Sunday, January 28, 2018

Puisi : Matlamatmu

Jannah yang seluas langit dan bumi.
Alangkah luasnya.......

Terdapat di sana
nikmat-nikmat agung
berupa
sofa kemalaikatan dan taman kehayawanan.

Bagi para pengendera sayap kerohanian
jangan sia-siakan sayap ilusimu itu
dengan bermatlamat untuk
 terbang ke taman-taman sahaja.
Berusahalah untuk bermatlamat
menjelajah alam sofa kemalaikatan.

Bagi para pendahaga cinta Ilahi,
untuk menghilangkan haus qalbumu,
tetapkan matlamatmu untuk meminum air Tasnim-Nya,
tidak sekadar campuran Tasnim.

Di halaman para abrar sangat bagus.
Di puncak menara para muqarrabin
 terlebih bagus.


 Abu Zulfiqar
28 Januari 2018

Jalan2 Ghazaliyyah (siri ke-6)

Bergerak dari Trong, Perak.

Tiba di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

Lokasi yang menarik.

Lata Jin. Ada berani?

Tenang dan damai di persekitaran.

Latihan memanah.


 Surau pun cantik.

Sembang2 di surau.

Bakar, bakor, bakaq. Betul belaka. :)
Yang penting, masuk ke mulut, sampai ke perut :)
Yang lebih penting, tidak lupa akan Allah.


 Makan malam. Terbaik. Alhamdulillah, syukur.


Kuliah Subuh. Pengisian Tariqah Ghazaliyyah.


Lata Lang.

 Tempat memang cantik.

 Sifu Faisal tidak jemu2 memberi tunjuk ajar.

Sifu-sifu dok perati je :)


Tuan guru memanah beraksi.

Abang sado.




Tuan pendekar.


Mandi di Lata Jin.

Murtabak terbaik Jerantut. Mesti cuba try test uji tengok. Tu dia. Daging sesaje isinya :)

Kawasan pelancongan lagi bersejarah Gua Kota Gelanggi.



Ada beberapa gua dengan nama tersendiri. Gua Tongkat, Gua Terang Bulan, Gua Balai dan lain-lain.

Gua Balai. Seminggu sebelumnya jadi lokasi penggambaran filem.

Dalam perjalanan pulang, sempat singgah lokasi bersejarah Sultan Bersyeikh Diri.

Insya-Allah jumpa lagi.


Saturday, January 27, 2018

Jalan2 Al-Ghazaliyyah (siri ke-5)

Bergerak dari Trong, Perak... Abu Zulfiqar dan Ibn Sufyan

Di Segamat, Johor

Bertemu ikhwan Tariqah Ghazaliyyah dari Pahang


Masjid di Jempol.

Teratak Za'ba, Negeri Sembilan









Hutan Lipur Ulu Serting



Masjid Simpang Pelangai, Pahang.

Bertemu sahabat seperjuangan dalam ilmu perbandingan agama, Bentong, Pahang.


Engkau Malu dengan Islam?

Hendak buat baik… engkau malu (malu tidak bertempat).
Engkau berasa malu jika orang terperasan yang engkau sedang berusaha menjadi baik.

Hendak buat kerja-kerja untuk agama… engkau malu.
Engkau berasa sangat malu jika orang tahu yang engkau memang buat kerja-kerja untuk agama.

Hendak tunjukkan engkau seorang Islam… malu juga.
Fikirmu… kalau boleh, ketika engkau berada dalam kalangan bukan Islam, biarlah tidak ketara sangat yang engkau itu seorang Islam. Biar tidak terserlah keMuslimanmu. Biar nampak lebih kurang sama dengan yang bukan Islam.
Engkau berasa “malunya….” jika orang-orang bukan Islam terperasan akan identitimu sebagai seorang Muslim.

Hendak tunjukkan (bukannya menunjuk-nunjuk) yang engkau sedang berusaha menuju ke arah menjadi orang2 soleh… malu juga.
Engkau berasa segan jika orang ramai tahu yang engkau sedang berusaha untuk soleh fikiran, soleh perkataan dan soleh perbuatan.
Tetapi engkau berasa ‘cool” jika orang melihat dirimu seperti orang2 selain orang soleh.

Hendak tunjukkan yang engkau memang mahu dan sedang berusaha untuk mencontohi Rasulullah saw dalam segenap aspek kehidupanmu… malu juga.
Engkau malu betul jika orang ternampak yang engkau sedang berusaha untuk mencontohi Rasulullah saw.

Engkau malu dengan Islammu?
Engkau malu dengan Rasulmu?
Engkau malu dengan Ilahmu?

Bukankah sepatutnya engkau berbangga (bukannya berbangga-bangga) dengan ketinggian dan kemulian itu semua?

Jangan takut, katakan dan usahakan : “Saya mahu dan sedang berusaha untuk berbuat baik, saya seorang pekerja pada jalan agama, saya seorang Muslim, saya mahu dan sedang berusaha untuk jadi sebagaimana orang2 soleh, dan saya sedang berusaha untuk mencontohi Rasulullah saw dan para sahabatnya dalam segenap aspek kehidupan saya.”


Tazkirah FB Abu Zulfiqar no. 336 (Januari 27, 2018)

Saturday, January 6, 2018

Laporan Jalan2 Ghazaliyyah siri ke-4

Ikhwan di Shah Alam.

Ikhwan di Bangi.

 Ikhwan Cheras. Baru pulang 4 bulan India Bangladesh.






Bertemu sahabat2 seumrah di Sendayan, Negeri Sembilan.


Bertemu sahabat2 di Seremban. Terlupa nak bergambar sekali.

Kemudian bertemu sahabat di Sungai Udang, Melaka. Terlupa juga nak bergambar sekali.

Ikhwan Ghazaliyyah Melaka, brother Stephen Lim Abdullah. 


Dua orang ikhwah Tariqah Ghazaliyyah.... Pantai Puteri, Melaka.


 Johor

Bersama2 ikhwan Ghazaliyyah Singapura.. di Skudai. 

 Singgah ziarah saudara-mara di Yong Peng, Johor.

Dalam perjalanan pulang ke Taiping, singgah Kota Lukut, N. Sembilan.

Tinggalan Kota Lukut.

 Dari atas bukit lokasi Kota Lukut.