Monday, February 22, 2010

Teks Kuliah Munyatul Musolli 6 - Ulangkaji Pertama

MUSOLLI 6 Ulangkaji Pertama

Kita ada masuk kitab yang baru iaitu kitab Munyatul Musolli. Dalam membicarakan kitab ini telah menyentuh tentang peribadi tuan kitab ini iaitu Syeikh Daud Fatani.

Yang keduanya, kita telah memahami bahawa ibadah sembahyang ini ialah jalan orang-orang yang bertaqwa. Jadi sesiapa yang tidak menjaga sembahyangnya kemungkinan besar akan terkeluar daripada golongan orang-orang yang bertaqwa.

Yang ketiga, kita juga sudah memahami bahawa sembahayang merupakan penyejuk mata hati Rasulullah. Jadi kita sebagai umat Nabi Muhammad, sebagai pengikutnya, hendaklah menjadikan sembahyang ini sebagai penyejuk mata hati kita juga. Kita usahakan sembahyang kita sampai kita berasa seronok dengan sembahayang dan berasa tenang. Selagi apabila tiba waktu sembahyang kita rasa gelisah, maksudnya sembahyang itu belum lagi menjadi penyejuk mata hati kita.

Yang kelima- bagi orang-orang yang soleh, sebahagiannya menganggap ibadah sembahyang ini sebagai ‘syurga’ di dunia, iaitu syurga yang didahulukan di dunia. Semabahyang itu pada mereka sudah ‘syurga’, punya seronoknya dengan sembahyang.

Sebagaimana kisah yang kita beri dalam kuliah yang lalu. Ada seorang soleh yang sangat mencintai ibadah sembahyang sampaikan dia berdoa kepada Tuhan minta supaya di dalam kubur nanti dia dapat bersembahyang. Sewaktu jenazahnya ditanam, sebahagian daripada orang di sekeliling nampak dia sedang bersembahyang, walaupun dia sudah mati. Maksudnya doanya dikabulkan oleh Tuhan. Punya cintanya dia akan ibadah sembahyang.

Yang keenam- Nabi Muhammad dapat memberi syafaat. Syafaat ini maksudnya markah kita dinaikkan. Lebih-lebih lagi jika markah kita itu sama berat antara hendak masuk ke syurga ataupun masuk ke neraka. Katakanlah berat sebelah hendak ke neraka. Datang Nabi Muhammad beri syafaatnya, beratlah sebelah masuk ke syurga. Kita pun selamat.

Cara untuk dapatkan syafaat ini, kenalah berselawat banyak-banyak. “Allahummasolli ‘ala Muhammad” paling kurang. Selawat ada pelbagai jenis. Ada Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Munjiah dan macam-macam lagi. Buatlah yang mana-mana pun. Tapi selawat yang paling afdhal ialah selawat yang dalam sembahyang kita itulah, yang dalam tahiyyat akhir. Jadi berselawatlah banyak-banyak, semoga kita dapat syafaat.

Yang ketujuh- siapakah yang memberi kita faham? Apakah usaha kita ataupun Allah SWT? Dari segi syariatnya, yang memahamkan kita akan satu-satu ilmu ialah usaha kita, otak kita, akal kita. Tapi dari segi hakikatnya, otak dan akal kita tidak ada kuasa. Yang berkuasa bagi kita faham ialah Allah SWT. Jadi kita minta kepada Tuhan supaya bagi kita faham.

Bukan dengan sebab kita tekun, kita rajin, kita suka ‘study’ maka kita faham, kita pandai. Tapi (sebenarnya kita faham itu) atas pilihan Tuhan. Sebab itu ada orang yang rajin belajar tetapi tidak pandai. Ada pula orang yang malas belajar tetapi pandai. Mengapa? Kerana dari segi hakikatnya, yang beri faham ialah Allah.

Yang kelapan- sembahyang ini ialah tiang agama. Seandainya tidak ada tiang agama, maka agama dikira runtuh. Di negara Arab sana, rumah diperbuat daripada batu-batu dan tanah-tanah. Dari mana datang cerita tentang tiang? Orang Arab tengok khemah. Khemah ada tiang utama. Jika tiang utamanya runtuh, maka khemah pun tak boleh berdiri. Begitu juga dengan agama kita. Kalau ibadah solat kita tinggalkan, walaupun kita jenis orang yang rajin berpuasa, rajin menderma, rajin tolong orang, tapi ‘agama’ kita dikira runtuh menurut kata tuan kitab.

Yang kesembilan- untuk menunjukkan pentingnya ibadah solat ini, ia diletakkan pada tangga kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah dalam Rukun Islam. Nabi Muhammad hendak dapatkan ibadah sembahyang ini, dia kena bertemu dengan Allah ‘muka dengan muka’ dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Dia pergi ke langit ketujuh, atas lagi untuk dapat ibadah sembahayang. Sedangkan ibadah-ibadah lain- puasa, zakat, haji dan lain-lain semuanya diterima di bumi. Ini menunjukkan betapa tingginya martabat ibadah sembahyang.

Dan yang akhir, yang kesepuluh yang kita bicarakan dalam kuliah yang lalu- tuan kitab kita kata sembahyang ini umpama kepala bagi tubuh. Jika tubuh manusia tidak ada tangan, tidak ada kaki… boleh hidup lagi. Tapi kalau tidak ada kepala… mati! Agama pun begitu juga. Sungguhpun dia rajin bayar zakat, dia rajin menderma (ada tangan), dia rajin tolong orang, rajin buat kenduri (ada kaki), tapi sembahyang tak buat, ‘kepala’ tidak ada, orang itu dikira ‘mati’. Begitu juga dengan agama. Jadi ibadah solat ini sangat-sangat penting.

Friday, February 19, 2010

Sesekali Terasa Penat

1. Halaqah usrah makin bertambah. Silap-silap mahu 4 kali seminggu jadinya... pengsan... : )
Paling kuat, 2 kali seminggu ok le. Nak kena lari-lari sikit ni : )

2. Permintaan untuk mengajar kitab-kitab bertambah juga. Menuju ke arah 3 malam dalam seminggu. Pengsan lagi : ) Akan usaha jadikan 2 malam saja seminggu.

3. Laptop rosak, waktu untuk ke ruang maya internet dan mengarang sangat terhad. Banyak persoalan terbiar ataupun sekerat jalan. Banyak laman tak 'update' : ) Insyaallah bulan 5 akan usaha beli laptop baru.

4. Waktu untuk bersukan/ riadah langsung tidak ada. Kesihatan semakin menurun.

5. Selalu mengantuk siang, tidur tak cukup. Mohon Tuhan tidurkan 3 setengah jam sahaja sehari dan sihat, belum dikabulkan Tuhan.

6. Kerjaya semakin mencabar, dan tidak bersangkutan secara langsung pula dengan ilmu agama dan dakwah.

7. Sekarang saya dah pandai merungut, dulu tak pun : )

Apa nak buat, sesekali terasa penat...

Teks Kuliah Munyatul Musolli 5 - Tubuh Tanpa Kepala

“Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama.”

Sembahyang lima waktu ini tiang agama. Bagaimana di negara Arab sana boleh datang cerita mengatakan sembahyang ini tiang agama? Padahal rumah orang-orang Arab pada zaman itu tiada tiang. Rumah zaman sekarang adalah. Zaman dulu, mereka susun batu-bata, tanah liat atau apa-apa jenis tanah dan dikeraskan. Rumah mereka berbentuk empat segi kotak, tidak ada bumbung macam rumah kita kerana tiada hujan. Atas rumah mereka leper sahaja. Boleh naik di atasnya duduk baca Quran pada waktu malam.

Jadi bagaimana orang Arab hendak faham cerita tentang tiang, sedangkan mereka tidak guna tiang? Sebenarnya mereka tengok khemah dan tiang khemah. Sembahyang ini macamlah tiang khemah. Kalau tiang utamanya tidak ada, khemah itu tidak boleh didirikan. Orang badwi dan orang-orang yang datang mengerjakan haji di Mekah, mereka gunakan khemah.

Agama Islam ini pun seperti itu juga. Jika ibadah sembahyang (tiang) kita tinggalkan, agama (khemah) tidak boleh kita dirikan. Nanti kita akan tengok tuan kitab ini mengatakan sesiapa yang tidak bersembahyang seolah-olah tidak ada agama.

“Bahawasnya sembahyang lima waktu itu tiang agama, dan yang terlebih besar kejadian rukun Islam yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah.”

Rukun Islam lima perkara, yang paling besar ialah mengucap dua kalimah syahadah. Selepas mengucap, yang paling besar ialah sembahyang, menunjukkan kepentingan sembahyang.

“Dan tempatnya daripada agama seperti tempat kepala daripada tubuh.”

Ibadah sembahyang ini kalau dibandingkan dengan tubuh badan manusia, ia seumpama kepala.

“Dan tempatnya daripada agama seperti tempat kepala daripada tubuh. Maka seperti tiada hidup orang yang tiada kepala baginya.”

Apabila sudah tidak ada kepala, apa gunanya lagi? Tiada tangan, kita masih hidup lagi, ada guna. Tiada kaki, kita masih hidup lagi, ada guna. Tiada pinggang ke bawah pun ada orang hidup juga. Tapi jika tiada kepala, seseorang itu sudah tidak hidup, sudah tidak berguna.

Jadi ibadah sembahyang kepada agama seolah-olah kepala kepada badan. Apabila tiada sembahyang, maka tiadalah agama. Begitu ceritanya. Tiada kepala, manusia mati. Tiada sembahyang, tiada agama.

“Maka demikianlah, tiada agama bagi orang yang tiada sembahyang.”

Begitulah kata tuan kitab kita – Tuan Syeikh Daud Fatoni.

“Demikian telah datang beberapa hadis…”

Rasanya sekadar itu saja dulu, kita ulang sepintas lalu.

Pertama- tuan kitab kita menceritakan bahawa sembahyang ialah jalan orang-orang yang bertaqwa. Sesiapa yang mendirikan mendirikan sembahyang yang lengkap (yang fardhu), maka dia tidaklah termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Itulah ruginya.

Yang kedua – ibadah sembahyang ini ialah penyejuk mata hati, penyejuk batin, penyejuk rohani Nabi Muhammad saw. Sepatutnya ibadah sembahyang ini juga menjadi penyejuk bagi diri kita. Sekiranya kita berasa sedap dalam sembahyang, maksudnya ‘penyejuk’lah. Tapi apabila sampai waktu sembahyang kita berasa rimas kerana kena sembahyang lagi, itu bukan penyejuk mata hati.

Yang ketiga – bagi orang-orang yang cinta akan Allah, ibadah sembahyang itu sendiri sudah jadi ‘syurga’ di dunia. Sehinggakan ada seorang wali Allah yang bermohon kepada Tuhan supaya dapat bersembahayang di dalam kubur (selepas matinya), doanya dimakbulkan. Punya seronok ibadah sembahyang.

Kemudian tuan kitab kita juga berpesan, yang beri kita faham isi kitab ini ialah Allah SWT.

Teks Kuliah Munyatul Musolli 4 - Syariat dan Hakikat

“Dan rahmat Allah dan salam-Nya atas penghulu kita Nabi Muhammad pesuruh Tuhan sekelian dan memberi syafaat ia akan segala orang yang berdosa pada hari kiamat.”

Tuan kitab kita ini berselawat mendoakan kesejahteraan kepada Nabi Muhammad, kerana Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak ialah pemberi syafaat kepada kita.

Secara ringkasnya syafaat itu begini. Pada hari akhirat nanti ada timbangan amal. Bagaimana rupa timbangan amal itu tidaklah kita tahu. Jadi sekarang kita buat contoh, ia seumpama sebuah dacing. Di sebelah kanan ialah pahala kita manakala di sebelah kirinya pula dosa kita. Ketika ditimbang, tiba-tiba berat sedikit di sebelah dosa. Dengan syafaat Nabi Muhammad, dia tolong beratkan sebelah kanan, di sebelah pahala. Dapatlah kita masuk syurga. Daripada hendak dimasukkan ke dalam neraka pada mulanya tadi, akhirnya kita dimasukkan ke dalam syurga. Itulah syafaat.

Hendak dapatkan syafaat, (antaranya) kita kena banyak berselawat. Ada ulama yang berselawat hingga beribu kali sehari. Mungkin kita akan dimasukkan ke neraka, tapi oleh kerana kita selalu berselawat, dapat syafaat Nabi.

Begitu juga jika dalam keluarga kita ada seorang hafiz. Dia boleh selamatkan beberapa orang ahli keluarganya kerana dia boleh beri syafaat. Tapi syafaatnya tidaklah sekuat syafaat Nabi Muhammad.

Sebab itu banyak orang dari golongan professional (yang mendapat kesedaran), mereka hantar anak-anak mereka mengikuti kelas tahfiz. Dulu mereka tidak belajar agama, maka mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya jadi hafiz dan dapat memberi syafaat kepada mereka.

“… dan atas segala keluarganya…”

Kita mendoakan kesejahteraan kepada keluarga Nabi Muhmmad juga.

“Dan segala sahabatnya, dan segala ikutannya (pengikutnya) daripada anak buahnya yang suci mereka itu akan rahmat dan salam yang berkekalan keduanya hingga ke hari kiamat.”

“Dan adapun kemudian daripada itu. Maka ketahui oleh kamu hai segala orang Muslimin. Telah memberi faham akan kami dan akan kamu Allah SWT.”

Jadi sebelum tuan kitab kita ini hendak melanjutkan pengajarannya tentang ibadah sembahyang, dia beri kita satu peringatan. Ilmu yang kita belajar ini, yang mampu kita faham ini, sebenarnya diberi oleh Tuhan. Tuhan yang beri kita faham. Otak kita tidak ada kuasa untuk memaham. Dari segi hakikatnya, akal kita tidak ada kuasa untuk memaham. Ikhtiar kita tidak ada kuasa untuk faham. Dari segi hakikatnya, yang memberi kita faham ialah Tuhan. Sebab itu kita kena banyak berdoa minta Tuhan tolong beri kita faham.

Sama juga dengan kedatangan kita ke sini. Dari segi syariatnya nampak kita yang berusaha untuk datang. Kita datang naik kereta, jalan kaki, pakai payung dan lain-lain untuk dengar pengajian. Tapi dari segi hakikatnya, yang bawa kita datang ialah Tuhan. Sebabnya, kita tiada kuasa untuk datang. Hendak menggerakkan jari sedikit pun tidak ada kuasa. Semua itu kuasa Tuhan.

Jadi kalau kita belajar dan faham, itu atas pertolongan Tuhan.

“…dan kamu cerdik, dan lindungkan daripada kejahatan diri kita.”

Kita berfikir hendak buat kejahatan, tiba-tiba tak jadi. Apakah ia berlaku atas usaha kita sendiri? Dari segi syariatnya, memang usaha kita sendiri. Kita terfikir untuk mencuri, tiba-tiba kita membatalkan hasrat kita itu kerana berasa berdosa. Memanglah itu berlaku atas usaha kita, tetapi dari segi hakikatnya, Allah yang tolong dan pilih (agar kita tidak mencuri ketika itu). Kita tidak ada kuasa.

Oleh itu, kena seimbang (pemahaman kita) antara syariat dan hakikat.

Monday, February 15, 2010

Kuliah Munyatul Musolli 26-29

Syarat-syarat sah solat:
1. masuk waktu
2. menghadap qiblat
3. menutup aurat

Syarat sah solat:
4. tahu kifiat solat
5. suci daripada hadas
6. suci daripada najis

Kuliah Akhir Zaman - Riba

Hadis ke-17: Harta Riba Wujud di Merata Tempat

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakannya secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Keterangan
Hadis Rasulullah saw ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

Syair Syeikh Fahmi Zamzam

Ramai orang berlumba-lumba
Untuk mendapat faedah riba
Saham dilabur di mana bursa
Tiada takut akan diseksa

Bukankah sudah diberitahu
Mereka akan menjadi seteru
Kepada Allah Tuhan yang Satu
Siapa sanggup akan membantu

Thursday, February 4, 2010

Kuliah - 2 Golongan Penghuni Neraka

Hadis ke-15: Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama- golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang."

"Kedua- perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget."

"Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh."
(Hadis riwayat Muslim)

Keterangan oleh tuan kitab

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari keadaan masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.

Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya. Dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang.

Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hanyunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Kali Pertama Berserban

Terjumpa gambar lama, tahun 1998. Tahun pertama berserban dan berjubah.

Hiasan Tepi Rumah

Pada tahun 2006 lalu, saya ada menghias sedikit sudut luar rumah dengan hiasan yang sangat ringkas dan murah tahap maksima : ) Hiasan itu sudah tidak ada, tetapi terjumpa gambarnya sebentar tadi. Sekadar mengimbas masa lalu. : )

Pengumuman - Kuliah Munyatul Musolli

1. Dari semasa ke semasa, audio kuliah kitab Munyatul Musolli ini akan dipindahkan ke dalam bentuk teks. Ini akan memudahkan sebahagian pelayar yang tidak dapat/ sukar untuk mengikutinya melalui Youtube membacanya.

2. Ikuti kuliah dari siri yang pertama, jangan lompat-lompat kerana isi kandungannya saling berkaitan dan mengikut kronologi. Jika tidak, ada kemungkinan akan tersalah faham.

3. Kemungkinan ada kekurangan/ kesilapan sepanjang saya mengkuliahkan kitab ini. Sebarang teguran membina dialu-alukan.

Kuliah Munyatul Musolli bahagian 19-21