Thursday, July 8, 2010

Keinsafan Seorang Kaki Pukul Upahan

Kisah ini berlaku sekitar empat lima tahun lepas. Suatu pagi saya pergi menunaikan solat fardhu Subuh di surau. Zaman itu biasanya waktu Subuh di surau itu ‘tidak hidup’. Jarang-jarang dapat berjemaah. Jika ada pun dua orang sahaja.


Sampai di surau, saya lihat ada seorang lelaki yang pernah saya lihat tetapi tidak saya kenal namanya. Usianya sekitar akhir 40-an ataupun awal 50-an. Melihatkan keadaannya, saya percaya dia bermalam di surau itu. Selepas melaungkan azan dan melakukan solat sunat fajar, saya pun bersedia untuk melaksanakan fardhu Subuh. Tidaklah saya endahkan lelaki itu kerana sekali imbas nampak seperti ada ‘kurang’ sikit. Kebetulan di surau ini memang ada seorang lelaki lain yang ‘kurang sikit’ akalnya sesekali bermalam tetapi tidak mengerjakan solat.


Orang tadi berjemaah dengan saya. Habis memberi salam, saya buat wirid dan doa ringkas lalu bersalaman dengannya. Tiba-tiba dia menangis macam anak kecil. Dia menyatakan penyesalan dan keinsafan yang nampak bersungguh-sungguh. Entah apa yang ditangis dan dikesalnya tidaklah saya tahu tetapi saya berusaha menjadi pendengar yang baik, dan sesekali menyampuk beberapa patah perkataan sebagai memenuhi adab-adab seorang pendengar. Dia memohon tunjuk ajar, nasihat dan semangat daripada saya.


Antara ceritanya yang masih saya ingat ialah pengalamannya sebagai orang jahat. Dia tidak ada nama dalam kalangan orang ramai tetapi ada ‘bisa’ dalam kalangan orang-orang besar dan tauke-tauke. Dia berkhidmat sebagai kaki pukul upahan. Polis tidak mengesyakinya kerana dia berkelakuan seperti orang kurang waras. Pakainya serebeh, tidak bergaul dengan orang dan membawa payung ke mana-mana. Rupa-rupanya payung itulah senjatanya. Hujung payung digunakan untuk menusuk tubuh orang manakala tempat pemegang payung seperti tanda soal itu sebagai pencakuk leher. Sudah ramai yang menjadi mangsanya atas upahan orang-orang tertentu.


Banyaklah perkara-perkara tidak elok yang pernah dilakukannya tetapi tidak saya ingat lagi secara tepat. Dan kini dia mendakwa mendapat petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan. Kini dia bekerja sebagai pengawal di sebuah kilang beras berhampiran. Selama dua tiga hari selepas itu saya kira dia menjadikan surau itu sebagai tempat penginapan ataupun persinggahannya. Kemudian dia menghilang...


Sebulan dua kemudian, saya mendapat khabar dia sudah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan.



Abu Zulfiqar

7 Julai 2010



· Sebenarnya saya ingat-ingat lupa... perbualan kami berlaku pada waktu Subuh ataupun Isyak. Tapi yang pasti ketika itu memang kami berdua saja di surau itu.

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!


ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.


ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?


ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.


ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.


ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...


ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.


ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!


Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern)

8 November 2008



ps: Tulisan lama saya, jumpa balik di internet : )


Sunday, July 4, 2010

Pakej Menghadapi Syaaban, Ramadhan & Syawal

Bersediakah kita dari segi ilmu dan amalan untuk melalui Syaaban, Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi? Dengan mengikuti pakej kuliah-kuliah ini, insyaallah Syaaban, Ramadhan dan Syawal kita pada tahun ini lebih berkualiti.


PERMASALAHAN SOLAT TERAWIH


http://www.youtube.com/watch?v=rF5WDr12FFM

Apa maksud 'tarawih'?
Bilakah masa solat tarawih?
Apakah hukum solat tarawih?
Apa fadhilat solat tarawih?
Berapa rakaatkah solat tarawih?
Apakah Rasulullah menghadkan jumlah rakaatnya?
Mengapa penduduk Madinah mengerjakan 36 rakaat?
Mana lebih baik anatara 36 dengan 20?
Siapa yang mula-mula mengerjakan 20 rakaat?
Apakah bidaah melebihkan jumlah rakaat?
Jika benar, apa jenis bidaahnya?
Mengapa banyak juga yang mengerjakan 8 rakaat hari ini?
Apa kepentingan tazkirah tarawih?
Mengapa Rasulullah tidak berjemaah tarawih di masjid?


RAMADHAN & PUASA

http://www.youtube.com/watch?v=qvAqCP9HMAQ&feature=related

Apakah kaitan puasa dengan iman?
Berapa besarkah pahala berpuasa?
Apakah kaitan puasa dengan syurga?
Apakah keistimewaan orang-orang yang berpuasa?
Apakah kaitan puasa dengan Ramadhan?
Mengapa sebahagian ulama sufi menggerakkan tasbih sedangkan mereka sedang berbicara?
Apakah tingkatan-tingkatan orang yang berpuasa?
Mana lebih baik- puasa tapi tak solat ataupun solat tapi tak puasa?
Mana lebih utama, solat Subuh/ Isya' berjemaah ataupun terawih?
Mana lebih utama bagi wanita- solat sendirian di rumah ataupun solat berjemaah di masjid?
Bolehkah berpuasa sedangkan kita belum mandi wajib?
Bolehkah merasa makanan yang hendak dibeli ataupun dimasak?
Bolehkah kita menerima suntikan ubat?
Nabi Muhammad mendahulukan apa ketika berbuka?
Ketika bersahur, azan Subuh terdengar. Bagaimana?
Elokkah bermaaf-maafan menjelang Ramadhan?


PUASA SUNAT & SYAABAN

http://www.youtube.com/watch?v=OOFPO-4HKuU

Bolehkah berpuasa selepas 15 Syaaban?
Siapakah yang boleh berpuasa selepas 15 Syaaban?
Bolehkah berpuasa 3 bulan berturut-turut (Rejab, Syaaban, Ramadhan)?
Puasa sunat manakah yang terbaik?
Bagaimanakah puasa sunat Rasulullah saw?


PENJELASAN TENTANG NISFU SYAABAN

http://www.youtube.com/watch?v=T8JirEtYEfI

Apa maksud Nisfu Syaaban?
Bila Nisfu Syaaban?
Apa amalan yang biasa dilakukan pada Nisfu Syaaban?
Adakah Rasulullah dan para sahabat berbuat begitu?
Apakah amalan tersebut bidaah?
Jika benar bidaah, apakah ia bedosa ataupun mendapat pahala?
Apakah bidaah 'confirm' berdosa?
Benarkah ada pembahagian bidaah?
Benarkah para ulama terdahulu meletakkan hukum yang berlainan mengikut jenis bidaah?
Bila masanya amalan membaca Yaasin 3 kali menjadi bidaah dhalalah?
Hendak baca berapa kali surah Yaasin?
Benarkah buku amalan kita ditukar pada Nisfu Syaaban?
Mengapa ada ulama yang menyusun amalan-amalan pada malam Nisfu Syaaban?
Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah sempena Nisfu Syaaban?
Elokkah berpuasa pada 15 Syaaban?


ADAB-ADAB BERHARI RAYA

http://www.youtube.com/watch?v=KSXkMLrX2Kw

Berapa lama hari raya?
Apakah sunnah-sunnah yang boleh kita lakukan pada hari raya?


KECUNDANG DI 1 SYAWAL

http://www.youtube.com/watch?v=SeCcyWebl84


11 BULAN SELEPAS SYAWAL

http://www.youtube.com/watch?v=2jfYaihLiOI

Friday, July 2, 2010

Langitnya Yang Mana?

SOALAN:
Salam,
Pada pendapat tuan, langit yang dimaksudkan adalah ruang yang berada di atas kita yang sejauh mata memandang itu?

JAWAPAN:
Wlksm Nikding,

Kuliah saya belum sampai ke bahagian itu, hendak cerita panjang pun tak berapa sedap lagi.

Ringkasnya, mengikut pandangan saya, langit itu berada di sekeliling kita, malah "di sebalik" bumi dan kita. Bumi yang kita tinggal sekarang sendiri pun sedang berada di langit. Maka diri kita yang berada di bumi ini sebenarnya sedang terapung-apung di langit, tetapi banyak manusia tidak menyedari hakikat ini. Disangkakannya langit itu berada di atas. Padahal di bawah kita dan di bawah bumi pun, langit juga.

Kita seperti seekor ikan kecil yang berpaut pada ikan paus (bumi) yang besar, kemudian kita tanyakan ... "Mana dia lautan?" Padahal ikan kecil itu (diri kita) dan bumi yang kita tumpang (ikan paus) itu sendiri sebahagian daripada lautan, tanpa kita sedari.

Insyaallah bahagian ini akan saya huraikan panjang lebar dalam kuliah-kuliah akan datang. Bahagian ini juga MUNGKIN akan memecahkan rahsia bagaimana Rasulullah boleh sampai ke langit ke-7 dan Sidratul Muntaha dalam masa yang singkat.

Wallahualam.

Berapa Kali Rasulullah ke Sidratul Muntaha?

SOALAN:
Boleh kasi tau ka berapa kali Rasulullah SAW pergi ke Sidratul Muntaha jumpa Allah SWT? Ada info ka?

JAWAPAN:
Mengikut hadis Muslim, Nabi Musa berada di langit ke-6. Nabi Muhammad saw berulang-alik dari langit ke-6 ke Sidratul Muntaha banyak kali. Hal ini kerana setiap kali turun dari Sidratul Muntaha, tiba di langit ke-6 Nabi Musa akan menyuruh Nabi Muhammad mohon kurangkan jumlah waktu solat kepada Tuhan.

Wallahualam.

Hadis-hadis Tentang Sidratul Muntaha

SOALAN:
Salam. Boleh sertakan hadith tentang topik ini,terutama tentang sidrah muntaha .
Terima kasih. Jazakallah bilkhair.

JAWAPAN:
Wlksm,

Kisah tentang Sidratul Muntaha belum sampai dalam 15 fail kuliah itu, bahkan perjalanan Israk pun belum bermula... panjang lagi kisah ni. Jadi secara ringkasnya saya sertakan beberapa hadis tentangnya...


"Setelah itu buraq membawa kami (Nabi Muhammad dan malaikat Jibril) naik ke Sidratul Muntaha yang daun-daunnya seperti telinga gajah dan buah-buahnya seperti tempayan besar." (Muslim)

"... tidak ada seorang pun makhluk Allah yang dapat menjelaskan sifat-sifat Sidratul Muntaha kerana sangat indahnya." (Muslim)

"Kemudian kami melanjutkan perjalanan sehingga sampai ke Sidratul Muntaha, lalu dilitupi dengan pelbagai macam warna, dan aku tidak tahu apa bendanya itu." (Bukhari)


"Kemudian aku diangkat ke Sidratul Muntaha. Setiap daun di sana hampir menutupi umat ini. Di dalamnya terdapat mata air yang mengalir, namanya Salsabil. Daripada Salsabil itu dibahagi dua sungai, pertama al-Kautsar dan yang kedua dinamakan Ar-Rahmah. Lalu aku mandi di sungai itu, maka Allah mengampuni dosaku yang akan datang dan yang telah lalu." (Baihaqi)

Kata Abu Hurairah : "Kemudian sampai di Sidratul Muntaha, lalu dikatakan kepada baginda: "Inilah sidrah tempat terakhir setiap umatmu yang mengamalkan sunnahmu." (Baihaqi)

Al-Qadar Lebih Mulia Daripada Israk Mi'raj?

SOALAN:
Soalan saya, kenapa malam Al-Qadar tu lebih mulia untuk umatnya? Kenapa tidak malam Israk Mi'raj?...Mohon pencerahan Tuan Alex.

JAWAPAN:
Menurut Abu Umamah, malam Al-Qadar lebih mulia kepada umat Islam kerana fadhilat yang akan diperolehi jika beramal, iaitu setanding dengan 80 tahun. Bagi malam Israk Mikraj pula, tidak ada hadis yang menganjurkan apa-apa amalan. Imam Ibnu Hajar juga punyai pandangan yang lebih kurang sama.

Selain itu, para sahabat tidak pernah mencari-cari malam Israk Mikraj untuk mereka menambah apa-apa amalan.

Pada Nabi Muhammad saw pula, malam Israk Mikraj itu lebih mulia kerana pada malam itu baginda diberikan seagung-agung nikmat iaitu "memandang wajah Allah" - melihat Allah SWT. Nikmat melihat Allah adalah jauh lebih nikmat daripada nikmat syurga.

Wallahualam.