Sunday, August 11, 2024

Sejarah Ringkas Sultan Ahmad Sanjar

 

Sultan Ahmad Sanjar ialah salah seorang pemerintah kerajaan Seljuk. Baginda dilahirkan pada tahun 1086 dan meningal dunia pada tahun 1157. Usianya panjang sehingga mencapai 70 tahun. Bagindalah sultan Seljuk yang paling lama memerintah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Malik Shah dan adik kepada Sultan Muhammad Tapar.


Iktibarnya di sini, kita mohonlah kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar kita dipanjangkan umur dalam perjuangan, keimanan, ketaatan, keteguhan hati, kesihatan badan, dan kecintaan kepada-Nya.


Ada satu hal yang menarik. Sememangnya nama Ahmad dan Muhammad sangat mesra dengan Tariqah Ghazaliyah.

Nama Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad.

Nama adiknya ialah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad.

Muhammad ialah nama Sultan Muhammad Tapar.

Ahmad ialah nama adiknya Sultan Ahmad Sanjar.

Muhammad ialah nama Ibnu Tumart.

Muhammad ialah nama Syeikh Muhammad bin Abdullah, orang Nusantara yang mula2 membawa Tariqah Ghazaliyah yang sudah dizahirkan ke Nusantara ini.


Hubungan Sultan Ahmad Sanjar dan Imam al-Ghazali


Mursyid kepada Sultan Ahmad Sanjar dalam Tariqah Ghazaliyah ini ialah Imam al-Ghazali sendiri. Sultan Ahmad Sanjar pernah memohon kepada Imam al-Ghazali agar gurunya itu mahu menjadi penasihatnya dalam keagamaan dan pemerintahan di wilayah Khurasan, sebagaimana suatu ketika dahulu Imam al-Ghazali pernah memegang posisi itu ketika berkhidmat dengan bapanya Sultan Malik Shah. Imam al-Ghazali jadi serba salah namun akhirnya menolak tawaran itu dengan baik. Hal ini kerana al-imam sudah punya peranan2 lain yang lebih penting untuk agama dan umat.


Sebagaimana bapanya iaitu Sultan Malik Syah dan abangnya Sultan Muhammad Tapar yang memuliakan guru, sebegitulah juga adab Sultan Ahmad Sanjar. Mereka sentiasa dahagakan tunjuk ajar sekalipun mereka adalah raja2. Hal ini kerana Imam al-Ghazali mentarbiahkan kepada mereka bahawa agama Islam itu ad-diin, bukan sekadar ilmu dan amal ibadah sahaja. Ad-diin adalah lebih meluas skopnya dan meliputi seluruh aspek kehidupan.


Perjuangan dan Pengorbanan Sultan Ahmad Sanjar


Setelah bapanya iaitu Sultan Malik Shah mangkat, wilayah kerajaan Seljuk terbahagi dua antara Sultan Ahmad Sanjar dan abangnya Sultan Muhammad Tapar. Sungguhpun begitu, pengaruh Ahmad Sanjar adalah lebih kuat. Setelah kemangkatan abangnya, bolehlah dikatakan bahawa Sultan Ahmad Sanjarlah pemerintah sebenar seluruh kerajaan Seljuk.


Pertembungan antara Sultan Ahmad Sanjar dan Kaum Hasyasyin


Puak Hasysasyin atau Assassins merupakan satu pertubuhan sulit penganut ajaran Syiah. Ajaran mereka jauh lebih ekstrem yang dikenali sebagai Batiniyah. Mereka mempunyai pendakwah2 yang handal berpidato di tengah2 masyarakat. Mereka juga mempunyai pasukan tentera gelap yang amat terlatih lagi kejam. Selain itu mereka sangat mahir dalam kerja2 intelijen dan penyamaran. Aad sahaja orang2 mereka yang menyamar dalam istana2 kerajaan Seljuk tetapi tidak dapat diketahui identitinya. Pemimpin utama mereka ialah Hasan Sabbah. Para pembunuh daripada kaum Hasyasyin ini mahir dan terkenal dengan sejenis pisau yang dikenali sebagai pisau belati Hasyasyin. Intelijen puak Hasysasyin inilah yang telah membunuh perdana menteri lagenda kerajaan Seljuk yang menjadi kesayangan Imam al-Ghazali iaitu Nizam al-Mulk. Sebahagian pihak percaya bahawa puak Hasyasyin terlibat juga dalam pembunuhan Sultan Malik Shah ketika baginda sedang pergi berburu.


Pada suatu hari, Sultan Ahmad Sanjar terjaga dan melihat ada pisau puak Hasyasyin di sebelahnya bersama-sama dengan sekeping nota. Nota itu daripada Hasan Sabbah, pemimpin utama pertubuhan gelap puak Batiniyah iaitu Hasyasyin atau Assassins. Hasan Sabah meminta gencatan senjata diadakan antara kaum Hasyasyin dan kerajaan Seljuk, memandangkan sudah puluhan tahun mereka bertempur, sejak zaman Sultan Malik Shah lagi. Menurut Hasan Sabah, kaum Hasysayin tidak akan mengganggu kerajaan Seljuk lagi dan kerajaan Seljuk juga jangan mengganggu mereka lagi.


Dipendekkan cerita, Sultan Ahmad Sanjar pun bersetuju. Hal ini kerana pertubuhan sulit kaum ajaran Batiniyah itu memang sukar hendak dihapuskan. Mereka juga sangat berbahaya kerana orang2 mereka ada sahaja yang menyamar dalam istana2 kerajaan Seljuk. Maka lebih baiklah sultan mengecilkan jumlah musuh2nya agar baginda dapat lebih fokus kepada musuh2 yang lain.


Dalam usaha untuk mengekalkan dan memajukan kerajaan Seljuk, Sultan Ahmad Sanjar terlibat dalam banyak peperangan dengan pelbagai pihak. Baginda selalu mendapat kemenangan. Namun pada tahun 1141, Sultan Ahmad Sanjar dan tentera Seljuk berhadapan dengan tentera Kerajaan Westren Liao, salah satu cabang keturunan Monggol. Ketika itu kerajaan Western Liao baru naik dan berusaha menguasai barat laut negara China, selatan Rusia dan sebahagian Khurasan.


Dalam peperangan ini, tentera Seljuk buat pertama kalinya mengalami kekalahan malah kalah teruk. Sultan Ahmad Sanjar sendiri terselamat hanya dengan beberapa belas orang askar elitnya sahaja. Salah seorang isteri Sultan Ahmad Sanjar turut ditawan pihak musuh. Permaisuri yang bernama Turkan Hatun ini ditebus oleh Sultan Ahmad Sanjar dengan bayaran yang sangat besar iaitu sebanyak 500,000 dinar. Jumlah itu pada hari ini lebih kurang RM840 juta. Ratus ribu dinar lagi dikeluarkan untuk membebaskan tawanan2 penting yang lain. Sejak itu kerajaan Seljuk mula mengalami kemunduran.


Pada tahun 1153 pula, tanpa diduga tentera Sultan Ahmad Sanjar kalah mengejut dalam peperangan dengan satu suku kaum Turki iaitu puak Ghuzz Turk. Baginda dan permaisurinya sendiri ditawan selama 3 tahun. Kemudian dengan kuasa Allah, baginda dapat melepaskan diri. Namun setahun kemudian baginda pun mangkat dalam usia 70 tahun. Selepas kemangkatannya, kerajaan Seljuk semakin melemah dan akhirnya runtuh lalu digantikan oleh kerajaan Zangki di Syam. Kisah kerajaan Zangki akan kita bentangkan selepas ini.


Kesimpulannya


Usianya yang panjang membuatkan Sultan Ahmad Sanjar melalui lebih banyak cabaran hidup. Namun kebaikan2 baginda yang sangat bagus untuk kita contohi adalah kekuatan keagamaannya, keteguhan hatinya, perjuangannya, kepekaannya terhadap masalah2 agama dan umat, pengorbanannya, sikapnya memuliakan guru dan alim ulama, kemahirannya dalam intelijen, tidak pernah berputus asa, cepat bertindak lagi berani.


No comments: