Saturday, August 28, 2010

Ilmu Rawatan dari Syeikh Wahabi. Bolehkah?

PERTANYAAN :

Salam, tuan ustaz. Saya ingin bertanya berkenaan rawatan-rawatan rukyah syariah yang dipelopori oleh perawat yang bersanad ijazah ‎kepada sheikh WAHABI, apakah ada dicemari jin tanpa disedari dalam rawatan mereka?‎


Dewasa ini, di malaysia ini, ramai perawat yang mengambil ilmu rawatan dari sanad dan kaedah sheikh WAHABI melalui banyaknya ‎seminar-kursus yang diadakan hampir setiap bulan oleh murid-murid Wahid Salim Bali dari Mesir,

Muridnya yang menganjurkan kursus akui bahawa Wahid Salim Bali itu sheikh WAHABI (ceramahnya di youtube) namun mereka ‎CUMA ambil ijazah, sanad dan kaedah rawatan rukyah saja bukan akidah WAHABI, bolehkah begitu?‎

Alhamdulillah dan terima kasih,


Hadi

August 15, 2010 6:05 PM


PENJELASAN SAYA:

Wlksm Encik Hadi,

Sefaham saya, para perawat yang berfahaman Salafi Wahabi biasanya antara golongan yang paling keras menolak penggunaan jin dalam rawatan mereka, dan dalam apa hal jua pun. Sekiranya ada seorang dua yang menggunakan jin, hal itu berupa kes-kes terpencil.

Kaum Salafi Wahabi sangat mengambil berat tentang bacaan-bacaan dan amalan-amalan yang mereka praktikkan. Sekiranya tidak ada sandaran yang sahih, biasanya mereka tinggalkan. Sandaran yang hasan dan dhaif pun biasanya mereka tak pakai.

Berbeza dengan pemahaman kaum ISLAM JAMAAH (yang berpegang kepada MAJORITI ULAMA, sebagaimana fahaman yang saya dan anda pegang, iaitu fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah), kita percaya akan sandaran yang hasan dan tidak meninggalkan terus sandaran yang dhaif.

Ringkasnya, rawatan-rawatan ruqyah syariyyah yang dipelopori oleh perawat yang bersanad ijazah ‎kepada sheikh WAHABI, insyaallah tidak melibatkan jin.

Berdasarkan pengetahuan saya yang dhaif ini, umumnya amalan-amalan untuk merawat dan kaedah rawatan Syeikh Wahid Salim Bali tidaklah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dia menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan kaedah-kaedah yang memang boleh diamalkan oleh kaum Islam Jamaah.

Dalam fahaman Salafi Wahhabi ini, ada perkara yang benar, dan ada yang salah. Yang benar daripadanya kita sokong, yang salah daripadanya pasti kita tolak. Kita tidak terima kesemuanya, dan tidak juga mengakui kesemuanya. Hal ini ada ditegaskan dalam saranan-saranan Dakwah Tajdid Segar.

Dalam kes pegangan Syeikh Wahid Salim Bali (jika benar dia seorang Salafi Wahhabi), mengamalkan ayat-ayat, doa-doa dan kaedah-kaedah rawatannya tidaklah menjejaskan pegangan kita sebagai seorang Islam Jamaah. Begitulah pandangan saya. Yang perlu kita tolak ialah fahamannya yang salah dari sudut akidah (yang benar- tetapi tidak kita tolak) dan penentangannya kepada beberapa pegangan Islam Jamaah (seperti isu Maulidurrasul, Sifat 20, tariqat, terawih 20 rakaat, bacaan Yaasin malam Jumaat, kaedah rawatan, zikir beramai-ramai lepas solat fardhu dan sebagainya). Saya tidak / belum nampak yang bacaan-bacaan dan kaedah-kaedah yang diamalkan oleh Syeikh Wahid ada bertentangan dengan fahaman Islam Jamaah. Sekiranya ada, insyaallah saya akan buat nota tambahan di kemudian hari pada jawapan saya ini, sebagai menunjukkan ketidaksetujuan saya.

Kita sedia maklum, Darussyifa’ (Dr, Haron Din), Darussalam (Ustaz Ismail Kamus), Akrine (Ustaz Abdul Majid) dan lain-lain pusat rawatan/ perawat yang berfahaman Islam Jamaah sering memetik tulisan Syeikh Abdul Wahid Salim Bali dalam tulisan-tulisan mereka sebagai rujukan.

Berdasarkan maklumat yang anda beri, jelas menunjukkan murid-murid Syeikh Wahid yang mengajurkan kursus itu tidak terpengaruh pun dengan fahaman Salafi Wahhabi si Syeikh Wahid.

Yang kita ambil daripada Syeikh Wahid hanyalah:

1. Ayat-ayat Al-Quran yang dia guna untuk membenteng diri dan merawat.

2. Bacaan-bacaan/ doa-doa yang diamalkannya untuk membenteng dan merawat.

3. Cara dia merawat.

Saya melihat ketiga-tiga perkara ini tidak ada kaitan dengan fahaman Salafi Wahhabi si syeikh dan tidak bertentangan dengan fahaman Islam Jamaah.

Kesimpulannya, boleh saja ambil APA YANG BENAR daripada sesiapapun. Cuma kita nasihatkan kepada umat Islam yang mahu berguru kepada mereka yang berfahaman Salafi Wahabi, belajarlah perbezaan fahaman Salafi Wahhabi dengan fahaman Islam Jamaah terlebih dahulu supaya tidak ‘tergelincir’. Kita ambil ilmu yang tidak bertentangan dengan fahaman Islam Jamaah sahaja daripada kaum Salafi Wahhabi itu.

Begitulah pandangan saya.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar

28 Ogos 2010


Saranan saya:


1. Para perawat yang berfahaman Islam Jamaah kan ramai? Ambil saja ilmu daripada mereka. Dengan cara ini, kita tidak was-was lagi.

2. Tidak perlu perawat mencanangkan sanad mereka kepada Syeikh Wahid Salim Bali. Kalau mahu sebarkan ilmu, sebarkan saja.


Tuesday, August 24, 2010

Lensa Abu Zulfiqar 8






Saya tidak ada ilmu fotografi. Sekadar mengambil gambar pada waktu santai.

Friday, August 13, 2010

Selesaikan Permasalahan Ikut PERATURAN bukan PERASAAN

Cubalah selesaikan permasalahan MENGIKUT PERATURAN (adab-adabnya, langkah-langkahnya, kronologinya, prosedurnya), bukan MENGIKUT PERASAAN.

Menyelesaikan permasalahan MENGIKUT PERATURAN, insyaallah segala permasalahan berjaya dirungkai satu-persatu, memuaskan hati semua pihak dan beroleh keputusan yang terbaik... insyaallah. Ia juga membuatkan syaitan-syaitan kecewa dengan hebatnya.

Menyelesaikan permasalahan MENGIKUT PERASAAN (semangat yang berkobar-kobar, terburu-buru, tidak usul periksa dengan mendalam dan membelakangkan prosedur), permasalahan akan semakin kusut, berpanjangan, menyusahkan banyak pihak... dan membuatkan syaitan-syaitan melompat kesukaan.

Saranan Dakwah Tajdid Segar - cuba cari jalan penyelesaian kepada apa jua masalah dengan MENGIKUT PERATURAN & PROSEDUR, bukan MENGIKUT SEMANGAT & PERASAAN.

Thursday, August 5, 2010

Hotel Seri Malaysia Ipoh JUN 2010


Mana lee kura-kura tadi?
Adik dah sembelih buat panggang dah!




Semua ikan sayangkan saya : )


Aduh... badan ana sudah lebih 65 kilo... 'bertubuh' kata orang. Nak kena jogging nih.

Lensa Abu Zulfiqar 7


Pulang dari RFC Sungai Petani menuju Taiping. Pada mulanya ingatkan peta Semenanjung Tanah Melayu terbalik, tapi sebenarnya lebih menyerupai sebelah sayap yang sangat besar. Kebetulan baru sahaja beberapa minggu sebelumnya bicara tentang sayap malaikat Jibril yang menutup ufuk ketika mengkuliahkan kitab Kifaayatul Muhtaaj. Saya dan isteri berasa gerun melihat gambaran ini. Sayap Jibril tentunya jauh lebih besar. Patutlah Rasulullah pun pengsan melihat rupa asal Jibril. Pada bahagian bawah tu nampak macam kepala burung. Padanlah dengan sayapnya.


Tak berapa lama kemudian, muncul sayap sebelah lagi. Sayap awal tadi sudah berubah bentuknya kerana pergerakan awan. Ya Allah... lebih besar lagi sayap yang ini! Lihat sebelah kiri gambar. Sekali sayap seperti ini menghempas/ memukul bumi, mahu luluh lantak dibuatnya seluruh negeri Kedah


Ketika ini langit gelap, angin separuh ribut dan suasananya betul-betul menggerunkan.


Satu formasi awan yang menarik.


Waktu pagi, arah belakang rumah.

ps: Saya memang tidak ada ilmu dalam fotografi, cuma saya suka mengambil gambar dan menghayati kebesaran Allah. Gambar-gambar yang saya 'shoot', memang semua 'out' daripada kayu ukur fotografi : )