Thursday, June 27, 2019

Dakwah Yang Mudah dan Tak Disangka-sangka


Sahaya ni baru belajar2 memanah. Hari tu mula2 post le sekeping gambar sahaya memanah di Facebook ni. Dengan izin Allah, ramai pula orang yang jadi berminat untuk memanah (nak cuba salah satu sukan sunnah). Macam2 mereka tanya. Setakat ini dah ada yang beli busur dan anak panah, dan dah ada yang sertai kelab/kumpulan memanah pun. Yang masuk pertandingan je belum dengar lagi.

Hanya dengan gambar biasa (dalam keadaan sahaya sendiri baru belajar, memang tak mahir pun), ia menjadi satu dakwah yang berkesan.

Kadang2 kita rancang posting dakwah yang kita usahakan sekian lama, penuh ilmiah, ada objektif bagai... tak berkesan pun. Tapi hari tu. dengan sekeping gambar yang santai2 sahaja, jadi ruang dakwah yang tak terjangka.

Kerja Allah belaka.

Kali ni share video kedua pulak. Moga jadi asbab.


Thursday, June 20, 2019

Mengapa Kurang Berjaya Menyampaikan Ihya Ulumuddin?


Mengapa ada pengajar yang kurang berjaya menyampaikan matlamat isi kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dengan berkesan?

Berikut adalah sebab-sebab yang MUNGKIN :

1.       MUNGKIN kerana pengajar itu tidak pernah belajar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin daripada mana-mana guru. Dia mengajarkan kitab Ihya’ berdasarkan pengetahuan agamanya selama ini sahaja. Mungkin dia hanya berbekalkan ketingian kelulusannya, kemasyhuran pusat pengajiannya, kemahiran bahasa dan sastera Arabnya, darah keturunannya, jumlah pengikutnya, banyaknya sanad ilmu agamanya, besar pengaruhnya, tinggi jawatan dan kedudukannya, besar sanjungan dan pengiktirafan orang terhadapnya, maqamnya, jumlah anugerah yang diterimanya, jumlah karya-karyanya, atau sebagainya.

2.       MUNGKIN kerana pengajar itu pernah belajar kitab Ihya’ dengan mana-mana guru tetapi tidak cukup banyak belajarnya. Sekadar pernah belajar tetapi tidak sempat mendalami ke tahap yang memadai untuk menyampaikan isi kandungannya kepada orang lain.

3.       MUNGKIN kerana pengajar itu tidak menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini sebagai salah satu wirid hariannya. Dia hanya buka dan baca kitab Ihya’ sesekali sahaja. Ataupun buka kitab Ihya’ hanya sewaktu mengajar sahaja.

4.       MUNGKIN kerana pengajar itu ada menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai salah satu wirid hariannya tetapi sangat sedikit bacaannya/mutala’ahnya. Daripada 40 juzuk, tidak sampai pun 1 juzuk sehari, atau ½ juzuk sehari, atau ¼ juzuk sehari, atau 1/10 juzuk sehari.

5.       MUNGKIN pengajar itu baru beberapa tahun sahaja menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai salah satu wirid hariannya. Belum bersebati atau belum menjadi darah daging lagi.

6.       MUNGKIN pengajar itu tidak mempelajari jalan/tarekat pengarang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin itu sendiri iaitu Tarekat Ghazaliyyah, yang menyebabkan dia tidak ada pengetahuan dan pemahaman (apatah lagi penghayatan) akan jalannya pengarang dan karangannya itu. Begitu juga halnya jika si pengajar belajar kitab Ihya’ daripada guru yang tidak ada pengetahuan dan pemahaman tentang “jalan”nya Imam Al-Ghazali.

7.       MUNGKIN kerana pengajar itu ada mengambil dan mengamal Tarekat Ghazaliyyah (yang membolehkan dia sekurang-kurangnya ada pengetahuan dan pemahaman) tetapi tidak sampai ke tahap “ahli”.

8.       MUNGKIN kerana pengajar itu tidak ada atau kurang pengetahuan dan pemahaman tentang karya-karya tasawuf sufi penting Imam Al-Ghazali yang lain. Hal ini kerana karya-karya tasawuf sufi penting beliau yang lain itu berkait rapat dengan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin terutamanya Misykat al-Anwar, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Al-Munqiz min adh-Dhalal dan Kimiya’ as-Sa’adah. Mengajarkan kitab Ihya’ tanpa sekurang-kurangnya pengetahuan tentang karya-karya penting ini, sukar hendak digambarkan bagaimanalah pengajar itu hendak mencapai apa yang di”maqsud”kan oleh kitab Ihya’. Pengajarannya akan banyak terawang-awang sahaja.

9.       MUNGKIN kerana pengajar itu hanya belajar dan mengamalkan tasawuf yang umum tetapi tidak sampai ke tahap sufi.

10.   MUNGKIN kerana pengajar itu belum pernah melalui keseluruhan atau sebahagian besar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin itu secara berguru walaupun secara seimbas lalu.

Inilah antara sebab-sebab yang MUNGKIN. Dan mungkin juga ada faktor-faktor lain. Wallahua’lam.

20 Jun 2019

Nak Jumpa Siapa Pasal Tarekat Ghazaliyah?

Ada hamba Allah yang bertanya... nak tahu tentang Tariqah Ghazaliyyah, nak kena jumpa siapa?

Dijawab begini sahajalah....

Yang paling banyak menyaksikan keadaan/ehwal guru.... Tuan Hafiz (Taiping) namanya.
Yang paling banyak memiliki sumber2 dan bahan2 tariqah.... Tuan Syed (Jerantut) namanya.
Yang paling banyak beramal... Tuan Firdaus (Jerantut) namanya.

Jika ada kelapangan, eloklah round jumpa ketiga2 orang ini. Gabungan dapatan daripada ketiga2 orang ini insylh berbaloi (dalam hal ehwal Tariqah Ghazaliyyah ini).

19 JUN 2019