Friday, August 29, 2025

Nota Live Streaming : Fitnah Dunia

 

Fitnah dunia itu banyak cabang dan seginya tetapi harta itulah yang terbesar fitnahnya dan lebih lengkap ujiannya. Fitnah harta itu besar kerana tidak ada seorang pun yang tidak memerlukan harta.

 

Jika harta itu tidak dipunyai, maka terjadilah kemiskinan yang mendekatkan kepada kekufuran. Tetapi sekiranya harta itu diperoleh, nescaya terjadilah kederhakaan. Kesimpulannya, harta itu tidak terlepas daripada faedah dan bahaya, juga manfaat dan mudarat.

 

Orang yang tidak berharta itu ada dua jenis :

a        Pertama, orang yang qana’ah. Dia berasa cukup dengan apa yang ada walaupun dia tidak berharta.

b        Kedua, orang yang loba. Dia sangat terpengaruh dengan harta walaupun dia sendiri tiada harta.

 

*Live streaming channel TG : Ilmu2 Imam Al-Ghazali  28/8/25

t.me/imamalghazali 

No comments: