Saturday, December 28, 2019

Tajdid Segar, Tarekat Ghazaliyah, Halaqah Usrah Al-Mahabbah

Sebagai penjelasan kepada yang bertanya,
agar hilang ragu dan pinga,
lalu faham akan kisahnya.

Tajdid Segar satu cerita.
Ia tidak mengajak, dan kita tidak boleh turut serta,
melainkan setelah dipilih sahaja.

Tarekat Ghazaliyah lain ehwalnya.
Ia tidak akan mengajak
tetapi sesiapa sahaja boleh turut serta,
asalkan dengan rela.

Halaqah Usrah Al-Mahabbah satu cerita lain pula.
Ia memang mengajak sentiasa,
kerana terbuka, tabligh dan dakwah menjadi sifatnya.

Ketiga-tiganya jalan yang berbeza.
Tiada kaitan khusus antara sesamanya.
Bercampur gaul menjadi pantangnya.

Sebab itulah tidak disekalikan.
Jelas berbeza jalan dan persinggahan
sekalipun sama pada tujuan.

Yang pertama tiada disemawa.
Yang kedua akan dipersila.
Yang ketiga sentiasa dipelawa.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari
27 Disember 2019

Wednesday, December 18, 2019

Antara Ciri2 Serban Rasulullah

Berdasarkan gambar-gambar dan gambaran tentang serban Rasulullah saw, ANTARA ciri-ciri serban baginda :

1.       Boleh, sesuai dan memang dibudayakan dipakai/dililit di luar topi besi atau topi perang.
2.       Ada ekornya iaitu di tengah belakang.
3.       Hanya lilitan kain tanpa sebarang rekabentuk pada sudut2 tertentu seperti bentuk bunga, kipas, haiwan, tumbuhan atau sebagainya.
4.       Dipakai dengan kufiyyah.
5.       Tidak selembar kain, tetapi berlipat2 atau berpintal2. Selembar kain disebut selebar kain, tidak disebut sebagai serban (berdasarkan hadith2 berkaitan). Rasulullah sendiri pernah mengikat selembar kain di kepalanya.
6.       Dililit dan diselit, tidak diikat simpul.
7.       Panjang dan berlilit. Tidak cukup2 satu lingkaran kepala sahaja tetapi lebih.
8.       Tidak diletakkan sebarang perhiasan.

Begitulah ANTARA ciri-ciri serban Rasulullah saw.
Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
November 2019

Peringkat2 dalam Bertarekat


Peringkat2 dalam Bertarekat

1.       Yang tidak mengambil tarekat – paling ramai.
2.       Yang mengambil tarekat – ramai.
3.       Yang mempelajari pula tarekat itu setelah mengambilnya– kurang ramai.
4.       Yang kemudiannya mengamalkan pula pelajaran tarekat itu – lagi kurang.
5.       Yang kemudiannya istiqamah pula mengamalkan tarekat itu – laagi kurang.
6.       Yang kemudiannya menyambung pelajaran dan pengamalan tarekat itu – laaagi kurang.
7.       Yang berjaya “mencapai” dalam tarekat itu – laaaagi kurang.

CONTOH :
1.       Yang tidak mengambil tarekat – 10,000 orang
2.       Yang mengambil tarekat – 100 orang
3.       Yang mempelajari pula tarekat itu – 40 orang sahaja
4.       Yang mengamalkan pelajaran tarekat itu – 20 orang sahaja
5.       Yang istiqamah mengamalkan tarekat itu – 10 orang sahaja
6.       Yang menyambung pelajaran dan pengamalan tarekat itu – 5 orang sahaja
7.       Yang “mencapai” dalam tarekat itu –  dua tiga orang sahaja

Umumnya beginilah situasi yang biasa berlaku.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
8 Disember 2019