Sahaya ni baru belajar2
memanah. Hari tu mula2 post le sekeping gambar sahaya memanah di Facebook ni.
Dengan izin Allah, ramai pula orang yang jadi berminat untuk memanah (nak cuba
salah satu sukan sunnah). Macam2 mereka tanya. Setakat ini dah ada yang beli
busur dan anak panah, dan dah ada yang sertai kelab/kumpulan memanah pun. Yang
masuk pertandingan je belum dengar lagi.
Hanya dengan gambar biasa (dalam keadaan
sahaya sendiri baru belajar,
memang tak mahir pun), ia menjadi satu dakwah yang berkesan.
Kadang2 kita rancang posting
dakwah yang kita usahakan sekian lama, penuh ilmiah, ada objektif bagai... tak
berkesan pun. Tapi hari tu. dengan sekeping gambar yang santai2 sahaja, jadi
ruang dakwah yang tak terjangka.
Kerja Allah belaka.
Kali ni share video kedua
pulak. Moga jadi asbab.
No comments:
Post a Comment