

dan yang lebih penting berbanding yang penting2,

wahai diriku sendiri.


9/6/22