Dalam dua tahun ini saya dah senyapkan ilmu tafsir mimpi. Suatu ketika dulu, masa mula-mula dapat sedikit ilmu ini, hampir setiap hari tafsir mimpi orang(mana2 mimpi yg dapat ditafsir dan sesuai di tafsirlah). Kebetulan waktu tu akal pun tajam untuk mentafsir.
Walaupun dah senyapkan diri, dan kebolehan pun dah semakin tumpul, dari semasa ke semasa masih masuk juga soalan2 tentang ta'bir mimpi ni. Sekarang pun masih tertangguh sekitar 300 mimpi untuk ditafsir. Kadang2 mimpi sendiri pun tak sempat dita'bir :)
Bukan hendak menolak hajat orang, tapi saya mohon soalan2 ta'bir mimpi ini ditangguhkan dulu. Sampailah suatu ketika nanti (entah bila...) saya nyatakan kesediaan.
Jadi, soalan2 sebelum tulisan ini dibuat, saya akan usaha jawab mana yang mampu, tapi akan makan masa. Soalan2 baru, harap dapat ditangguhkan ataupun lebih baiklah diajukan kepada pentafsir2 lain. Semoga kita saling memahami. Mohon berbanyak-banyak maaf.- Abu Zulfiqar 9.9.14