TERCELANYA TAKABBUR (SOMBONG)
(Nota live streaming 30/8/25)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Begitulah Allah mengecap (menutup) setiap qalbu orang yang sombong dan bermaharajalela.” (Al-Mu’min : 35)
“Sesungguhnya Dia tidak suka akan orang-orang yang sombong.” (An-Nahl : 23)
Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk jannah orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi daripada takbur (sombong). Dan tidak akan masuk naar orang di dalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman.” (Muslim)
Dari satu sudut, Allah mengaitkan kesombongan dengan ketiadaan iman. Ertinya sombong itu sangat berbahaya.
Dalam sebuah hadith qudsi dinyatakan: “Allah Taala berfirman : “Kesombongan itu selendang-Ku dan kebesaran itu kain sarung-Ku. Maka sesiapa yang bertengkar dengan Aku (yakni berasa sombong diri dan besar diri) pada salah satu daripada kedua-duanya, nescaya Aku campakkan dia ke dalam jahannam, dan Aku tidak pedulikan.” (Muslim, Abu Dawud dll))
Rasulullah SAW bersabda : “Bahawa Nuh as tatkala hampir wafat telah memanggil dua orang anaknya dan berkata : “Sesungguhnya aku menyuruh kamu berdua dengan dua perkara dan melarang kamu berdua daripada dua perkara. Aku melarang kamu berdua daripada syirik dan takbur (sombong). ….(hingga akhir hadith). (Bukhari, Ahmad)
Nabi SAW berdoa : “Ya Allah Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung dengan -Mu daripada hembusan sombong.” (Abu Dawud, Ibnu Majah)
“Sesiapa yang berpisah nyawa dengan badannya dan dia terlepas daripada tiga perkara, nescaya dia masuk ke jannah, iaitu sombong, hutang dan iri hati.” (Turmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)
Allah berfirman : “Dikatakan (kepada mereka) : “Masuklah melalui pintu jahannam itu, tetaplah di sana. Dan amat buruklah tempat tinggal orang-orang yang menyombongkan diri.” (Az-Zumar : 72)
*Petikan live streaming di channel Tgrm : ILMU2 IMAM AL-GHAZALI
No comments:
Post a Comment