TUAN
GURU HJ SIDEK NOR
Ringkasan
pengisian Tuan Guru Sidek Nor pada malam Seminar Kesufian 2 pada 1 November
2014 lalu):
1.
Sebenarnya peminat tasawuf dan kesufian ini
ramai, tetapi masyarakat sering terlepas pandang. (*Sesekali dikumpulkan, baru
nampak kekuatannya).
2.
Sikap sesetengah syeikh tariqat dan orang-orangnya
yang hidup mereka hanya menumpukan amal ibadah khusus tanpa ambil tahu hal
ehwal masyarakat, sangatlah dikesali.
3.
Dunia tasawuf dan orang-orangnya dijadikan
musuh utama oleh penganut ajaran Wahhabi.
4.
Ahli-ahli suffah (orang-orang yang rata-ratanya
tidak berharta dan tinggal di satu sudut di Masjid Nabi pada zaman itu) biasanya menjadi pejuang saf hadapan dalam
apa-apa perjuangan pada zaman Rasulullah saw. Mereka tidak tenggelam dalam amal
ibadah semata-mata. Sikap sebeginilah yang mesti kita contohi.
5.
Salah seorang guru Ustaz Sidek Nor yang sangat
disanjungnya ialah Ustaz Abu Bakar (Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim), anak murid
kepada Ustaz Omar (Tuan Guru Haji Omar Zuhdi). (*Tak disebut nama penuh mereka
tapi saya agak dua orang inilah yang dimaksudkan. Maaf jika ada kesilapan).
6.
Pernah Ustaz Abu Bakar mensyarahkan kitab
Minhajul Abidin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, lalu dia menangis
sehingga terhenti pengajarannya. Begitu berkesannya buah tangan Imam Al-Ghazali
ini.
7.
Menurut Imam Hasan al-Basri, terdapat 70 orang
ahli suffah yang terlibat dalam Perang Badar.
8.
Pada zaman Saiyidina Abu Bakar, ada kumpulan
orang Islam yang masih beribadah sebagaimana biasa tetapi mereka menolak satu
sahaja syariat Allah iaitu pembayaran zakat, Saiyidina Abu Bakar terus hantar
tentera menyerang mereka. Pada hari ini, sudah berapa banyak syariat Allah yang
ditolak dan dibuang oleh mereka yang mengaku Islam. Bayangkan jika Saiyidina
Abu Bakar masih ada!
9.
Imam Syamil yang menentang tentera Rusia, ahli
tasawuf. Begitu juga dengan pejuang lain seperti Haji Abdur Rahman Limbong di
Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Umar Mukhtar (*Lion of the Desert),
Al-Mahdi di Sudan dan lain-lain.
10.
Kekuatan
agama ialah ma’rifatullah. Ma’rifatullah adalah modal paling besar dalam
perjuangan.
11.
Ilmul
yaqin, ‘ainul yaqin, haqqul yaqin. Inilah antara hal yang perlu kita dapatkan
dalam tasawuf. Malangnya kebanyakan iman manusia setakat ilmul yaqin. (*Oleh itu,
kita kena usahalah).
12.
Kalau
bicara soal akhirat, sikit kita tak takut, Tapi kalau orang kata polis sedang
cari kita, nak terlondeh seluar kerana ketakutan. (*Apalah taraf iman kita…?)
13.
Hati
laksana burung, jasad laksana sangkar. Burung kena dijaga, sangkar pun kena
dijaga juga.
14.
Antara
maksud kata-kata Imam Al-Ghazali ialah… muka kita tempat tilikan makhluk, bukan
main lagi kita cuci dan hias. Tapi hati yang menjadi tempat tilikan Tuhan,
mengapa kita tak cuci dan hias? (*Nak cuci dan menghias hati kenalah melalui
jalan tasawuf).
15.
Macam
mana kita nak cuci hati dalam keadaan kita tak tahu sifat-sifat mazmumah itu
apa benda. (*Maksudnya kena belajarlah).
16.
Dalam
solat berjemaah, walaupun kita handal 10 qiraat sedangkan tok imam biasa-biasa
sahaja, kita tetap kena patuh kepada tok imam. Begitulah juga sikap kita kepada
pemimpin kita. Kecualilah kalau tok imam melakukan kesalahan besar.
17.
(*Seloroh
Ustaz Sidek) Kalau penjelasan –penjelasan mudah ini tak boleh juga nak difaham,
eloklah minum air sejuk, telan kabad, cucuh kat pusat! (*Tebaboommm!)
18.
Tanda
badan tak sihat ialah kita tak lalu makan. Tanda rohani kita tak sihat ialah
kita tak lalu (tak mahu, tak minat, tak hingin) ke masjid, solat berjemaah,
program-program agama dan sebagainya.
19.
Seorang
lagi guru kepada Ustaz Sidek ialah Tuan Guru Nik Mat Yusuf di Derang.
20.
Antara
tanda Tuhan benci kita ialah hati kita tak teringin kepada hal-hal keagamaan.
Berhati-hatilah.
21.
Awas
dakyah kaum Islam liberal hari ini.
22.
Tuan
Guru Haji Sabran Asmawi sering mengajarkan kitab Minhajul Abidin karya Imam
Al-Ghazali. Ustaz Sidek sendiri turut mengajarkan kitab ini.
23.
Kerana
sibuk memperjuangkan agama, Ustaz Sidek pernah bertahun-tahun tidak dapat makan
malam bersama keluarga. Kuliah, ceramah, program dan lain-lain.
24.
Lagi
antara pelajaran tasawuf ialah tentang takhalli, tahalli dan tajalli. (*Tak
tahu kena belajarlah).
25.
Apabila
kita bergantung kepada Allah, kita tak akan takut apa-apa pun.
26.
Kita
kenalah berada atas jalan usuluddin, fekah dan tasawuf. (*3 tungku agama).
27.
Kita
berehat di akhirat sahaja, di dunia ini tempat kita berjuang. Jangan sibuk nak
berehat di dunia.
28.
Seorang
yang bertugas menyimpan mayat Ustaz Ibrahim Libya ke dalam bilik beku (dia
bercerita kepada Ustaz Sidek), terkejut kerana mendapati mayat Ustaz Ibrahim
Libya masih berpeluh seperti mula-mula tiba selepas beberapa hari kemudian,
seolah-olah baru meninggal dunia.
USTAZ
SALLEH SAID
1.
Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan gerak
kerja perjuangan, maka kita terlupa akan soal dalaman diri kita. (*Memang
benarlah. Rata-rata orang yang aktif terlibat dengan gerak kerja perjuangan tidak
kira jemaah yang mana pun, biasanya akan terkesamping atau terabai terus ilmu
tasawuf).
2.
Ilmu tasawuf dan corak hidup kesufian sangat
penting.
3.
Antara punca matlamat perjuangan gagal dicapai
atau tertangguh adalah kerana para pejuangnya berhati kotor. (*Padahal
penyucian hati ialah melalui jalan tasawuf. Apabila jalan ini ditinggalkan,
maka ramailah pejuang yang terlambak sifat-sifat mazmumah pada diri mereka
termausklah yang bergelar ulama dan pimpinan).
4.
Doa-doa dan zikir-zikir para ahli suffah
(orang-orang yang rata-ratanya tidak berharta dan tinggal di satu sudut di
Masjid Nabi pada zaman itu) sebenarnya banyak membantu perjuangan. (*Kejayaan
perjuangan bukan dengan usaha tenaga kita sahaja, tetapi yang lebih penting
ialah hubungan kita dengan Tuhan)
5.
Saiyidina Abu Bakar seorang yang tidak garang,
gagah dan tegas seperti Saiyidina Umar. Tetapi mengapa beliau yang dipilih oleh
Rasulullah saw sebagai teman baginda berhijrah ke Madinah dan bukannya
Saiyidina Umar? Antara hikmahnya ialah supaya orang tidak beranggapan bahawa
kejayaan Nabi berhijrah adalah kerana ditemani oleh seorang yang perkasa.
Dikhuatiri keperkasaan Saiyidina Umar boleh dijadikan isu oleh pihak musuh.
USTAZ
MOKHTAR SENIK
1.
Lebih 40 orang ulama besar telah mensyarahkan
kitab Hikam oleh Ibnu ‘Ataillah.
2.
Kita dimasukkan ke syurga (dari segi
hakikatnya) atas rahmat Allah, bukannya atas amalan-amalan kita. Antara
buktinya ialah bayi/kanak-kanak yang mati sebelum sempat beramal tetapi ahli
syurga. Maksudnya amal bukanlah penentu ke syurga. Begitu juga dengan orang
yang baru sahaja masuk Islam lalu mati.
3.
Dalam perjuangan, kemenangan bukan matlamat, ia
adalah anugerah Allah. Sesiapa yang menjadikan kemenangan sebagai matlamat,
dikhuatiri akan tergelincir. Tapi hal ini tidaklah bermaksud kita tidak mahu
kepada kemenangan.
4.
Biasanya usia kemenangan lebih panjang daripada
usia manusia. Kita berjuang sampai mati belum menang, disambung oleh anak kita
berjuang sampai mati belum menang, disambung oleh cucu kita pun belum menang.
Antaranya hikmahnya ialah kerana Allah memilih kita untuk mati dalam keadaan
berjuang.
5.
Samalah halnya dalam tasawuf apabila kewalian
dan karamah menjadi matlamat. Padahal kewaliandan karamah adalah anugerah dari
Tuhan. Jangan jadikan kewalian dan karamah sebagai matlamat. Namun hal ini
tidak bermaksud kita menolak kewalian dan karamah.
6.
Beramallah pagi petang tapi kerana mengharapkan
Wajah Allah.
7.
Kadang-kadang ulama wara’ tak kena tempat
sampaikan umat Islam kerugian.
8.
Orang-orang yang berlunak-lunak dan
bertoleransi dengan liberal dan sekular sudah tentu tak akan dapat mempertahankan
agama dan umat Islam. Janganlah diharapkan golongan ini.
9.
Sesiapa yang beri’tiqad ada jalan lain yang
lebih singkat untuk mencapai kemenangan selain daripada jalan Nabi, rosaklah aqidahnya.
(*Catatan saya ini berdasarkan nota yang sempat
saya tulis dalam Seminar Kesufian 2pada 1 November 2014 yang lalu . Sebarang
salah silap atau kekurangan, saya mohon maaf. Wallahua’alam)
Abu
Zulfiqar