Monday, July 22, 2024

Perkongsian Ilmu Al-Ihsan, As-Sa’ah dll kali ke-3 oleh Pak Long Abu Zulfiqar al-Ghazali

 

1. Tanpa tindakan, apalah ertinya ilmu? Tanpa perubahan, apalah ertinya banyak tahu? Imbas kembali tindakan2 yang sepatutnya sudah mula diambil.

2. Semua ilmu agama boleh diAIkan kecuali ilmu al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah) tingkat tinggi kerana ia umumnya bukan dalam wilayah aqal dan maklumat.

3. Pada peringkat yang lebih tinggi, kita akan mula “nampak” bahawa semuanya satu diri.

4. Matlamat kita tetap sama iaitu mencapai 8 bangsa mengenal iaitu kenal diri, kenal Allah, kenal dunia, kenal akhirah, kenal syaitan, kenal malaikah, kenal yang benar, dan kenal yang salah. Selain itu kita juga mahu mengamalkan 8 bangsa kecintaan iaitu cinta Allah, cintai Kitabullah, cintai Rasulullah, cintai as-sunnah, cintai diri, cintai ummah, cintai ‘ibadah, dan cintai dakwah.

5. Tentang malaikat2 utama dan tugas2 mereka, serta keadaan2 mereka di seluruh alam kita ini.

6. Empat pakaian penyampai ilmu iaitu adab (daripada Saiyidina ‘Ali), akhlak (Saiyidina ‘Uthman), benar (Saiyidina Abu Bakr) dan kukuh (Saiyidina ‘Umar) hendaklah dibawa ke dalam seluruh kehidupan kita. Kita berniat dan berusalah untuk mengikuti orang2 terbaik dalam umat ini iaitu R4’S (R-force) – Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain

7. Setap kali kita buat penyampaian, kita cuba bersungguh2 agar isi kandungan penyampaian kita tidak terkeluar daripada manhaj al-Ghazaliyah (Imam al-Ghazali).

8. Kita kena sentiasa beringat bahawa setiap kata, setiap maklumat, setiap gaya dan setiap isyarat yang kita hantar sewaktu penyampaian itu akan dihisab. Jika tidak kena dengan gayanya, hisab untuk setiap perkara itu boleh jadi sangat panjang masanya. Maka berhati2lah. Sampaikanlah hal2 yang penting, yang benar dan yang mahmudah.

9. Akhir2 ini banyak berlaku hal2 yang lebih daripada kebiasaan iaitu banyak orang hilang, banyak mati mengejut, banyak orang bertndak melampaui batas kemanusiaan, banyak cubaan bunuh diri, dan banyak pokok2 besar tercabut. Wallahua’lam. Maka kita jagalah keselamatan, jaga kesihatan, jaga emosi, sentiasa peka dengan hal2 semasa, bijaksana dalam menyaring maklumat, banyakkan berzikrullah dan doa.

10. Tajdidkan diri, jagalah kemahmudahan zahir dan batin. Ke mana2 pun sebenarnya kita sedang membawa imej bagi Allah, agama Islam, Rasulullah saw, Huzaifah al-Yaman, Imam al-Ghazali, tasawuf, sufi, tariqah, Tariqah Ghazaliyah, guru2 dan sahabat2 kita. Jangan sampai semua itu dipandang buruk melalui perlakuan2 kita. Banyak yang sedang memandang dan menilai kita seperti Allah Azza wa Jalla sendiri, para malaikat, orang2 Islam, orang2 bukan Islam, sahabat2 kita, musuh2 Allah, jin2, kaum keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Kita jagalah penampilan yang luaran dan penampilan yang dalaman. Penampilan yang dalaman ini akan terkeluar, terpamer atau terisyarat juga melalui kata2 dan tingkah laku kita.

11. Sangat bagus jika sesekali kita dapat membentuk seakan2 keseragaman, satu hati, dan seolah2 kita daripada satu ibu dan satu ayah.

12. Apa kelebihannya jika kita bermukasyafah? Kita lihat apa pun kita ingat akan Allah. Maka kita akan dapat pahala, dapat kasih sayang-Nya (ini yang utama), dapat maqam yang istimewa dalam tiang al-ihsan, lebih tenang, lebih sukacita, lebih lapang, lebih sukar untuk kalah dengan syaitan, jadi lebih berani dan sebagainya.

13. Jika kita saling bekerjasama, banyak perkara boleh kita laksana, kerana Allah membuka pintu rahmat-Nya. Walau kita kecil jumlah, tetapi insya-Allah berkualiti.

14. Semoga Allah selamat dan sihatkan kita semua di dunia dan di akhirat.

15. Akan datang – mengenang sejarah raja2 al-Ghazaliyah.


Petikan Pengajian Risalah Ath-Thayr (Risalah Burung) al-Ghazali siri ke-2 oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali

 

1. Imam al-Ghazali digelar sebagai Lautan Tidak Bertepi oleh gurunya Imam al-Haramain.

2. Risalah Ath-Thayr ini tidak cukup dihurai dengan fakta sahaja kerana ia melibatkan perjalanan jiwa.

3. Di “sebalik” diri kita ini ada diri2 yang lain lagi seperti kemalaikatan dan kesyaitanan.

4. Dalam karya ini, burung itu simbol kepada jiwa sementara Burung Si Anqa (Raja Burung) pula adalah simbol kepada Raja/Tuan Punya Jiwa2 iaitu Allah.

5. Tingkatan (maqam) jiwa kita ini memberi kesan kepada ilmu. Ibarat hujan (ilmu) turun di Bukit Larut lalu mengalir turun ke kaki bukit. Ada tanah2 (jiwa2) yang menakung banyak air, ada yang menakung sedikit air, dan ada yang tidak menakung air.

6. Apabila kita lahir ke dunia, kita lupa janji kerana terhijab dengan “gelap” keduniaan ini.

7. Burung ada dua sayap iaitu simbol kepada ilmu mua’amalh dan ilmu mukasyafah (menurut Imam al-Ghazali, inilah dua ilmu yang menjadi “jalan” ke akhirat).

8. Pengorbanan sangat penting dalam perjalanan ruhaniah. Mungkin 2-3 kali ganda perngibana kita berbanding perjalanan orang2 biasa (yang tidak melalui “jalan” ruhaniah).

9. Jika hati kita sudah dipenuhi dengan dunia, adakah lagi ruang untuk cinta Allah? (Maka tafakurkanlah).

10. Nur daripada Allah sentiasa dipancar tetapi tidak smapai ke hati kita kerana terhijab.

11. Jika diri sendiri pun tidak dikenal, bagaimana kita hendka mengenal yang selainnya? Tambah2 jika hendak mengenal Allah.

12. Qalbu itulah perantaran atau “network” antara kita dengan Allah.

13. Mata kepala tidak sama dengan mata qalbu. Pendengaran kepala pun tidak sama dengan pendengaran qalbu. Sampai suatu tahap, yang tidak berbunyi atau berhuruf pun boleh “didengar”.

14. Ada ilmu, tak ada amal = umumnya tidak berguna apa-apa.

15. Tugas guru adalah menyamaikan ilmu tetapi yang memahamkan itu adalah Allah. Pada hakikatnya ilmu milik Allah dan Yang Berilmu hanya Allah.

16. Pada hakikatnya, Allah yang menggerakkan kita untuk “menghampiri”-Nya. Kita bukan siapa2 lagi banyak dosa tetapi atas kasih sayang-Nya, Dia yang memilih kita ke jalan ini. (*Ketika ini penyampai dan sebahagian hadirin mengalir air mata masing2).


Petikan Pengajian Kitab Hikmah Solat (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) kali ke-3 oleh Ustaz Dzul ibnu Sufyan al-Ghazali.

 

1. Pada hakikatnya, segala puji2an hanya kena pada Allah, langsung tidak kena pada makhluk. Makhluk langsung tidak ada apa-apa. Begitulah pada hakikatnya.

2. Rasulullah saw kekasih kita yang sangat kita rindui. Kita berharap agar dapat bersama2 dengan baginda di alam akhir nanti.

3. Kita sangat berterima kasih kepada Imam al-Ghazali yang telah mewariskan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini kepada kita.

4. Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini tidak sekadar berbicara tentang qalbunya Nabi saw, tapi juga qalbunya Nabi di dalam solat juga.

5. Antara cara untuk kita bersyukur dan membalas budi baik Allah SWT adalah dengan membetulkan ibadah solat dan seterusnya mencantikkan ibadah solat.

6. Dalam kitab2 fekah biasanya tidak disentuh tentang rahsia (sir, dalaman, adab2 hati qalbu, batin) solat. Dalam kitab2 tasawuf baru ada disentuh. Contohnya kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini.

7. Teruslah menjadikan R4’S (R-force) iaitu Rasululah saw, 4 orang sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain sebagai contoh teladan dan matlamat ikutan kita.

8. Antara kelebihan2 menyempurnakan perlakuan dalam solat...

9. Janganlah kita “mencuri” dalam solat.

10. Antara kelebihan2 mengerjakan solat secara berjemaah...

11. Pahala dan darjat sangat berkait dengan cinta Allah.

12. Untuk kaum wanita, lebih afdhal untuk mereka mengerjakan solat di rumah, namun mereka boleh sahaja ke tempat azan dilaungkan asalkan terpelihara daripada fitnah.

13. Sememang ada kebaikan tertentu jika kaum wanita pergi ke masjid atau seumpamanya lebih2 lagi jika untuk menuntut ilmu2 agama.

14. Tarekat Ghazaliyah sangat mementingkan solat berjemaah. Sekurang2nya pun berjemaahlah di rumah.

Petikan Pengajian Ilmu As-Sa’ah kali ke-2 oleh Tuan Abu Sufiyah Shah al-Ghazali

1. Penjelasan tentang rukun al-iman, al-islam, al-ihsan dan al-sa’ah.

2. Pada awal2 dakwah Islam, Nabi Muhammad saw lebih menekankan tentang rukun al-iman berbanding rukun2 lain.

3. Antara adab2 menuntut ilmu yang ditekankan dalam hadis Jibril ialah berpakaian bersih, kemas, bersesuaian dengan majlis, beri perhatian (fokus), bertalaqqi, duduk beradab, berwangi2an, dan sebaik2nya berusahalah menuntut ilmu2 agama sejak usia masih muda.

4. Antara kelebihan memelihara adab-adab belajar adalah walaupun belajarnya sedikit tetapi insya-Allah dapatannya lebih.

5. Empat rukun ini merupakan 4 pasak, 4 tiang atau 4 tungku agama (ad-diin).

6. Setiap tiang agama yang 4 ini ada ahli2nya, ilmu2nya, sanadnya dan guru2nya yang tersendiri.

7. Empat tiang ad-diin ini berada dalam hadis Jibril yang sama, secara berturutan dan tidak terputus (bersambungan). Maka keempat2nya metsilah disekalikan. Beginilah jalan Imam al-Ghazali.

8. Allah sahajalah yang sebenar2 tahu tentang as-sa’ah dan bila berlakunya as-sa’ah.

9. As-sa’ah itu banyak pengertiannya. Jangan disempitkan kepada sesuatu.

10. Kita sedang berada pada as-sa’ah yang mana satu?

11. Apa persediaan yang sesuai untuk as-sa’ah itu?


Tuesday, July 16, 2024

Elakkan Bermudah2 dalam 4 Tungku Agama

 

Dalam tungku al-iman (aqidah), ada sahaja orang yang suka bermudah2.

Dalam tungku al-islam (fekah), ada sahaja orang yang suka bermudah2.

Dalam tungku al-ihsan, ada sahaja orang yang suka bermudah2.

Dalam tungku as-sa’ah pun, ada sahaja orang yang suka bermudah2.

Sememangnya ad-diin ini indah dan mudah, tapi bukan boleh dibuat bermudah2.

Empat tungku ad-diin ini jangan sesekali kita bermudah2.


16/7/24

Ragam Orang Apabila Diuji-Nya

 

Ada orang2

yang apabila mereka diuji-Nya

mereka bertindak makin dekat dengan agama.


Ada pula orang2

yang apabila mereka diuji-Nya,

mereka bertindak makin jauh pula daripada agama.


Kita berusahalah memilih jalan yang sejahtera.


16/7/24

Bila Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah Tahun Ini?

Pertanyaan : Bila saya boleh ambil Tarekat Ghazaliyah?

Jawapannya : Jika dengan saya, untuk tahun ini insya Allah pada Sabtu 7 September 2024 di Taiping, Perak. Sekali sahaja setahun. Jika dengan Tuan Abu Ihsan di Jerantut, Pahang, tuan boleh berurusan dengan beliau, mengikut kelapangan dan kesediaannya. 14/7

Pengalaman Ikhwah Ghazaliyah Menggali Kubur

Dua orang ikhwan Tarekat Ghazaliyah menceritakan satu pengalaman mereka pada suatu ketika dahulu bersama-sama menggali lubang kubur untuk satu jenazah. Sewaktu berada di dalam lubang kubur itu, mereka tercium bau yang wangi. Tidak tahu dari mana asal bau wangi itu.


Selepas itu tibalah jenazah dibawa oleh orang ramai. Rupa2nya bau wangi itu datang daripada si jenazah. Bau wanginya sampai lebih dahulu sebelum jasadnya sampai.

Saturday, July 13, 2024

Imam Ghazali Menasihati Sultan Seljuk

 

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Nasihah al-Mulk menasihati Sultan Seljuk :


Ketahuilah wahai sultan, bahawa Allah Maha Pecipta, yang penyebutan-Nya Maha Luhur itu tidak berbentuk dan tidak mempunyai paduan. ZatNya tidak bertempat dan tidak mendiami ruang.”


Dia (Allah) sebelum adanya ‘Arasy lagi pun sudah sedia terbebas daripada ruang dan waktu.”

Walau Duit Sendiri, Tidak Boleh Dibazirkan

 

Walau duit sendiri sekalipun pun,

jika dibelanjakan berlebih2an

pada hal2 yang bukan bertaraf keperluan

melainkan hanya bertaraf kehendak,

tetap tidak boleh.


Pelajarilah kitab Ihya’.

Bergurulah

dan amalkanlah.


Sebab itulah sebahagian orang

tidak senang akal dan hatinya

dengan mazhab tasawufnya al-Junaid dan al-Ghazali

kerana akan terkongkonglah nafsu diri

yang sentiasa minta dipenuhi dan dipenuhi.


11/7/24

Tafsir Mimpi Panjang Bangunan 4 Tingkat

 

ISI MIMPI : Dalam mimpi... pada masa hari dah gelap2... lepas maghrib...


@ Hari sudah mulai gelap dan sudah melepasi waktu maghrib = ertinya masa sekarang, iaitu akhir zaman atau lebih tepat lagi sudah mencapai zaman akhir.


ISI MIMPI : Aku sekeluarga pergi ke rumah macam kenalan keluarga aku, yang mungkin kenalan mak aku di flat 4 tingkat yang mungkin kelihatan lusuh. Rumah mereka di tingkat dua sebelah kiri sikit kalau dipandang dari depan.


@ Keluarga atau kenalan = ertinya manusia zaman sekarang atau masyarakat hari ini.

@ Tingkat teratas dan tingkat tiga = maksudnya para penguasa, orang2 kaya, orang2 berkedudukan, orang2 berkelulusan agama dan yang seumpama dengan mereka.

@ Tingkat dua dan tingkat bawah – maksudnya masyarakat pertengahan, orang kebanyakan, juga golongan2 bawahan.

@ OYB (Orang Yang Bermimpi) dan orang2 yang hampir dengannya banyak bergaul dengan golongan tingkat dua.


ISI MIMPI : Apabila mereka semua masuk ke dalam rumah borak2, aku pergi ke depan koridor lalu mandi dengan cepat2 pakai paip air berwarna oren tu dalam keadaan bogel. Masa dok basuh badan tu aku nampak ada kelibat orang di hujung koridor menuju ke arah aku. Kalutlah aku lari ke arah pintu sebelah kanan, padahal rumah kenalan tu di sebelah kiri. Pintu yang apabila dibuka, anak tangganya sekerat.. maksudnya tak sampai ke bawah. Di sebelah anak tangga tu ada besi pole ala2 bomba. Aku pakai besi tu turun ala bomba.


@ Orang yang bermimpi (OYB) mungkin seorang yang rajin berusaha dalam hidupnya. OYB juga sedang ada atau pernah berusaha untuk memperbaiki, mengubah dan mentajdid dirinya dengan agama. Tapi OYB jenis yang agak segan/ malu untuk kelihatan berubah. Kalau boleh dia tak mahu orang nampak sangat yang dirinya sedang atau pernah berusaha ke arah itu. Segan atau malu yang kurang kena dengan tempatnya itu membuatkan dirinya agak terlewat atau tertangguh2. Jika ada orang yang terperasan atau menegur mengatakan bahawa OYB macam hendak berubah ke arah agama (nak jadi baik atau lebih baik, menuju soleh atau lebih soleh dsb), biasanya cepat2 dia akan menafikannya menggunakan gerak geri dan perlakuannya, seolah-olah dia macam biasa sahaja. Sepatutnya OYB buat sahaja perubahan diri ke arah yang lebih baik itu tanpa mengambil kira sangat pandangan orang lain. Insya-Allah dapatannya akan laju berdesup.


@ Mandi dalam gelap = ertinya cuba berubah ke arah yang lebih baik tapi dilakukan lebih secara tak nampak sangat.

@ Berbogel = ertinya OYB bercita2 agar Allah membersihkan seluruh dirinya daripada dosa.

@ Terganggu dengan kelibat orang = ertinya ada perasaan segan/ malu sekiranya orang lain terperasan dengan usaha2nya itu.


ISI MIMPI : Di bawah ada ampaian orang sidai kain. Aku capai baju berwarna ungu pudar, sekali dengan tuala budak (untuk tutup aurat, jenuh aku pegang) dok pegang je lah sambil berjalan.


@ Badan bahagian atas = maksudnya keperluan terhadap naungan atau perlindungan ilmu agama yang zahir2, ilmu fekah dsb.

@ Badan bahagian bawah (terutamanya kemaluan) = maksudnya keperluan terhadap naungan atau perlindungan ilmu agama yang batin2, yang halus2, yang dalam2, yang keruhanian, yang sir, yang rahsia, ilmu tauhid, ilmu tasawuf, ilmu sufi dsb

@ Baju = maksudnya ilmu agama yang zahir2 dan asas umumnya sudah mencukupi tetapi sudah lama setakat itu sahaja atau jarang2 bertambah.

@ Kain tuala budak = maksudnya ilmu agama yang halus2 tapi peringkat asas. Yang peringkat asas itu pun sekadar antara cukup dan tak cukup makan. Di tepi sempadan.

@ Untuk berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik itu, secantiknyalah OYB kena berusaha mengurangkan rasa khuatir dengan pandangan orang, lekehan orang, pujian orang, sindiran orang atau sebagainya. Maka insya-Allah dapatan yang zahir2 dan yang batin2 itu akan lebih banyak dan cepat.

@ Dari satu sudut lagi, dapatan sedia ada OYB dalam ilmu2 zahir umumnya sudah ok tapi untuk ilmu2 halus ada masalah. Satunya mungkin kerana tidak cukup. Satu lagi mungkin kerana ada pelajaran2 yang kurang benar (atau ia benar cuma kurang tepat) yang pernah atau sedang diyakininya. Wallahua’lam.


ISI MIMPI : Lepas tu di bahagian bawah ni ada mesin2 arcade game, kereta kecik elektrik budak, ada sofa untuk rehat, karpet lawa2 macam2 warna yang menarik, yang membuatkan aku rasa nak main (yang lagi ketara rasa nak bawah anak2 aku pi sana). Di dalam tu penuh orang seolah2 kawasan tu hanya dibuka pada masa tertentu. Dan masa aku pergi tu, yang duduk di dalam tu seolah2 (*mereka) curi2 masuk.


Aku tanya seorang brader di dalam tu dengan muka(nya yang) gelap, “Bro masuk kot mana?" Dia tunjuk gate depan ala2 cerita orang putih bangsawan punya. Di sebelah gate tu ada tumbuhan yang dipotong pendek separuh gate dan seragam. Lalu cepat2 dia suruh member dia yang berada kat depan tu tutup.


@ Secara umumnya semua itu adalah kesenangan2, kerehatan, keselesaan, dan kegembiraan keduniaan. Ada yang baik2 dan ada juga yang tidak baik. Hal2 itu boleh dicapai sama ada melalui jalan yang benar atau melalui jalan yang tidak benar.


ISI MIMPI : Lepas tu aku berlalu dari situ. Entah macam mana aku seolah2 baru berjalan nak menuju ke flat tu... lalu aku nampak flat tu runtuh dua tingkat yang bawah. Yang tingkat atas dua lagi tu tindan dua tingkat bawah. Remuk hati rasa. Ramai la orang yang tengok keadaan tu tapi seolah2 tak ada perasaan.


@ OYB memang tidak meninggalkan usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan keduniaan yang selayaknya. Dan dalam masa yang sama hati kecilnya tetap ada terlorong agar dirinya kena beri lebih masa untuk agama dan ummah.

@ Pendek kata, di mana-mana pun kelihatan bahawa dua golongan teratas itu sedang mengenakan dua golongan yang di bawah untuk kepentingan mereka masing2. Walaupun hal itu dilihat secara terang2an oleh dunia, tetapi umumnya dunia buat tak endah, tak kesah dan tak peduli pun.


ISI MIMPI : Aku naik hairan kenapa sampai macam ni manusia? Dengan hati yang remuk, dengan baju ungu dan tuala tutup tak cukup aurat sambil pegang kiri kanan tuala tu, takut terlucut.


@ OYB nampak jelas hal tersebut bahkan sampai ke peringkat sedar, tidak sekadar di peringkat tahu.

@ Namun OYB juga bagus pertimbangannya kerana dia juga menyedari bahawa untuk berjuang ke arah itu, dia memerlukan bekalan sedia ada dan bekalan tambahan. Yang sedia ada itu sangat tidak mencukupi. Untuk diri sendiri pun sebenarnya masih di sempadan sahaja.


ISI MIMPI : Aku berjalan sampai kawasan dekat2 situ. Ada orang tengah nak tangkap lembu sebesar 2 pemeluk manusia. Muka lembu tu garang, hidungnya hembus keluar asap. Aku pun bercerita kepada mereka tentang flat runtuh tapi mereka macam acuh tak acuh sahaja dengan cerita aku. Aku terasa kasihan bercampur geram sambil berfikir – ke mana perginya simpati manusia2 ni? Salah seorang tu pegang tali lembu tu. Orang2 lain tu macam (sekadar) buat ramai sahaja.


Apabila lembu tu bangun, dia mengamuk sambil berlari liar. Bertempiaran orang lari. Aku pun panik tapi stay 1 tempat je dengan orang yang pegang tali lembu tu, sampailah lembu tu datang ke depan aku. Gayanya macam nak sodok dengan tanduk dia yang tajam. Sampai saja dia depan aku, aku letakkan tangan di pertengahan antara hidung lembu dengan matanya. Daripada ia berlari liar tadi, kini beransur2 ia tenang dan lama2 kemudian ia tunduk jinak.


Aku tak peduli dah akan sekeliling walaupun aku dapat dengar kata2 yang menyatakan penghormatan sebab aku boleh seperti itu. Namun aku sendiri pun tak rasa apa2 sebab masih dok ingat akan flat yang runtuh tu.


@ Sekiranya OYB mahu, dia boleh sahaja mengabaikan hal2 keagamaan dan keumatan lalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha2nya untuk mencapai kesenangan2 hidup di dunia ini. Bahkan peluang untuk dia hidup senang-lenang sebenarnya terbuka luas dan mudah untuk diperolehinya (cuma saya tak tahu sama ada peluang ini sedang terbuka atau akan terbuka). Namun Allah membuka peluang lain juga dengan mula menganugerahkan fikir agama dan fikir umat ke dalam hatinya. Oleh sebab itu, tidak mustahil OYB ini akan sanggup korbankan kesenangan yang luar biasa itu, dan sekadar mencari kesenangan yang lebih kecil daripada itu, kerana OYB mahu menginfakkan banyak masa, tenaga, dan belanjanya kepada agama dan umat.

@ Lembu ganas = peluang2 keduniaan yang diimpi2kan oleh kebanyakan manusia tetapi sukar untuk mendapatkannya. Banyak manusia yang sekadar berangan2 kerana mereka malas berusaha.


ISI MIMPI : Lepas tu ada seorang makcik tua dok agih2 sesuatu macam bantuan2 berupa seluar plastik yang siap ada seluar dalam. Aku pun ambil satu dan pakai. Lalu aku berdar dari situ dengan muka sedih sambil jalan menunduk.


@ Makcik tua = pemikiran (akal) yang semakin matang. Hal ini datang hasil daripada pengalaman dan pemerhatian sehari2. Hadirnya bolehlah dikatakan melalui fungsi otak. Ia lebih kepada wilayah otak, akal, fikir dan belajar.

@ Dengan pemikirannya (akal) yang Allah kurniakan jadi semakin matang, OYB ada terfikir untuk tidak sampai terkejar2 keduniaan melainkan mengambil sekadar yang perlu sahaja. Dunia tetap dicari dan dikejar tapi dia tidak mahu sampai terkejar2. Begitulah yang terfikir atau pernah terfikir olehnya.


ISI MIMPI : Lepas tu dalam kalangan ramai2 tu, ada seorang yang datang dengan muka jernih tapi dia OKU (orang kelainan upaya) sampaikan aku terasa dia mungkin Nabi Khidir. Dia bertanya kepada kenapa sedih? Aku pun ceritalah kepada dia kejadian flat tu. Dia menunjukkan muka simpati. Dia ajak aku berjalan pergi ke kedai dan dia belikan untuk aku kopi. Ada dua tin. Satu untuk dia, satu untuk aku. Aku hanya ambik simpan. Kat sini aku ada lupa sikit detail kejadiannya. Mungkin dia tahu aku dahaga sangat.


@ Orang yang disangka Nabi Khidhir dalam rupa OKU = ertinya kesedaran jiwa (hati, qalbu, hikmah) juga sudah mula dikurniakan oleh Allah kepada OYB tetapi masih jauh daripada sempurna. Hal ini masih sangat lemah, tapi sekurang2nya sudah ada. Hal ini hadir melalui fungsi qalbu. Ia lebih kepada wilayah ruh, hati dan rasa.

@ Bagi diri OYB, kesedaran akal (ilmu pengetahuan) sudah ada, kesedaran kejiwaan juga sudah sedikit ada tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup dan dunia hari ini, ke mana sepatutnya dia membawa diri, apa yang sepatutnya lebih dipentingkannya, dan sebagainya.

@ Kopi = ertinya penyegar, pemberi semangat. Maka jiwa (qalbu, hati, ruhani) OYB ini perlu ditop-up lagi agar ia lebih tenang, stabil, segar dan bersemangat.


ISI MIMPI : Lepas tu aku tanya kat dia jalan nak pergi ke tempat flat tu runtuh. Dia pun bawak aku. Aku rasa laju melayang macam naik motosikal walaupun ketika itu berjalan kaki. Di sepanjang jalan itu apbila sampai tempat yang mungkin boleh buat aku ingat jalan tu... dia tunjuk...


@ Dengan qalbu/ jiwa OYB ini, OYB lebih cekap dan lebih bijak mengesan dan memahami hal2 yang berlaku di sekitarnya dan di dunia ini umumnya. Hati qalbu inilah yang banyak membantu.


Mula2 dia tunjuk kawasan berair macam lombong tapi kecil, lebih kurang kolam di rumah orang sahaja. Selepas itu ada dua kapal korek yang ala2 excavator (warna kuning selalu), tapi nampak ia punya muncung sahaja kerana badannya terlindung rumput2 panjang. Selepas itu ada lombong juga. Lebih kurang sama dengan yang pertama tadi. Ini semua pandangan kiri.


@ Hatinya ada terbuka, atau pernah dibuka, atau akan dibuka untuk dapat tahu kewujudan pengajian2 ilmu yang jarang2 ada dan jarang2 diketahui orang, yang isi kandungannya ilmu yang benar dan tetapi kecil2 sahaja majlisnya. Sekurang2nya ada dua orang yang memang diketahuinya atau dikenalinya yang mengikuti majlis itu. Antara isi kandungan ilmu2 itu ialah ynag berkaitan dengan dunia hari ini dan selapasnya. Ringkas kata ilmu berkaitan akhir zaman, zaman akhir dan alam akhirat.

@ Lombong kecil = ertinya majlis ilmu/tarbiah yang benar dan mendalam, cuma tidak ramai hadirinya.

@ Dua kapal korek = ertinya dua orang yang diketahuinya, dan mungkin juga sampai ke tahap dikenalinya.

@ Terlindung rumput2 panjang = ertinya mereka tidak menonjolkan sangat pembelajaran, pengetahuan dan diri mereka kepada amsyarakat walaupun mereka sebenarnya ada banyak juga tahu dan ilmu.


ISI MIMPI : Selepas tu pandangan sebelah kanan menampakkan ada rumah usang berwarna tanah merah. Selepas itu ada rumah berwarna putih yang pelik macam tulang2 rusuk manusia binaannya. Kemudian sampai satu kawasan dekat dah dengan flat tu, ada macam surau atau tempat orang beribadah dok berzikir pakai mikrofon "hu Allah". Deras (kuat) le bunyinya. Latar belakang ada bunyi selawat jugak.


Aku nyaris hendak menjerit sahaja... aku nak kata - ada musibah berlaku di sebelah kamu semua sahaja ni. Tapi kamu semua kejam buat tak tahu dengan apa yang berlaku.


@Rumah usang berwarna tanah merah itu ialah jantungnya, atau lebih tepat lagi ialah qalbu OYB. Sebagaimana usangnya rumah itu, sebegitulah “usangnya” hati qalbunya (sama ada disedarinya atau tidak). Sebegitu jugalah “usangnya” hati qalbu kebanyakan manusia hari ini. Dirinya ada memprotes sifat keusangan jiwanya dan sifat keusangan jiwa umat umumnya.

@ Rumah putih pelik macam tulang2 rusuk itu ialah dadanya, yakni tempat jantungnya berlindung di dalamnya.

@ Katakanlah hati qalbu OYB jenis yang kuat zikrullahnya, selawatnya, amalannya atau yang lain2 sekali pun, tetapi keadaan itu sebenarnya masih sangat bermasalah kerana hati qalbu sebegitu lebih suka duduk berdiam dan kurang mahu ambil peduli tentang hal ehwal agama dan umat. Hati qalbu jenis itu bukan jenis yang memberi respon, berjuang dan bertindak.

Namun OYB ada tercetus kesedaran ini dalam hati qalbunya. Sebab itulah dia hampir2 hendak menjerit dan mahu menyatakan kekesalannya terhadap pasifnya, tidak pekanya dan usangnya hati2 qalbu yang lain terhadap hidup umat akhir zaman dan zaman akhir ini.

Sepatutnya beramal teruskanlah beramal, berzikrulah teruskan berzikrullah, berselawat teruskan berselawat, tapi dalam masa yang sama kena peka, berfikir dan bertindak terjadap hal2 yang berlaku. Jangan ditinggalkan.


ISI MIMPI : Tapi brader OKU ni halang aku. Maka aku pendamkan saja.

Dia dengan aku duduk dekat satu kawasan macam ada jalan tanah bersih, ada sungai kecil yang airnya jernih, yang jalannya dibuat melintasi sungai tu. Kami menghadap ke arah hujung jalan yang bersimpang dua. Di kanan tempat orang berzikir. Di kiri tempat flat runtuh.


@ Kesedaran jiwa OYB (yang walaupun masih jauh daripada sempurna) itu mententeramkan semangat berkobar2nya agar tindakannya nanti lebih berpanduan dan bijaksana.

@ Jalan bertanah bersih = ertinya jalan atau manhaj keagamaan yang bersih, baik, benar.

@ Sungai kecil yang airnya jernih = ilmu2 di jalan itu baik, benar, tulen, menyegarkan, berterusan.

@ Jalan itu melintasi sungai = ertinya matlamat itu terbuka untuk OYB.

@ Kesedaran jiwa OYB juga sebenarnya ada mengajak OYB agar mencari jalan/ manhaj/ method keagamaan dan ilmu2 keagamaan yang bersih, benar dan berterusan. Matlamat itu terbuka buat OYB, cuma terserah kepada OYB sama ada mahu berjalan dan melintasi sungai itu atau tidak.

@ Berada pada jalan dan ilmu tersebut, OYB akan dapat menyeimbangkan kedua-duanya (digambarkan sebagai jalan bersimpang dua) iaitu tumpuan kepada isu2 keakhiratan (digambarkan sebagai tempat orang berzikrullah di kanan) dan isu2 keduniaan (digambarakan sebagai tempat flat runtuh di kiri). Insya-Allah akan dapat memeprjaungkan kedua-duanya secara berimbangan.


AKHIR MIMPI : Aku minta telefon kat dia nak hubungi sahabat baik aku, yang satu2nya nombor aku ingat dalam kepala. Tapi apabila aku nak dail - lupa. Cuba juga untuk ingat tapi dapat ingat depan 6 angka sahaja. Lagi empat angka tak boleh ingat. Lepas tu ku tersedar dari tidur. Aku cuba ingat nombor dia, boleh pulak.


@ Hati qalbu/jiwanya memandu OYB untuk menceritakan isi kandungan dapatannya dalam mimpi itu kepada seseorang yang istimewa pada dirinya tetapi OYB kena bijak memilih orangnya.


PENUTUP

1. Begitulah antara tafsiran mimpi itu secara keseluruhannya. Wallahua’lam.

2. Tidak mustahil terselit kelemahan2 dalam tafsiran tersebut kerana sahaya pun tidaklah semahir mana.

3. Pada pandangan sahaya, sekitar 90% daripada isi kandungan mimpi itu berjaya dita’wilkan.

4. Sahaya cuba mentafsirkan mimpi ini dalam keadaan sahaya tidak tahu siapa orang yang bermimpi. Untuk kenal lagilah jauh. Maka mungkin ada detail2 (bahagian2 halus atau terperinci) yang lemah sedikit tafsirannya.

5. Bolehlah disimpulkan bahawa secara keseluruhannya mimpi ini membawa maksud yang baik menuju ke arah yang lebih baik, khususnya bagi diri hamba Allah yang bermimpi itu. Ia satu buysro (khabar gembira daripada Allah). Maka untuk yang seterusnya hanya Allah sahajalah yang Maha Tahu, hasilnya bergantung kepada tindakan2 yang akan dilaksanakan oleh hamba Allah itu setelah mendapat mimpi ini. Wallahua’lam.


Ditanya pada 10/7/24

Dijawab pada 13/7/24

Tuesday, July 9, 2024

Tazkirah2 Pendek AZA Jun 2024 (1)

 

1. Mudarat lebih besar apabila berikan ilmu kepada yang belum layak, berbanding menahan ilmu daripada yang sudah layak.

2. Orang yang biasanya tidak pedulikanmu tiba2 buat baik - itu biasa. Tapi kalau tiba2 buat terlebih2 baik - biasanya ada makna.

3. Jika kita tak ambil berat (hanya ambil ringan, atau tak ambil peduli langsung) kesusahan umat yang lain, maka Allah juga begitu terhadap kita.

4. Perang yang lebih banyak bawa duit masuk berbanding duit keluar = rugilah jika mereka tamatkan. Duit2 yang terkumpul di seluruh penjuru dunia terus ditarik masuk.

5. Kuasa Allah... kadang2 pada waktu banyak orang meminggirkanmu, tika itulah Dia menghadiahimu lorong2 mendekati-Nya dan lorong2 mendapatkan ilmu.

6. Orang2 yang iri hati dan dengki denganmu akan selalu ada. Yang lebih penting, dikau jangan pernah iri hati dn dengki sesiapa. Lapanggg qalbumu.

7. Sunnah2 Nabi ini, sesiapa yang memandangnya “kecil”, maka akan kecillah dapatan manfaatnya. Dan sesiapa yang memandangnya “besar”, insya-Allah akan besarlah dapatan manfaatnya. Begitulah umumnya. Namun kebanyakan manusia lebih suka mengikuti “sunnah2” orang lain.

8. Jangan mudah terpedaya dengan permainan dan pengalihan oleh tangan2 sotong. Terus utamakan all eyes on kepala sotong juga.

9. Berhati2 itu perintah Allah. Bersangka baik jangan sampai hilang amalan berhati2.

10. Jika kita terus “kerdil”, hal itu tidak mengapa kerana memang kita sudah biasa ‘kerdil”. Tapi kita khuatir jika kita tiba2 jadi “besar” dalam keadan kita tidak bersedia.


Tazkirah2 pendek AZA Jun 2024