Berkata Imam al-Ghazali (Ihya’
‘Ulumuddin) : “Ada pun sebab terbukanya sesuatu hal dalam tidur, dengan
contoh yang memerlukan kepada ta’bir, dan begitu pula para malaikat merupakan
diri bagi nabi2 dan wali2 dengan bentuk yang bermacam2, maka itu termasuk
antara rahsia keajaiban qalbu. Dan ini tidak layak selain dengan ilmu
mukasyafah. Maka kami ringkaskan sahaja menurut yang telah kami sebutkan itu.
Sesungguhnya itu mencukupilah untuk menggerakkan mujahadah dan mencari kasyaf
daripadanya.”
Tentang lanjutan kepada keadaan2 yang
berlaku yang melibatkan wahyu, ladunni, mimpi, ilham dan yang sewaktu
dengannya, pendek kata tidak ada penerangan yang sesuai untuk dikhabarkan. Oleh
sebab itulah para guru tidak mengkhabarkannya melainkan jika perlu pun, sekadar
amat sedikit, dan selalu juga dalam rumus2 atau isyarat2 tertentu sahaja.
Ada hal2 yang maklumatnya boleh
dipindahkan dari kepala ke kepala. Guru boleh bercerita kepada murid, atau beri
teks (kitab, buku, bahan2 bacaan, poster sb), atau beri audio video (untuk
didengar atau ditonton).
Tetapi ada pula hal2, ilmu dan pemahaman
yang tak dapat hendak dipindahkan dari satu kepala ke kepala yang lain.
Melainkan murid kena mengalaminya sendiri. Jika cuba hendak dipindahkan juga,
akan datang mudarat kemudiannya. Ada bahaya2nya.
Contoh : Macam mana bau hapak, bau tengit
dan bau hanyir?
Apa perbezaan ketiga-tiganya?
Macam mana kita nak terangkan bau2 ini
dan perbezaannya kepada orang2 yang tak pernah menciumnya, merasainya,
melaluinya, mengalaminya?
Memang sangat sukar, dan boleh
mendatangkan salah faham dan kekeliruan.
Melainkan kita beri tunjuk ajar dan
panduan kepada dia agar dia dapat pergi sendiri, mencium sendiri, merasai
sendiri, melalui sendiri dan mengalaminya sendiri. Barulah dia dapat mengenal
bau2 tersebut dan perbezaannya.
Kita ambil satu contoh rekaan :
Kamu pernah tengok ikan tak?
Tak pernah. Pernah tengok gambar je.
Ok. Kamu turun gunung, pergi ke pekan.
Tanya orang : Pasar kat mana? Sampai di pasar kamu akan nampak banyak ikan
macam dalam gambar2 yang pernah kamu tengok. Masa tu kamu akan tercium bau
ikan. Bau ikan itulah yang dikatakan bau hanyir. Sekadar satu contoh mudah.
Tok guru bagi ilmu, bagi panduan, bagitau
cara2, bagitau tindakan2 yang kena dibuat – ikut yang itu insya-Allah dapatlah
mencium, merasai, melalui dan mengalami bau hanyir tu tadi. Dia kena usaha.
Berjaya atau tidak, belum tahu lagi. Namun setiap kali dia bertindak, dia
semakin menghampiri matlamat.
Tapi kalau harap tok guru nak bercerita,
dan harap dia nak dapat faham melalui cerita tu – sampai ke sudah dia tak dapat
tahu macam mana bau hanyir tu.
Apa kata Imam al-Ghazali tadi?
“Ada pun sebab terbukanya sesuatu hal
dalam tidur, dengan contoh yang memerlukan kepada ta’bir, dan begitu pula para
malaikat merupakan diri bagi nabi2 dan wali2 dengan bentuk yang bermacam2, maka
itu termasuk antara rahsia keajaiban qalbu.”
Jadi, hendak memahamkan murid2 tentang
ta’bir mimpi – Macam mana tok guru tahu ta’bir, ta’wil dan tafsir mimpi tu?
Mengapa benda2 sekian2 maka ta’wilnya begini dan begini? Mengapa isi kandungan
mimpi tu macam tu? Mengapa kadang2 nabi dapat wahyu melalui malaikat? Mengapa
begitu rupa malaikat tu dan lain pula rupanya pada waktu yang lain? Pendek
kata, hal2 itu berada dalam wilayah sirr (rahsia) yang tak tercapai untuk
diungkapkan dalam bahasa manusia. Jika didesak juga, maka guru mungkin akan
cuba bercerita tetapi hal itu boleh membuatkan si murid membuat sangkaan yang
tersasar lalu akhirnya si murid yang tersesat.
Kata al-imam : Dan ini tidak layak
selain dengan ilmu mukasyafah. Maka kami ringkaskan sahaja menurut yang telah
kami sebutkan itu. Sesungguhnya itu mencukupilah untuk menggerakkan mujahadah
dan mencari kasyaf daripadanya.”
Ilmu wilayah mu’amalah kita boleh cerita.
Tapi ilmu wilayah mukasyafah, amat susah nak dicerita. Jadi, tok2 guru bagi
jalan, panduan, tatacara untuk bergerak/ bertindak pada level gigih (mujahadah)
menuju ke arah hal2 tersebut. Terpulanglah kepada murid2 untuk mengikut atau
tidak. Jika sanggup mujahadah mengikut, insya-Allah cepat, insya-Allah dapat.
Jika tak mahu mengikut, biasanya akan lambat, dan mungkin akan tak dapat.
-
Petikan pengajian
kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-303 pada 10.1.26