Selepas menunaikan solat fardhu Subuh, kami bertolak dari Trong, Taiping ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai dengan pemanduan yang tenang, setenang aliran air Sungai Perak pada hari cerah, lancar melalui liku-liku lenggok lentok tubuh alur sungai sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah SWT... ewah!
Dalam sekitar pukul 9.00 pagi tibalah kami ke Tanah Rata, lalu terus ke MARDI Cameron. Hujan gerimis, sesekali lebat sedikit, sesekali berhenti, begitulah bertukar-tukar. Dengan hembusan lembut angin tanah tinggi, kedinginan memang terasa. Nak betul-betul 'round' MARDI ni sambil menghayati keindahan alamnya mungkinlah antara 1 ke 2 jam.
Ada sebuah kedai makan kecil kat sini, dapatlah bersarapan roti canai dan nasi lemak. Hirupan minuman panas memang "cantik" apabila sejuk-sejuk ni.
Salah sebuah bangunan di MARDI Cameron Highland.
Surau di MARDI. Jalaran tumbuhan di dinding menghasilkan keunikan yang enak dipandang.
Ambil-ambillah wudhuk kat sini, air paipnya macam air dari peti sejuk (waktu pagi le).
Subhanallah... memang cantik bunga-bungaan-Nya. Dia yang punya bunga-bunga, bukan mana-mana makhluk yang punya. Begitulah hakikatnya.
Eh, Encik Arnab dan keluarganya pun ada di sini! Anak kecil kami memanggilnya "Aawuu" atau "Miauuu" kerana pada pandangan kanak-kanaknya, semua haiwan yang rupanya sebegitu ialah kucing :) Kambing dan anjing di tepi jalan pun disebutnya : "Aaawuuuu!"
Ada kolam yang dihuni oleh makhluk-makhluk Allah berupa ikan terutamanya. Jangan lupa beli makanan ikan di kaunter tiket, RM1 dua bungkus kecil. Bagi kita orang dewasa, tak adalah semenarik mana, tapi bagi kanak-kanak, memang menerujakan. Memang tujuan kita nak seronokkan hati anak-anak ye tak?
Di sini juga terdapat kedai jualan MARDI, dua tiga buah gerai jual makanan ringan, kebun-kebun bunga, sayur dan buah, taman hiasan sayur-sayuran dan herba, kilang teh pertama di Cameron (kalau tak salah, tapi dah tak beroperasi).
Lebih kurang jam 11.30, kami keluar dari MARDI di Tanah Rata menuju Brinchang untuk mencari tempat penginapan. Sudah punya beberapa pilihan dalam kepala seperti Hotel Jasmine, Casa de la Rosa, Rosa Passadena, Copthorne, Parkland Express dan beberapa lagi. Salah satulah hajatnya. Hotel pertama yang dituju ialah Rosa Passadena, diizinkan Tuhan terus dapat bilik yang kami berpuas hati. Maka, tak pergilah ke hotel-hotel lain.
Rata-rata tempat penginapan di Cameron ini tidak menyediakan pendingin hawa atau kipas angin, sebab hawanya memang sudah sedia dingin. Cuma berhati-hati kalau dapat bilik yang tidak bertingkap atau yang tingkapnya kecil, tengah hari memang berkuap. Tengok-tengoklah dulu sebelum setuju untuk menginap.
Amboih, sampai tertungging engko!
Biasalah, masuk-masuk aje bilik, benda pertama yang hendak di'test' kelasakannya oleh anak-anak ialah katil. Macam-macam aksi akrobatik dipertontonkan.
RM300 untuk 2 katil bersaiz king, ruang bilik yang agak luas, sarapan untuk 4 orang, dan lain-lainlah... berbaloilah pada kami. Rosa Passadena ni pilihan ramai le jugak, terletak di tengah pekan Brinchang. Mudah nak membeli belah, ke pasar malam, dan dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya yang boleh dicapai dengan berjalan kaki sahaja... memang sesuailah. Layanan staff hotel ni pun bagus.
Ada tab mandi... benda kedua yang bakal di'test' kelasakannya dan kekualitiannya oleh anak-anak :)
Nak jadi cerita, litar di bilik tu tak boleh terima aktiviti jag pemanas air, akan 'black-out'. Lalu kami diberi bilik lain. Pindahlah pulak. Lebih kurang sahaja ruang dan isi biliknya, cuma salah satu katilnya bersaiz queen, namun lebih dari segi perkakasan lainnya.
Si kecil terlena di bilik yang baru. Nikmat dunia yang bersifat sementara.
Pekena al-kopi dulu. Sejuk-sejuk ni, umumnya apa sahaja makanan atau minuman panas memang ditambah nikmat mengecapinya oleh Allah SWT.
Setelah anak-anak puas berendam buih, kami pun bergegas ke Kampung Taman Sedia, sebuah kampung orang-orang Melayu berhampiran Tanah Rata. Di sini ada beberapa buah homestay dan kebun strawberry. Khabarnya.......... kampung ini memang sudah sedia ada sejak sebelum manusia menerokainya lagi. Sebab itulah dinamakan Kampung Taman Sedia. Dulu-dulu lagi kawasannya memang sudah cantik kerana dihuni oleh jin-jin yang disebut bunian. Sekarang tak ada dah kot, dah jadi kawasan pelancongan.
Kami singgah di salah sebuah kebun strawberry iaitu YZ Agro Farm. Dalam kebun kecil ini terdapat sebuah restoran comel. Ada banyak jenis makanan juga. Kami cuba strawberrynya, mi kari, bihun sup, strawberry bersalut coklat, scone, strawberry berkrim dan bermadu, dan beberapa jenis minuman.
Nak rasa suasana restoran comel dalam kebun strawberry, boleh la mai sini.
Walaupun hujan agak lebat, tapi orang tak putus datang. Padahal waktu ini dikatakan Cameron kehilangan hampir separuh pengunjungnya (sebagaimana kata akhbar) kerana banjir selut dan runtuhan yang melanda. Sebenarnya tempat kejadian tu jauh di tempat lain, bukannya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong.
Pokok-pokok di belakang sana, dan di kiri kanan kami.
Alhamdulillah, syukur... kemudian kami berpatah balik nun ke Tringkap melalui jalan datang tadi pagi
untuk melawat Cameron Lavender. Memang cantik menawan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan di dalamnya.
Amacam? Peminat bunga-bungaan boleh terfana kat sini. Cuba besarkan gambor-gambor ni untuk lebih terpesona. (Terpesona dengan makhluk bior le berpada-pada. Pasang niat untuk mencapai maqam terpesona akan Pencipta seluruh makhluk sutau hari nanti. Tapi... kena usahalah dan betul "jalan"nya)
Kehijauan pun tak kurang juga mencuit mata.
Muhammad Huzaifah Amsyari ni lebih "Korean look" berbanding kakak n abangnya.Nak bergambar cukup susah sebab dia suka datang ke kamera, payah nak duduk diam.
Pemandangan dari atas Cameron Lavender. Ada kedai minum kecil dan sebuah gerai jual strawberry kat atas ni.
Sedanau bunga-bungaan (nak kata selaut, tak sampai).
Subhanallah...
Masya-Allah
Hebatnya Allah menciptakan mata. Umumnya mata kita berwarna putih dan hitam, tetapi ia dapat menyaksikan 1,001 warna, malahan lebih lagi. Kita hamba yang bersyukur ataupun hamba yang enggan taat (taat pun tak mahu, bersyukur lagi le jauh, ye tak?).
Ada sebuah bangunan kecil ala "castle". Tak boleh masuk pun.
Alhamdulillah, bersyukur lagi kita. Hari sudah petang, kaki mula lenguh dan sakit. Kami pulang ke bilik untuk berehat, membersihkan diri, beribadah dan lain-lainlah.
Makan malam, steamboat di Rosa Passadena. Steamboat di sini memang terkenal. Pesan untuk 2 orang sudah cukup, macam untuk 4 orang banyaknya. Harga RM50. Tapi... kuah sup sahaja yang ada, kuah tomyam tak ada. Lemahlah sikit keupayaan untuk menikmatinya. Tapi orang rumah ana dan anak perempuan kami belasah semacam je. Diorang ni tak kisah kuah sup ke tomyam ke. Disertakan bersama-sama steambot ialah teh cina (tentunya tanpa gula) sorang satu. (Gula dalam peket kecil dah bawa siap-siap hehe).
Minta juga sepinggan kuey tiau goreng, macam 3 orang punya makan. Sedap! Boleh bersaing la dengan kuey tiau Doli n kuey tiau Koboi di Taiping. Memang puasa hati! Air minuman kat sini ringkas cakap purata RM10 segelas. Pandai-pandailah "order" minuman (bawa sendiri air kosong memang banyak menjimatkan). Kami ambik jugak le dua jenis minuman.
Sambal steamboat ni (yang warna merah) saya sahkan sebagai memang sedap.
Dua tahun lepas, kami pernah makan 'steamboat' di deretan kedai di hujung pekan Tanah Rata. Berbaloi juga keenakannya.
Lepas makan, dalam hujan gerimis tu kami berjalan kaki ke pasar malam Brinchang. Kurang gerai dan banyak kurang kesibukannya, mungkin kerana bukan hari-hari hujung minggu. Kalau tidak, kat sini 'jamm' tahap maksima. Kenderaan-kenderaan yang nak ke sini atau melintasi pekan Brinchang ni silap-silap boleh ambil masa sejam ke dua jam walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer. Tak adalah apa yang menariknya sangat pada malam tu. kami singgah kedai-kedai kecil tepi jalan beli itu ini sikit-sikit.
Malam... tidur nyenyak (salah satu nikmat besar daripada Allah kepada kita, pernahkah kita mensyukurinya). Mula-mula saya buka tingkap sikit, dalam 1 inci luas. Lepas tengah malam, tak tahan sejuk. Terus tutup. Hotel ni sediakan dua lapis selimut. Selapis ialah kain tebal berwarna coklat (yang biasa kita jumpa di kebanyakan hotel) dan selapis lagi toto besar (comforter). Kalau bukak tingkap, dua lapis tu pun tak cukup rasanya, kena pakai jaket/sweater lagi.
Kami semua bangun awal untuk bersarapan di hotel ni. Biasa-biasa sajalah sarapannya. Kemudian bersiap-siap, "check-out" lalu terus ke Cactus Valley.
Haaiiii...! Hi hi...
Berwarna-warni. Baru di dunia, belum di syurga lagi tu. Sebelah sayap nyamuk pun tak sampai, begitulah nilai segala kenikmatan di dunia ini di sisi Allah. Lawanlah sifat mazmumah "cinta dunia". Hargai dunia tak pa, jangan sampai jatuh cinta pada dunia... merana jawabnya. Kan... kan...kan...? :)
Muhammad Zulfiqar Amsyari pun suka mengambil gambar.
Ni aksi di dinding, bukan di lantai.
Lagi bunga-bungaan.
Antara kaktus yang dijual.
Di sini kaktus memang banyak. Bunga-bunga tadi tu sikit je.
Secara peribadi, untuk kaktus, saya sarankan tuan-tuan lebih baik ke Cactus Point. Letaknya di tepi jalan, landai, masuk percuma (setakat yang saya pernah pergi), parking besar, pilihannya tak kurang hebat dengan yang di sini. Cactus Valley ni
terpencil sikit, di kawasan berbukit lagi curam, jenuh nak mendaki nak
turun, masuk berbayar, parking terhad, tak ada apa sangat pun.
Kanan tu Hotel Rosa Pasadena, kelihatan dari Cactus Valley.
Salah satu spesis bunga. Besar bunga ni.
Ada kolam ikan kat bawah, kat kedai jualan. Banyak ikan. Semua lapar tahap maksima. Tak diberi makankah? Apabila anak-anak lempar makanan ikan, punyalah berebut-rebut sampai nak naik ke atas lantai. Siap kita boleh pegang-pegang lagi ikan tu kalau nak. Kesian, dah lah banyak, tempat sempit, kelaparan pulak. Kami beli lagilah makanan ikan untuk mereka.
Seterusnya... ambil kereta, naik lagi di lorong curam mencabar ni, sampai ke Big Red Strawberry Farm. Ada banyak parking lagi kat atas ni. Nak menapak dari Cactus Valley tadi, elok le jangan. Punyalah jenoh. Nasib baik saya pi tengok dulu, keluarga tinggal di bawah tadi. Turun balik, ambil kereta, angkut mereka ke atas.
Big Red Strawberry Farm ni ladang strawberry dan sayur-sayuran. Ada restoran menarik kat sini, jual pelbagai makanan dan minuman ringan berasaskan buah khususnya strawberry dan sayur-mayur. Kat belakang kami ni pokok-pokok salad. Nak petik strawberry berbayar pun boleh.
Antara yang dicuba try test tengok (4 sekali tu hehe) ialah Sundae Strawberry, waffles strawberry krim, dan kentang goreng. Sedap pulak kentang goreng tu, mungkin sebab panas-panas dan kita sedang sejuk-sejuk kot. Beli juga beberapa bungkus strawberry lagi kat sini.
Dari dalam kebun salad ke arah hujung restoran tempat kami melepaskan lelah.
Dengan kuasa Allah, dapat panggilan dari Hotel Rosa Passadena. Katanya terjumpa tablet dalam sarung bantal hotel. Lepas makan, kami pun kembali ke hotel mendapatkannya kembali. Nasib baik tak hilang.
Destinasi seterusnya, pasar sayur-sayuran tepi jalan, Kea Farm. Biasanya
di sini sesak banat. Tapi hari tu agak lengang. Borong apa yang patut.
Antaranya jagung mentah yang manis dimakan begitu sahaja. Ramai pekerja asing kat sini, entah bangsa apa pun tak tahulah. Mungkin Filipina, Indo-China... selain Bangladesh dan Indonesia.
Kemudian ke Butterfly Farm. 14-15 tahun lepas pernah datang sini, masa belum ada anak. Pernah juga dua kali ke Butterfly Garden yang terletak bersebelahan. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan rerama sahaja, ada ular, katak, belalang pelbagai jenis, bunga-bunga, kura-kura......
Pokok apa entah ni.
Ada patung Snow White and 7 dwarfs.
Salah satu sudut yang menarik, seolah-olah tepi bilik le.
Adik ni memang suka tengok ikan-ikan berenang.
Di kedai bersebalahan Rose Valley ni baru dapat jumpa aiskrim Malaysia berisi 'full' strawberry (bukan sirap berperisa strawberry). Seolah-olah makan jem strawberry berais. (Sampai di rumah, zaujah ana 'blend' pulak strawberry mana yang dah mula nak lembik tu buat aiskrim Malaysia. Lagi sedap pulak).
[*Ladang Boh Sungai Palas, ladang teh Blue Valley, taman lebah... dah biasa pergi. Jadi, kali ni tak le singgah. Ladang Lebah Ee Feng Gu ni menarik. Masuk percuma, sarang lebah dan penghuninya 'live', jangan sentuh je, nanti dia 'ngap!" baru tau. Kawasannya pun cantik, banyak bunga, ada pulak patung-patung lebah besar yang menarik perhatian kanak-kanak (saya cadangkan kepada tuan-tuan yang belum pernah sampai). Muzium Time Tunnel tak sempat masuk. Berisi barang-barang retro terutamanya dari tahun-tahun 60-an ke 80-an]
Akhirnya, selepas waktu Asar, kami pun turunlah ke bawah, pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan turun, kabus tebal, angin dari tingkap kereta yang sedikit terbuka sejuk menggigit jari. Kena buka lampu besar untuk keselamatan. Kalau ada 'spoilight' lagi baik.
Alhamdulillah, syukur... semua selamat pulang.