PERSOALAN :
Saya dan suami berbincang tentang perjuangan dalam
xxxxxxxxxx (salah sebuah jemaah Islam). Saya katakan banyak kepincangan dalam
barisan kepimpinan sama ada di peringkat akar umbi atau tertinggi. So perlukah
kita berjuang atas nama xxxxxxxxx? Bagi saya xxxxxxxx hanyalah wadah
perjuangan. Kalau kita berjuang atas dasar agama tanpa xxxxxxxxxx, juga kita
masih boleh menegakkan agama. Yang penting kita memperjuangkan agama.
Pendapat saya ini disanggah oleh suami habis-habisan.
Katanya dia sangat bertuah dipilih Allah duduk dalam xxxxxxxxx. Ada ayat quran
menyatakan bahawa kita harus berjuang dalam jemaah. (saya katakan ya, tapi
kalau bukan jemaah xxxxxxxxxx pun, masih dikira jemaah kan, asal saja mendukung
aspirasi Islam)
Katanya lagi, pada zaman Rasulullah pun, Rasulullah
memilih pahlawan yang akan turut berjuang di medan perang terdiri daripada
golongan yang terjaga solat malamnya. Ini menunjukkan pada zaman Rasulullah pun
sudah ada perbezaan tingkat iman seseorang.
Apatah lagi zaman ini. Tidak dapat dinafikan bahawa
ulama dan pemimpin dalam xxxxxxxxxxx juga ada pelbagai sudut pandang. Ini tidak
bermakna kita harus keluar daripada jemaah.
Saya terus-terusan mengatakan berjuang tidak mesti
dalam xxxxxxxxx. Kita pergi mengaji pun bukan belajar tentang kepimpinan xxxxxxxx,
kita belajar tentang agama kita sedalam-dalamnya. Cuma aspirasi xxxxxxxxx itu
selari dengan kehendak agama. Dan xxxxxxxxx itu hampir dengan kita maka kita
memilih xxxxxxxxx sebagai wadah perjuangan.
Mohon pandangan dalam hal ni. Jzkk.
PENJELASAN :
Pandangan saya begini…
“Banyak kepincangan dalam barisan kepimpinan…….”
Yang ni tidaklah kita nafikan. Dan kita pun sedia maklum
bahawa dalam mana-mana perkumpulan atau jemaah pun akan ada kepincangan barisan
kepimpinan. Cuma dalam xxxxxxxxxx ni, kepincangan tu kuranglah sikit kalau nak
dibandingkan dengan kebanyakan perkumpulan/jemaah lain yang sewaktu dengannya.
“Perlukah berjuang atas nama xxxxxxxxxxxx?..........”
Bahagian ini saya rasa perlu tak perlu tu mengikut
keadaan individu tu lah. Contohnya :
1. Ada orang yang kalau bergerak dalam xxxxxxxxx, keadaan ilmu,
iman dan amal dia paling melonjak. Tapi kalau dia bergerak dalam perkumpulan
lain, ataupun dia tak ikut mana-mana perkumpulan… ilmu, iman dan amal dia
meningkat dengan kadar biasa sahaja ataupun tak meningkat…. Jenis ni, eloklah
berjuang melalui platform xxxxxxxxxxxx.
2. Ada jugak orang yang kalau dia bergerak dengan xxxxxxxxxx… ilmu,
iman dan amal dia meningkat tapi, lebih meningkat lagi jika dia berjuang dalam
jemaah/perkumpulan lain, eloklah dia sertai jemaah/perkumpulan yang lain tu.
Begitu jugak, kalau dengan bergerak sendiri tanpa secara rasminya berjuang atas
platform mana-mana pihak… ilmu, iman dan amal dia lebih melonjak, eloklah dia
tak sertai mana-mana perkumpulan secara rasmi.
“Perjuangkan agama tidak semestinya melalui xxxxxxxxxx…….”
Saya bersetuju. Ada banyak laluan untuk kita perjuangkan
agama, dan melalui xxxxxxxxxx ialah salah satunya.
“Bertuah kerana dipilih Allah untuk berjuang dalam
xxxxxxx…..”
Memang betul. Bukan ramai mana sangat orang yang Allah
pilih untuk berjuang. Tak ramai juga yang dipilih untuk berjuang dalam jemaah.
Dan tak ramai juga yang dipilih untuk berjuang dalam jemaah xxxxxxx. Keadaan
begitu adalah jauh lebih baik daripada tidak bergerak memperjuangkan Islam
langsung. Kita kena bersyukur banyak-banyak kerana dipilih Allah untuk
berjuang, tak kiralah dalam perkumpulan/jemaah yang mana pun, termasuklah dalam
jemaah xxxxxxxxxxx.
“Ayat Quran yang mengatakan kena berjuang dalam
jemaah….”
Memang benar, tapi sebagaimana katanya le…… tak
semestinya dengan jemaah xxxxxxxxx. Ada pelbagai jemaah/perkumpulan Islam lagi.
Konsep “jemaah” tu pun luas. Kalau dapat bergerak dalam satu organisasi macam Jemaah
An-Nur, PAS, Haluan, Ikhwanul Muslimin, ISMA, Muafakat, Nahdatul Ulama, ABIM,
IKRAM dan sebagainya termasuklah organisasi-organisasi yang tak khusus macam
halaqah-halaqah usrah, kumpulan-kumpulan pengajian dan sebagainya… memang
sangat bagus. Tapi kalau berjuang tanpa organisasi pun ok jugak, cuma dari
sudut kekuatan tu kuranglah, maklumlah kita sendiri-sendiri.
“Rasulullah memilih pahlawan yang akan berjuang…..”
Memang benarlah.
“Tingkat keimanan kita berbeza…..”
Benar juga.
“Perbezaan pandangan pemimpin tidak mengharuskan kita
keluar dari jemaah……”
Yang ni pun benar jugak. Para sahabat pun berbeza
pandangan, tapi mereka sangat menjaga perpaduan. Salah silap pimpinan dan
perbezaan pandangan mereka sekiranya tak sampai ke peringkat bahaya, eloklah kita
terus bersama-sama jemaah kerana hal itu akan sentiasa wujud. Tapi kalau teruk
sangat kesilapan dan perbalahan, ada ketikanya mungkin lebih sesuai jika kita
tidak aktif dalam jemaah (sama ada menyertai jemaah lain ataupun tidak aktif
dengan mana-mana jemaah). Sahabat Nabi iaitu Abu Zar Al-Ghifari pun pernah
diperintahkan pindah dan tidak aktif dengan jemaah para sahabat kerana ada
perbezaan pandangan dengan salah seorang khalifah yang 4.
“Berjuang tidak semestinya dalam xxxxxxxx……”
Setuju. xxxxxxxxxxx ialah salah satu wadah perjuangan
daripada sekian banyak wadah perjuangan Islam yang ada.
“Pergi mengaji tetapi isinya bukan tentang hal ehwal
xxxxxxxx…..”
Memang benar. Pengajian-pengajian umum memang tidak
menyentuh xxxxxxxxx secara langsung. Hal ehwal kepimpinan xxxxxxxxx dsb ni
disentuh dalam majlis-majlis khas seperti usrah ataupun taklimat. Masalahnya
dalam xxxxxxxx, liqa usrah ni kurang mantap dan kurang berjalan. Jemaah-jemaah
lain ada yang seminggu sampai dua tiga kali.
“Aspirasi xxxxxxxx selari dengan kehendak agama…..”
Ya, umumnya begitulah kerana agama menjadi teras xxxxxxx.
Susahlah nak jumpa mana-mana agenda perjuangan xxxxxxxxx yang bertentangan
dengan Islam.
“Xxxxxxxxx hampir dengan kita, maka kita pun pilih xxxxxxxxx…”
Betul juga. Di kawasan kita ni nampaknya xxxxxxxxlah
jemaah perjuangan Islam yang lebih aktif. Dan kawan-kawan kita pun ramai yang
menjadi menyertai xxxxxxxx. Jadi… senang untuk kita bergerak dan berjuang.
Yang saya perhatikan, suami anda kalau bersama-sama
dengan xxxxxxxxx, memang dia rajin buat kerja dan bersemangat. Mungkinlah xxxxxxxx
platform perjuangan yang paling baik untuk dia. Seandainya dia tak aktif dengan
xxxxxxxx pun, (sama ada dia join perkumpulan lain ataupun tak join mana-mana),
ada kemungkinan usaha dan semangat dia akan menurun, lalu lama-kelamaan jadi
orang-orang biasa yang tak ada saham dalam perjuangan agama. Rugi le pulak.
Dari sudut kekeluargaan… sangat penting, ada beberapa
kategori :
1. Suami dan isteri aktif dengan organisasi dakwah tertentu. Yang
ni memang terbaik. Contohnya dua-dua orang aktif dengan ABIM. Dapat bergerak
sekali, dan hala tuju pun sama.
2. Suami dan isteri aktif dengan organisasi jemaah yang berlainan.
Yang ni akan bawa banyak masalah, sebab sukar nak bergerak sekali, sukar nak
berbual dan mungkin juga ada perbezaan pandangan antara organisasi. Contohnya
suami Tabligh isteri ISMA. Elakkan.
3. Suami dan isteri tak aktif pun. Yang ni pun kacau jugak, hidup
tak ada perjuangan.
4. Suami aktif dengan organisasi dakwah tertentu, isteri tak aktif
dengan mana-mana. Seorang je yang berjuang secara rasmi. Yang ini pun masih ok,
insya-Allah rumahtangga bahagia juga. Cuma si suami sesekali rasa kurang selesa
jugak sebab tak dapat bergerak sekali dengan isteri, dan isteri pun sesekali
rasa kurang selesa jugak sebab suami asyik ada program je. Contohnya suami
aktif IKRAM, isteri biasa-biasa je.
5. Suami tak terlibat dengan usaha dakwah, tapi isteri aktif dengan
organisasi dakwah tertentu. Tak berapa ok le jugak. Isteri ada komitmen
tertentu dengan organisasi sedangkan suami jenis tak mahu libatkan diri.
Contohnya suami biasa je, isteri aktif Tarikat Naqsyabandiyyah.
6. Suami isteri atau salah seorang aktif dengan hal ehwal agama,
tapi tidak secara rasmi terikat dengan mana-mana organisasi, ok le jugak.
7. Dan pelbagai jenis lagi lah.
Jenis 1 - memang terbaik.
Jenis 2- elakkan.
Jenis 3- janganlah
jadi macam tu.
Jenis 4 – ok le jugak.
Jenis 5 – elakkan.
Jenis 6 – ok jugak.
Kesimpulannya, kita hendaklah ada saham dalam urusan
agama ni sama ada kita berorganisasi secara rasmi, atau secara tak rasmi
ataupun berjuang sendiri-sendiri. Berorganisasi ataupun tidak, mengikut keadaan
masing-masing. Lain orang lain situasinya. Tak sesuai kita paksa seseorang tu
mesti aktif dengan organisasi yang mana. Tapi kalau dapat bergerak secara
berorganisasi (perkumpulan atau jemaah), tentulah lebih bagus. Cuma kita
elakkan sikap taksub dengan organisasi kita sahaja. Wallahualam.
Salah silap mohon maaf.
Abu Zulfiqar
1 Disember 2014
No comments:
Post a Comment