Saturday, March 28, 2020

Sedikit Pembetulan untuk Kuliah Khas Soal Hati

Hari tu dalam salah satu rakaman Kuliah Khas Soal Hati untuk salah satu group Halaqah Usrah Al-Mahabbah, ada satu ralat yang ditegur oleh seorang sahabat saya. Hari ini baru teringat. Sudah 2-3 bulan juga rasanya.

Kesilapan tersebut adalah saya tersebut 3 tungku agama (Islam, Iman, Ihsan) itu sebagai "fardhu kifayah". Sebenarnya fardhu 'ain.

Sekiranya tuan2 ada terserempak dengan satu kesilapan tersebut, harap maklum ajelah bahawa sebenarnya saya tersilap cakap ketika itu.

Terima kasih semua khususnya kepada sahabat saya yang menegur itu.

Tuesday, March 24, 2020

Pencerahan Ringkas (5)


Soalan : Kita dah lama kenal. Mengapa ustaz tak pernah ajak saya untuk berTarekat Ghazaliyah?

Jawapan : Memang sudah menjadi adab dan budaya dalam Tarekat Ghazaliyah, ikhwannya memang tidak mempelawa orang lain, melainkan orang itu sendiri yang secara ikhlas dan sukarela mahu berTarekat Ghazaliyah. Maksudnya kita tak akan buka mulut langsung. Lagi pula, tarekat ini tidak bermatlamat untuk mengumpul ahli atau meramaikan pengikut. Umumnya isi pelajaran tarekat ini disebarkan secara begitu sahaja kepada umum. Jadi, bukanlah tak mahu mengajak, tetapi sudah adabnya begitu.

Pencerahan Ringkas (4)


Soalan : Ustaz memang suruh anak isteri pakai purdah ke?

Jawapan : Tak. Saya suruh isteri dan anak pakai tudung labuh je. Pakai purdah tu kerana mereka sendiri yang memang hendak pakai.Maka, saya pun bertambah sukalah :)

Monday, March 23, 2020

Pencerahan Ringkas (3)


Soalan : Saya juga sudah lama ingin bertanya. Setiap kali ustaz memakai serban pasti ada 3 line diserban itu. Biasanya ahli Arqam yg memakai begitu. Apakah ustaz dahulu pengikut Arqam?

Jawapan : Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya memang lebih banyak memakai (3 helai) serban yang ada beberapa garisan berwarna ( 6 atau 13 garisan) di bahagian hadapan dan di hujungnya. Saya berserban sejak tahun 1998-99. Saya paling suka memakai serban berwarna hitam. Tapi kini kedua-dua helai serban hitam saya sudah koyak, maka jarang-jaranglah saya pakai.

Saya bukan pengikut atau bekas pengikut jemah Darul Arqam. Pada zaman Al-Arqam itu, saya masih pelajar sekolah. Tetapi saya memang rapat dengan mereka pada sekitar tahun 1998-2002 (lebih kurang). Ketika itu mereka sudah tidak menggunakan nama Darul Arqam lagi tetapi menukarkannya kepada nama Rufaqa’.

Serban bergaris itu sebenarnya ialah selendang (syaul), tetapi saya jadikan serban. Ia tidaklah sama dengan serban yang dipopularkan oleh Darul Arqam dulu. Corak, ukuran dan jenis kainnya berlainan.

Kesimpulannya, saya bukan pengikut atau bekas pengikut jemah Darul Arqam.