Monday, June 29, 2020

Amalan Asas Tarekat Ghazaliyah 5


Istiqamahlah engkau membaca kitab suci Al-Quran pada setiap hari, sekurang-kurangnya satu ayat, dengan cara melihat mushafnya (kitabnya). Dan sekiranya engkau tidak tahu atau kurang tahu akan bahasa Arab, maka hendaklah engkau membaca terjemahannya juga.

Untuk itu, elok sangatlah jika engkau dapat memiliki sekurang-kurangnya sebuah kitab Al-Quran yang beserta dengan terjemahannya.

Amalan Asas Tarekat Ghazaliyah 4


Pada setiap hari, engkau mestilah berusaha untuk melakukan sekurang-kurangnya 1 solat sunat (2 rakaat). Jangan terlepas walau sehari. Pilihlah mana-mana solat sunat yang engkau mahu.

Jadi, setakat ini engkau sudah punya 4 amalan asas yang mudah iaitu :
1.       Selalu ingat akan Allah
2.       Selesaikan solat fardhu 5 waktu
3.       Selesaikan Zikir Harian yang 1,000
4.       Selesaikan solat sunat harian (sekurang-kurangnya 1 solat sunat)

Semoga dimudahkan oleh Allah untuk istiqamah.

Tuesday, June 16, 2020

Sufi dalam Pengurusan Kehendak


Antara hal2 kehendak dan hal2 keperluan,
ahli sufi perlu bijak dan mampu bertahan.
Jika masih ada terpesona di qalbu, masih ada suka menyebar2, dan masih suka menambah2 hal2 yang bukan keperluan,
itu bukan ahli sufi, tapi sufi gadungan.

Antara kehendak dan keperluan,
ada hal yang ditengah2, yang bagus diusahakan.
Tapi yang bertaraf kehendak, hendaklah semakin dikurangkan.
Barulah namanya salik, yang tidak duduk setempat tetapi berjalan.

Yang keperluan, jika tidak ada, akan sangat kesusahan.
Yang di tengah2, jika tidak ada, agak kesusahan.
Yang kehendak, jika tidak ada, tidak pun menambah kesusahan cuma kehendak hawa nafsu yang tidak dapat dipuaskan.
Maka bijak2lah memilih antara tiga bahagian.

Yang tewas dengan kehendak, bukan sekadar orang2 di jalanan.
Bahkan terkena juga kepada ilmuwan dan agamawan.
Banyak tahu ilmu hukum-hakam, ilmu aqidah dan ilmu ketasawufan,
itu belum tentu sufi, dalam tasawuf jangan jadikan teladan.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari
15 Jun 2020