Mengapa ada pengajar yang kurang berjaya
menyampaikan matlamat isi kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dengan berkesan?
Berikut adalah sebab-sebab yang MUNGKIN
:
1.
MUNGKIN kerana pengajar
itu tidak pernah belajar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin daripada mana-mana guru.
Dia mengajarkan kitab Ihya’ berdasarkan pengetahuan agamanya selama ini sahaja.
Mungkin dia hanya berbekalkan ketingian kelulusannya, kemasyhuran pusat
pengajiannya, kemahiran bahasa dan sastera Arabnya, darah keturunannya, jumlah
pengikutnya, banyaknya sanad ilmu agamanya, besar pengaruhnya, tinggi jawatan
dan kedudukannya, besar sanjungan dan pengiktirafan orang terhadapnya,
maqamnya, jumlah anugerah yang diterimanya, jumlah karya-karyanya, atau sebagainya.
2.
MUNGKIN kerana pengajar
itu pernah belajar kitab Ihya’ dengan mana-mana guru tetapi tidak cukup
banyak belajarnya. Sekadar pernah belajar tetapi tidak sempat mendalami ke
tahap yang memadai untuk menyampaikan isi kandungannya kepada orang lain.
3.
MUNGKIN kerana pengajar
itu tidak menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini sebagai salah satu wirid
hariannya. Dia hanya buka dan baca kitab Ihya’ sesekali sahaja. Ataupun
buka kitab Ihya’ hanya sewaktu mengajar sahaja.
4.
MUNGKIN kerana pengajar
itu ada menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai salah satu wirid hariannya
tetapi sangat sedikit bacaannya/mutala’ahnya. Daripada 40 juzuk, tidak
sampai pun 1 juzuk sehari, atau ½ juzuk sehari, atau ¼ juzuk sehari, atau 1/10
juzuk sehari.
5.
MUNGKIN pengajar
itu baru beberapa tahun sahaja menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai
salah satu wirid hariannya. Belum bersebati atau belum menjadi darah
daging lagi.
6.
MUNGKIN pengajar
itu tidak mempelajari jalan/tarekat pengarang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin itu
sendiri iaitu Tarekat Ghazaliyyah, yang menyebabkan dia tidak ada
pengetahuan dan pemahaman (apatah lagi penghayatan) akan jalannya pengarang dan
karangannya itu. Begitu juga halnya jika si pengajar belajar kitab Ihya’
daripada guru yang tidak ada pengetahuan dan pemahaman tentang “jalan”nya Imam
Al-Ghazali.
7.
MUNGKIN kerana pengajar
itu ada mengambil dan mengamal Tarekat Ghazaliyyah (yang membolehkan dia
sekurang-kurangnya ada pengetahuan dan pemahaman) tetapi tidak sampai ke
tahap “ahli”.
8.
MUNGKIN kerana pengajar
itu tidak ada atau kurang pengetahuan dan pemahaman tentang karya-karya
tasawuf sufi penting Imam Al-Ghazali yang lain. Hal ini kerana karya-karya
tasawuf sufi penting beliau yang lain itu berkait rapat dengan kitab Ihya’
‘Ulumuddin terutamanya Misykat al-Anwar, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Al-Munqiz
min adh-Dhalal dan Kimiya’ as-Sa’adah. Mengajarkan kitab Ihya’ tanpa
sekurang-kurangnya pengetahuan tentang karya-karya penting ini, sukar hendak
digambarkan bagaimanalah pengajar itu hendak mencapai apa yang di”maqsud”kan
oleh kitab Ihya’. Pengajarannya akan banyak terawang-awang sahaja.
9.
MUNGKIN kerana pengajar
itu hanya belajar dan mengamalkan tasawuf yang umum tetapi tidak sampai
ke tahap sufi.
10.
MUNGKIN kerana pengajar
itu belum pernah melalui keseluruhan atau sebahagian besar kitab Ihya’
‘Ulumuddin itu secara berguru walaupun secara seimbas lalu.
Inilah antara sebab-sebab yang MUNGKIN.
Dan mungkin juga ada faktor-faktor lain. Wallahua’lam.
20 Jun 2019
No comments:
Post a Comment