Ketika tulisan saya menyentuh
6 Virus Dalaman [Syiah, Salafi Wahhabi,
SIPLISISME (Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme), ajaran-ajaran sesat, Ahmadiyyah
Qadiyani, dan Anti-Hadith], seornag hamba Allah memberikan komen.
HAMBA ALLAH MENULIS :
Salafi adalah sebahagian umat
Islam, kenapa mesti bertempur sesama Muslim sedangkan golongan sekular dan
Nasrani sedang membajak (menyerang dan berusaha menjajah) Indonesia...Mengapa
tak habis-habis berselisih tajam dalam masalah khilaf?
PENJELASAN SAYA :
Itulah, isu khilaf dah ratusan
tahun didebat, hasilnya... tetap khilaf. Kalau masih didebat juga hari ini,
lagi ratusan tahun pun keputusannya... tetap khilaf. Sangat membuang masa dan
menguntungkan musuh-musuh Islam. Memang itu yang dimahukan oleh musuh-musuh
Islam pun. Kaum yang bijak, tak sibuk-sibuk dah isu khilaf ni.
Penyelesaiannya sangat mudah,
sebelum kita menuruh orang yang meronta menangis berhenti meronta menangis,
kita mesti suruh orang yang memukul berhenti memukul terlebih dahulu. Jadi,
puak Salafi Wahhabi mestilah berhenti terus daripada menyebarkan isu-isu khilaf
kepada masyarakat, maka kaum ASWJ Arus Perdana juga akan turut berhenti
pertahan diri/menyerang kembali. Selesai masalah.
Kita tidak menolak dan
menentang Sekular dan Nasrani sahaja, tapi kesemua 6 Virus Dalaman (termasuk
Salafi Wahhabi) dan semua Virus Luaran (termasuk Nasrani).
Sebenarnya umat Islam boleh
maju, boleh aman, boleh masuk syurga dan lain-lainl walaupun tanpa kewujudan
fahaman Salafi Wahhabi. Mewujud dan mengekalwujudkan sesuatu yang tiada manfaat
adalah perbuatan sia-sia. Oleh itu, sangat moleklah jika kesemua 6 Virus
Dalaman itu dihapuskan. Wallahua’lam.